Friday, February 3, 2012

Day 1 @ KK

Assalammualaikum semua...
Lama tak update blog ni, skrg ni baru ada masa untuk review cuti-cuti chenta hani dan en suami ke Kota Kinabalu hari tu...

Day 1 - 14/1/2012
Kami sampai di LCCT pada pukul 7.45 pagi. Breakfeast dulu. Kemudian pukul 8.30 kami ke check in ke tempat menunggu. Sebelum tu hani dah buat self check in melalui website AA. Mudah rupanya. Tak perlu nak beratur panjang di kaunter. Terus boleh masuk ke tempat menunggu. Pukul 9.30, flight kami pun berlepas.

posing sementara tggu flight.....
Perjalanan dalam 2 1/2 jam. Dalam pukul 12.00 tengahari, kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (Terminal 2). Hanya AA sahaja landing di terminal 2, flight yang lain akan landing Terminal 1. Kali ni merupakan kali kedua hani ke KK ni. Bila dah sampai, jgn lupa ambil map di rak yang disediakan. Walaupun hani ada bawa GPS Papago, tapi street map ni pun penting juga.

 
Kereta Sewa


Di sini hani sewa kereta viva auto. Sewa RM100 untuk sehari. Dalam banyak-banyak hani survey, hani rasa company ni antara termurah. So terus buat reservation di SINI. Kereta akan terus dihantar ke airport.
Sewa utk 4 hari RM330. Masa nak buat bayaran, staf yang hantar kereta ni bagitau boleh bayar pakai cash atau kredit kad. So, hani bayar pakai kad kredit je. Staf ni pun dan siap-siap bawa mesin kad kredit tu..mudah kan! Sewa kereta di Sabah ni memang agak mahal sikit jika dibandingkan sewa kereta di Langkawi. Susah nak cari yang bawah RM100. Tapi ok la, takat 2 orang je boleh la pakai viva kan. Keadaan kereta pun ok, bersih je.


Lepas ambil kereta, terus cari lokasi Promenade Service Apartment. Terletak betul2 berhadapan dengan Hotel Promenade & berselahan Centre Point Sabah. Jarak dari airport dalam 10 min je. Kami menginap di sini selama 2 malam. Rate sangat murah, RM70 untuk satu malam. Keadaan bilik pun ok sangat. Ada dapur dan peralatan memasak sekali. Bilik pun besar, Lokasi pun strategik, dekat dengan pasar filipino tu. Di bawah apartment ni ada kedai makan, 7e, McD dll. Cuma apartment ni bercampur dengan apartment orang awam la. Tapi tak kisah la kan, masuk bilik pun untuk tidur jer.

credit pic: google

Tapi yang tak best, blok bilik agak jauh sedikit dari receptionist. Masa booked hani dah request bilik yang dekat, mgkin dah penuh masa tu sebab hani check in lewat sedikit...Bila setiap kali nak keluar, nak kena cop parking dulu di kaunter. Baru dapat free parking, jika tidak kena bayar sendiri la jawabnya. Kena la menapak sikit ke kaunter receptionist tu. Lagi satu bad review pasal apartment ni, bila masuk bilik agak berbau sikit tapi bila dah pasang aircond, bau pun hilang terus. Hurrmmm bilik harga RM70, jgn la expect macam bilik hotel kan...

Sebelum check in kami isi perut dulu di McD....lapar sangat. Masuk bilik terus tertido kepenatan. Malam nanti baru nak keluar jalan-jalan cari makan :-P


view bilik studio suite. Bilik family suite pun ada juga.

ada dapur dan peralatan memasak (kuali, periuk nasi, periuk masak, sudip, sudu)

toilet
Dalam pukul 7 malam, kami dah bersiap-siap nak keluar makan seafood bakar di  belakang pasar filipino.
Memang terliur tengok seafood terbentang di depan mata.
Pastikan pilih dulu seafood ni sebelum makan. Kalau dah berair-air macam basah tu jangan ambil. Confirm seafood tu yang lama punya. Nanti sakit perut lak. Lepas dah pilih, diaorg akan panaskan semula seafood ni (tapi tak panas sangat pun sebab panaskan kjap jer). Sebelum pilih seafood tu, pastikan tawar dulu harga...biasalah peniaga kan, kalau orang luar dah tentu kena 'cekik'.

Keadaan di pasar ni memang agak kotor sedikit. Orang kata banyak tikus yang besar2 di sini...hehe nasib baik hani tak nampak tikus2 tu...kalau tak, tak lalu makan jugeeee.....so, pilihlah tepat yang bersih skit kat gerai ni.


terliur tengok....
         
pilihan makan malam kami...ikan bakar, udang & sotong.
 Harga:
Ikan bakar (apa tah nama ikan tu) = RM18
Udang 3 ekor = RM12
Sotong = tak ingat lak harga
Manggo juice = RM2
Air kelapa = tak ingat juge

Total semua tak sampai RM50 rasanya.
manggo juice ni sangat sedapppp....pekat & lemak manis. Selalu minum manggo juice tak pernah rasa yang macam ni....
Lepas perut dah kenyang, macam awal sangat nak balik. Singgah dulu pasar malam di seberang jalan untuk cuci mata. Lepas tu terus balik, borak2 dengan en suami....terus tidur kekenyangan hehe.

Ok, nanti sambung review hari ke 2 pulak yer...^_^

6 comments:

  1. boleh x minx no fon tempat ni...nak yg murah n ada dapur jgak

    ReplyDelete
  2. naseebah: boleh buka website ni http://www.promenadeapartment.com.my/
    apartment ni boleh booked online

    ReplyDelete
  3. salam, puan hanizan boleh bg tau no tel kompeni u sewa kereta ni? thanks

    ReplyDelete
  4. Salam kak hanizan...boleh bagi alamat dan no telefon company sewa kereta viva tu..saya bw mak ayah yg sakit ke kk.. tolong ye sis...bagi alamat dkt email saya ni inasaufi.syira@gmail.com thanks sis!

    ReplyDelete
  5. Salam kak hanizan...boleh bagi alamat dan no telefon company sewa kereta viva tu..saya bw mak ayah yg sakit ke kk.. tolong ye sis...bagi alamat dkt email saya ni inasaufi.syira@gmail.com thanks sis!

    ReplyDelete
  6. Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

    TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    *Tel : 0129600702 / 0163751978*
    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    *Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

    Hubungi kami
    0129600702
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...