Thursday, November 20, 2014

sale/ekspo/karnival sepanjang Nov dan Dis 2014

bab sales ni memang aku alert sangattttt tauuu
hujung tahun ni macam-macam sales kan....
YES la katakan.
tahan napsu je ni, kalau pergi semua mau rabak poket weiii.
ni beberapa je aku senaraikan, yang biasa aku pegi la.
yang lelain tu korang google la sendiri...berlambakkkk lagi ekspo, warehouse, promotin la dan seangkatan dengannya.
tapi kali ni aku azam taknak membazir sangat.
betulllll....tak tipu ni..
ni azam hujung tahun aku....~ngeee


8th Maternity & Children Expo
Tarikh: 21-23 Nov 2014
Tempat: Mid Valley

yang ni aku share je, takde niat nak pegi.
lagipun time tak kena, belum gaji tu....
nak shopping tingkap pun takde mood kalau takde duit lebih2 ni.
kali ni tak dapat pergi sebab takde rasa nak beli apa-apa pun..
kang kalau aku pergi....mesti terus ada beli apa-apa...hewhew
dah nama pompuan kan...cenggitu la !!


Tarikh:  29-30 Nov 2014
Tempat: Summit Company Glenmarie

pureen warehouse sale ni memang rasanya setiap tahun aku pegi...
last year aku pegi, masa tu pestime diaorang tukar lokasi dari PJ ke Shah Alam.
siap aku suruh mak aku datang supaya dapat jaga anak2 aku.
Aku pergi dengan adik perempuan aku. Laki aku macam tak kuasa nak pegi, dia lagi suka kalau aku pegi dengan adik...dia lagi sanggup dok umah jaga anak dari pegi sale ni. Sebabkan aku tak harap sangat dia jaga anak 2 orang, tu yang aku suruh mak aku datang. Kalau setakat jaga kakak awliya tu aku tak kisah sangat, tapi sekarang ni dah ok kalau jaga 2 orang sekaligus. Sebab adik pun dah besar kan...dah setahun. Masa tu adik adeya masih kecik lagi...5-6 bulan camtu.
tak sanggup nak bawa anak-anak kat sini, dengan panasnya....dengan ramai orangnya..
dan aku pun tak tenang nak memilih....
ko tau je lah, aku kalau pilih barang memang lama....tambah lak kalau pilih kain baju.

tapi kali ni aku tak rasa nak beli kain baju [kot].
nak beli barang keperluan lain macam sabun mandi, sabun basuh botol, stok dah banyak habis.
hurrrmmm....tengok la camne...
kalau rajin aku pegi, kalau tak rajin dok umah je la...
beli kat pasaraya la nanti.



Tarikh: 5-16 Dec 2014
Tempat: MIECC, Mines

sale ni memang dah lama tungguuuu.....
sebab dekat dengan rumah kan, semangat nak pegi haruslah berkobar-kobar...
nak upgrade buku kakak awliya.
dia kan 2 tahun lebih, buku pun kena la beli sesuai dengan umur dia.
dulu pergi sale ni masa bulan 2 yang lepas [post SINI], lepas tu pernah la juga belikan buku dekat kedai buku popular, tapi tak banyak la.
kalau sale ni memang best beli banyak sebab harga murah kannnnn...........
kali ni nak pegi awal, kalau boleh hari first tu....hewhew...mak memang overrrr tau.
so, sale ni memang aku dah siap tanda dalam kalender supaya tak terlupa nanti...
asben aku pun dah bagi green light, maksudnya dia setuju nak pegi...
kalau dia tak setuju.....aku paksaaaa gak pegi..kahkah.

cukup la aku update 3 sales ni jerrr....
kang aku update banyak2 korang marah aku lak kannnn, sebab duit korang akan habis sebab terpengaruh nak pegi semua sale ni..hihi
macam aku jugakk...:-P


eh..ada satu lagi..tapi bukan sale la..tapi karnival



haaaa...........yang ni aku dah mark dalam kalender lama dahhhhh....
rasanya bulan 9 hari tu...bila dapat tauuu karnival Upin dan Ipin ni.
terus kata kat asben, kosongkan tarikh2 tersebut..jangan ada sebarang aktiviti.
tengok..tengok...mak yang over kan nak jumpa upin ngan ipin...hahaha
sebenarnya kakak awliya tu sukaaaaa sangattttt la dengan upin ipin ni.
hari-hari dok tengok upin upin kat youtube.
kali ni nak bawa dia tengok upin ipin original lak...
mesti dia suka....
eh, ada penampilan khas dari Jepun...otromen
saya suke....saya suke....[gaya mei mei]

Perkembangan lebih lanjut boleh lawati laman web www.upindanipin.com.my serta Facebook Upin & Ipin.

No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...