REVIEW: Mattel Warehouse Clearance @ The School



dah lama aku tak terjah mana-mana warehouse sale...
[eleh...lama la sangat kan]

kali ni dapat tahu 'mattel warehouse clearance' ni pun dari member ofis..
warehouse barang menan fisher price, barbie, thomas, hot wheel...
tak pasal-pasal melayang lagi duit haha...

warehouse ni dekat je dengan ofis aku di Jaya One. Sebab tu keinginan nak pegi tu kuat...kiki
Sebelum ni memang aku tak pernah tau dan  pergi warehouse ni..

Memandangkan aku bawa si kakak awliya ke ofis hari jumaat yang lepas, sebab tak sihat...bawa la dia ke sini.
sale ni dari khamis-sabtu
memandangkan pergi waktu hari keje [waktu lunch], orang pun tak la ramai sangat....tak crowded pun.
apa yang anak aku pau mama dia ni??
benda yang dia pegang dari mula sampai....hinggalah nak balik...
benda alah keretapi ni...si encik THOMAS
tah apa la yang dia berkenan sangat dengan thomas ni...
kalau tengok video tu, setiap kali tu la nak pasang thomas.
dalam kete pun camtu juga...
sampai mak dia ni dah hafal lagu thomas tauuu...xoxo

sekali tengok harga RM90...normal price RM150
aku jarang beli menan yang mahal...selalunya beli yang harga RM50 ke bawah jewww....
kalau rosak pun takde la ralat sangat kan.
bila aku tunjuk thomas yang harga RM40, dia tak mau weiii....demand sungguh.
peel dia memang camtu, kalau dah kata nak yang tu....yang tu jugak la...ko tunjuk yang harga lagi mahal dari tu pun dia tak nak punya.
nasib dia tak minta yang lagi mahal....kalau tak, mau nangis mak dia ni...sobs sobs



Barbie RM20



Fisher Price Toy
RM60


Thomas Adventure Castle
RM150



Barbie RM30






RM40


RM150


RM150


Thomas
RM40


RM500


RM20

disebabkan si kakak ni demam, dengan muka yang sungguh kasihan....belikan la jugak.
memang niat nak belikan thomas untuk dia, ingatkan ada la yang murah-murah
tapi tak banyak pilihan....ada 3 jenis je untuk mainan thomas
yang harga RM40, RM90 dan RM150.
takpe la kan, sekali sekala....
bagi dia hepi, moga-moga cepatlah sembuh demam dia...tak de la nak merengek sangat kan..
nasib baik tak minta harga yang mahallll sangat....huhu

 
 sebelum beli...test sample dulu

 muka tak ceria sebab demam

untuk si adik, belikan juga mainan peek & roll ball yang berharga RM20.
jadilah....kang berebut pulak kalau belikan untuk sorang je.
si kecik tu pun dah pandai bergaduh berebut menan dengan kakak sekarang ni.
.
eh...patung BARBIE memang murah-murah tauuu.....
bermula dari harga RM20...
aku nengok ramai orang borong barbie ni...
ermmm....anak aku yang gegirl ni je yang ta minat dengan barbie...
saje aku kat dia, nak barbie....terus jawab, 'tak mau'....dah dapat thomas la katakan
menan budak laki juga yang dia suka....ish ish..

aku rasa sale kali ni takde la murah sangat...
sebab aku baca review blog yang lain, macam banyak pilihan dan harga lebih murah...
next time ada sale lagi....bole terjah lagi [mak yang over huhu]


satu untuk kakak awliya
satu untuk adik adeya

Comments

  1. Salam..
    Hye Kak Hani..

    Sy terjumpa blog akak sb mencari nursing cover..stakat ni saya cari kat kedai jumpe yg mcm shawl je..sy teringin nk beli yg jenis mcm akak buat tu..nk jahit sendiri xreti guna mesin..stakat jahit jelujur guna tngan boleh la..hihi..tgok kat online pn boleh tahan harga dia..

    Nak minta tolong akak buatkan nursing cover untuk saya boleh?sy beli dekat akak..sy tinggal dekat melaka..
    its ok, kalau tak boleh...sy mencuba nasib bertanya pada akak..hihi..t.q kak ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu