Monday, November 17, 2014

Adra turn to 1 #candybuffet tema frozen

#diy canday buffet

macam biasa, setiap kali ada majlis makan-makan ni mesti nak buat candybuffet kan.
kali ni kali ketiga kami buat, so ada improvement sikit hehe. Dulu buat masa aqiqah kakak awliya dan adik adeya.
meja candybuffet ni idea hani dan adik.
nasib adik banyak bantu, sebab aku banyak terbaring je hahaha...sebab kena food poisioning.
2x muntah, sakit perut menyucuk. tapi gagahkan diri juga pergi beli barang dan siapkan semua ni.
oohhh demi anak la katakan...apa pun mama sanggup lakukkan.
walaupun anak sebenarnya tak tau pun dan tak heran pun ada ke takde ke candybuffet ni hahaha.
mak yang over tauuu...!!!

candy buffet

nak juga buat tema yang glamer sekarang ni kan...tema FROZEN.
tapi kakak awliya tak tau frozen tu apa, dia kata frozen tu 'pwincess' bila nampak 'elsa & anna' tu.
apa-apa je la kakak....
pwincess pun pwincess laaa.....!!!

gambar frozen tu semua cari dalam internet je....
takde edit pong.
print dan tampal....senang keje.




candy buffet



 


 



so far, aku puas hati dengan hasilnya. walaupun tak la sehebat macam orang lain punya tapi kira bole lah ni kan...hehehe..tangan tak berseni la katakan.

backdrop tu nak letak perkataan 'HAPPY BIRTHDAY ADRA'
tapi tak sempat nak buatttt.....huhu


kek pisang dan choc moist tu hani buat sendiri je....
letak atas 3 tier stand, beli dekat DIY harga RM5.90 satu.
gagah weiiii buat dengan sebelum balik ipoh.
buat sikit jeee...sekadar nak letak atas meja buffet ni.
nak buat banyak memang tak mampuuuu.....ada je 'pembantu' yang nak tolong tauuu....



Jajan tu semua hani beli dekat kedai borong sebelah NSK tu..habis dalam RM60.

pinggan-pinggan letak jajan tu semua beli dekat kedai RM2...nak juga beli pinggan baru hehe sebab pinggan yang ni bentuk melengkung, nampak la cantik sikit. kat umah mak banyak pinggan makan nasi yang leper je.
dah beli next time tak yah beli dah.
topi frozen tu beli dekat GM klang..masa tu pergi nak beli t-shirt frozen untuk 2 budak kecik tu.
rambang mata kalau pegi GM klang, kelengkapan untuk besday party memang banyak kan...
kalau tema frozen ni lagi senang nak cari...macam-macam ada.
pinggan, cawan, lapik meja, beg goodies....tapi hani tak beli pun semua tu, bujet ciput la katakan hihi. so beli topi je la...harga RM6 ada 6 keping je.
lapik meja kaler biru tu beli dekat kamdar...semeter RM2. hani beli dalam 10 meter sebab nak buat tabir belakang sekali. Kain skirting yang pink tu guna yang dah ada je.
yang lain-lain tu macam papan hitam, frame gambar, bunga guna yang dah ada jew...
kos buat candy buffet ni dalam RM100 je. Jimatttt kan....

sebenarnya banyak benda nak buat lagi...walaupun ada benda yang tak dapat direalisasikan....
nak letak choc fountain tapi...tapi...tak sempattt juga. xoxo
next time la pulakkk.....niat hati nak beli je senang.
susah juga nak sewa2 ni...sebab ari tu last minit, tak sempat dah nak pergi ambil.

haaa.....detail dah cerita pasal meja #candybuffet.

No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...