Friday, December 6, 2013

baby stuff: breastmilk storage bottle yang murah

Hari ni hari ke 37 aku berpantang...ada lagi seminggu untuk aku merdeka -  yeehhaaa...
Aku start buat stok ebm masa minggu kedua lepas bersalin.
Gigih bangun tengah mlm untuk pam dan pam waktu siang bila baby adra tengah tido.

Susu aku takde la melimpah ruah, tapi alhamdulillah aku rasa cukup untuk adra.
Dia tak la kuat sangat menyusu.
Sebab tu aku boleh buat stok.

Aku gunakan storage bottle bumbee bee.
Sebab bumbee bee memang boleh masuk untuk medela fs ku itu.
Senang, lepas pam terus masuk dalqm fridge je. Tak perlu nak transfer pada botol lain.

Botol ni aku beli masa bersalinkan awliya dulu. Tak pakai pun lagi.
Sebab dulu tak sempat nak buat stok. Aku beli online je.
Cam biasa aku kalau beli online memang banyak tempat aku survey
dan aku jumpa tempat yang aku rasa paling murah.
Tapi bukan semua barang la...sesetemgah barang jer...
Sebab tu kena rajin survey.

Aku beli dekat sini. Harga kat sini murah sangat compare dengan yang lain.
Normal  price untuk bumbee bee storage bottle ni RM38.90 (10 botol),
tapi dekat sini aku dapat RM48 untuk 2 pek (20 botol).

Disebabkan semua botol dah habis digunakan, aku guna pulak storage bag autumz yang 12oz.
Tapi aku tak berapa suka sangat guna storage bag sebab kena simpan dalam kuantiti banyak.
Silap aku juga beli yang 12oz punya. Tapi aku tak penuhkan pun 12oz, aku cuma isi dalam 8oz je.
Takkan aku nak simpan 4oz pula, macam rugi je ruang yang banyak tu.
Kalau botol, aku siap simpan 4oz setiap botol. Senang nanti terus je bagi pada baby.
Jadi satu botol untuk sekali kegunaan je. Tak membazir.
Cuma kalau guna storage bag ni dapat jimakan ruang dalam fridge je la.

Jadi aku tambah lagi storage botol tapi kali ni beli autumnz sebab bumbee bee takde promotion pulak kali ni. Untuk pakej 2 pek (20 botol) aku dapat harga RM52...kiran
ya 1 pek jatuh harga RM26. Masih murah sebab biasanya harga RM38.90.
Siap dapat free 10 storage bag yang 7oz. Berbaloiiii...
Cuma kena rajin sikit arrr...lepas pam kena transfer dari botol medela/bumbee bee ke botol autumnzsebab fs tak ngam dengan botol autumnz ni.

So..kepada mommy yang nak beli milk storage bottle/bag, try tgk websites yang aku bagi tu. Kalau tgh ada promotion memang murah sangat tau.

Dah 40 botol dan 10 pek susu dah berjaya dikumpul untuk tempoh sebulan.
Walaupun tak sebanyak orang lain...tapi aku bersyukur masih ada rezeki untuk baby adra.
Semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan anakku....kalau boleh sampai 2 tahun.
Amin...amin.



2 comments:

  1. boleh tahan harga tu. tp bb gurl memang kurang mnyusu kan ? ;)

    ReplyDelete
  2. Hoho xstart2 lg buat stok susu. Kalo adra xnk susu botol xtau la kasik kakaknye

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...