REVIEW: Mattel Warehouse Clearance @ The School

dah lama aku tak terjah mana-mana warehouse sale... [eleh...lama la sangat kan] kali ni dapat tahu 'mattel warehouse clearance' ni pun dari member ofis.. warehouse barang menan fisher price, barbie, thomas, hot wheel... tak pasal-pasal melayang lagi duit haha... warehouse ni dekat je dengan ofis aku di Jaya One. Sebab tu keinginan nak pegi tu kuat...kiki Sebelum ni memang aku tak pernah tau dan pergi warehouse ni.. Memandangkan aku bawa si kakak awliya ke ofis hari jumaat yang lepas, sebab tak sihat...bawa la dia ke sini. sale ni dari khamis-sabtu memandangkan pergi waktu hari keje [waktu lunch], orang pun tak la ramai sangat....tak crowded pun. apa yang anak aku pau mama dia ni?? benda yang dia pegang dari mula sampai....hinggalah nak balik... benda alah keretapi ni...si encik THOMAS tah apa la yang dia berkenan sangat dengan thomas ni... kalau tengok video tu, setiap kali tu la nak pasang thomas. dalam kete pun camtu juga... sampai mak dia ni dah hafal...