Sunday, December 15, 2013

akhirnya si adik BERBUAI juga



Memula aku tak nak ajar si adra guna buai..
Lagipun buai ada satu je..
Takkan nak beli satu lagi kot...rumah dah la tak seluas mana.
Minggu pertama tak de masalah sebab adra asyik tido jer..
Tapi si adra mula tunjukkan perangai selepas minggu kedua. 
Dia nak tido beriba.
Ye...beriba.
Sampaikan aku nak mandi, nak makan pun susah.
Apa pun tak boleh nak oiii....
walaupun dia dah tido lena lepas aku susukan, 
bila aku letak jer atas tilam...otomatik buka mata dan nangis.
isshh...terpaksa aku susukan semula bagi dia tido.

Akhirnya aku cuba letak dalam buai baru-baru ni.
Masa umur sebulan lebih.
Erkk...dia terus tido...tido dengan lena.
Tapi bila malam bole je si adra tido atas tilam. 
Tido lena sampai ke pagi pulak tu, tak bangun menyusu pun.
Sampaikan aku yang akan bangun utk kejutkan adra menyusu.

Setakat ni aku tak rasa tido berbuai ni tak menyusahkan aku pun sebab kalau nak
balik kampung ke, memang dah ada buai di kampung.
Kalau kemana-mana pun macam pegi rumah sedara mara ke, aku tak angkut pun buai 
sebab si kakak kalau mengantuk pun dia boleh je tido kat bawah.
Harap-harap si adik pun macam tu gak...hanya berbuai di rumah jerrr.

Tido lena akhirnya...

Friday, December 6, 2013

baby stuff: breastmilk storage bottle yang murah

Hari ni hari ke 37 aku berpantang...ada lagi seminggu untuk aku merdeka -  yeehhaaa...
Aku start buat stok ebm masa minggu kedua lepas bersalin.
Gigih bangun tengah mlm untuk pam dan pam waktu siang bila baby adra tengah tido.

Susu aku takde la melimpah ruah, tapi alhamdulillah aku rasa cukup untuk adra.
Dia tak la kuat sangat menyusu.
Sebab tu aku boleh buat stok.

Aku gunakan storage bottle bumbee bee.
Sebab bumbee bee memang boleh masuk untuk medela fs ku itu.
Senang, lepas pam terus masuk dalqm fridge je. Tak perlu nak transfer pada botol lain.

Botol ni aku beli masa bersalinkan awliya dulu. Tak pakai pun lagi.
Sebab dulu tak sempat nak buat stok. Aku beli online je.
Cam biasa aku kalau beli online memang banyak tempat aku survey
dan aku jumpa tempat yang aku rasa paling murah.
Tapi bukan semua barang la...sesetemgah barang jer...
Sebab tu kena rajin survey.

Aku beli dekat sini. Harga kat sini murah sangat compare dengan yang lain.
Normal  price untuk bumbee bee storage bottle ni RM38.90 (10 botol),
tapi dekat sini aku dapat RM48 untuk 2 pek (20 botol).

Disebabkan semua botol dah habis digunakan, aku guna pulak storage bag autumz yang 12oz.
Tapi aku tak berapa suka sangat guna storage bag sebab kena simpan dalam kuantiti banyak.
Silap aku juga beli yang 12oz punya. Tapi aku tak penuhkan pun 12oz, aku cuma isi dalam 8oz je.
Takkan aku nak simpan 4oz pula, macam rugi je ruang yang banyak tu.
Kalau botol, aku siap simpan 4oz setiap botol. Senang nanti terus je bagi pada baby.
Jadi satu botol untuk sekali kegunaan je. Tak membazir.
Cuma kalau guna storage bag ni dapat jimakan ruang dalam fridge je la.

Jadi aku tambah lagi storage botol tapi kali ni beli autumnz sebab bumbee bee takde promotion pulak kali ni. Untuk pakej 2 pek (20 botol) aku dapat harga RM52...kiran
ya 1 pek jatuh harga RM26. Masih murah sebab biasanya harga RM38.90.
Siap dapat free 10 storage bag yang 7oz. Berbaloiiii...
Cuma kena rajin sikit arrr...lepas pam kena transfer dari botol medela/bumbee bee ke botol autumnzsebab fs tak ngam dengan botol autumnz ni.

So..kepada mommy yang nak beli milk storage bottle/bag, try tgk websites yang aku bagi tu. Kalau tgh ada promotion memang murah sangat tau.

Dah 40 botol dan 10 pek susu dah berjaya dikumpul untuk tempoh sebulan.
Walaupun tak sebanyak orang lain...tapi aku bersyukur masih ada rezeki untuk baby adra.
Semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan anakku....kalau boleh sampai 2 tahun.
Amin...amin.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...