Tuesday, September 30, 2014

REVIEW: Mattel Warehouse Clearance @ The School



dah lama aku tak terjah mana-mana warehouse sale...
[eleh...lama la sangat kan]

kali ni dapat tahu 'mattel warehouse clearance' ni pun dari member ofis..
warehouse barang menan fisher price, barbie, thomas, hot wheel...
tak pasal-pasal melayang lagi duit haha...

warehouse ni dekat je dengan ofis aku di Jaya One. Sebab tu keinginan nak pegi tu kuat...kiki
Sebelum ni memang aku tak pernah tau dan  pergi warehouse ni..

Memandangkan aku bawa si kakak awliya ke ofis hari jumaat yang lepas, sebab tak sihat...bawa la dia ke sini.
sale ni dari khamis-sabtu
memandangkan pergi waktu hari keje [waktu lunch], orang pun tak la ramai sangat....tak crowded pun.
apa yang anak aku pau mama dia ni??
benda yang dia pegang dari mula sampai....hinggalah nak balik...
benda alah keretapi ni...si encik THOMAS
tah apa la yang dia berkenan sangat dengan thomas ni...
kalau tengok video tu, setiap kali tu la nak pasang thomas.
dalam kete pun camtu juga...
sampai mak dia ni dah hafal lagu thomas tauuu...xoxo

sekali tengok harga RM90...normal price RM150
aku jarang beli menan yang mahal...selalunya beli yang harga RM50 ke bawah jewww....
kalau rosak pun takde la ralat sangat kan.
bila aku tunjuk thomas yang harga RM40, dia tak mau weiii....demand sungguh.
peel dia memang camtu, kalau dah kata nak yang tu....yang tu jugak la...ko tunjuk yang harga lagi mahal dari tu pun dia tak nak punya.
nasib dia tak minta yang lagi mahal....kalau tak, mau nangis mak dia ni...sobs sobs



Barbie RM20



Fisher Price Toy
RM60


Thomas Adventure Castle
RM150



Barbie RM30






RM40


RM150


RM150


Thomas
RM40


RM500


RM20

disebabkan si kakak ni demam, dengan muka yang sungguh kasihan....belikan la jugak.
memang niat nak belikan thomas untuk dia, ingatkan ada la yang murah-murah
tapi tak banyak pilihan....ada 3 jenis je untuk mainan thomas
yang harga RM40, RM90 dan RM150.
takpe la kan, sekali sekala....
bagi dia hepi, moga-moga cepatlah sembuh demam dia...tak de la nak merengek sangat kan..
nasib baik tak minta harga yang mahallll sangat....huhu

 
 sebelum beli...test sample dulu

 muka tak ceria sebab demam

untuk si adik, belikan juga mainan peek & roll ball yang berharga RM20.
jadilah....kang berebut pulak kalau belikan untuk sorang je.
si kecik tu pun dah pandai bergaduh berebut menan dengan kakak sekarang ni.
.
eh...patung BARBIE memang murah-murah tauuu.....
bermula dari harga RM20...
aku nengok ramai orang borong barbie ni...
ermmm....anak aku yang gegirl ni je yang ta minat dengan barbie...
saje aku kat dia, nak barbie....terus jawab, 'tak mau'....dah dapat thomas la katakan
menan budak laki juga yang dia suka....ish ish..

aku rasa sale kali ni takde la murah sangat...
sebab aku baca review blog yang lain, macam banyak pilihan dan harga lebih murah...
next time ada sale lagi....bole terjah lagi [mak yang over huhu]


satu untuk kakak awliya
satu untuk adik adeya

Monday, September 22, 2014

Cuti-cuti Merdeka @ Gold Coast Morib Resort

Cuti Merdeka tahun ni kami sekeluarga (abang, adik-adik dan mak) ke Gold Coast Australia Morib International Resort. Sebenarnya plan bercuti ni pun last minit. 2 minggu sebelum nak pergi baru nak booked hotel, kompem la fully booked kan untuk hari weekend. Cuti panjang sempena merdeka kan.
So, tak dapat la nak check in hari sabtu. Terpaksa la check in hari jumaat sebab masa tu je la masih available untuk bilik apartment. Dan kebetulan memang hani kena cuti pada hari jumaat tu juga sebab pengasuh anak-anak minta cuti untuk balik kampung.

Bilik apartment ni hani booked dekat Agoda dengan harga RM638 untuk satu malam (termasuk tax & hotel service charge). Telah disponsor oleh abangku...hehe..tq. Nanti sponsor Grand Lexis pulak ye! Kehkeh

Perjalanan memakan masa selama 1 jam setengah. Kami sampai pukul 3.30 petang. Urusan check in berjalan lancar, masa ni dah beratur orang...agak ramai juga.
Memandangkan kami booked apartment, tak dapatlah view water park sebab bangunan ni terletak berhadapan dengan bangunan utama.
Berpusing-pusing cari bilik, takde signboard yang menunjukkan arah bilik. Lift pun tersorok.
Sabar je la.
Dapat bilik tingkat 1, tak jauh dari lift. Masa buat online booking, hani ada request bilik berdekatan dengan lobi/lift sebab bawa baby dan dua budak kecil. Nasib baik dekat sangat dengan lift.
Masa check in kena bagi deposit kunci sebanyak RM20. Nanti masa check out dapat semula duit ni.

Masuk je bilik, terus slot kad.
Sekali tak de elektrik lak...on semua suis tak boleh. Adoiii spoil betul, kaki baru je melangkah masuk dah ada benda spoil. Ok, sabar lagi.
Terus call receptionist dalam 15min macam tu, baru technician sampai.
Masa ni kami tengah makan bekalan nasi dan lauk pauk yang dibawa, lapar ooo...makan la dlm keadaan samar-samar dan kepanasan yang boleh dicontrol lagi semantara technician tu dok godek-godek fius elektrik utama tu. Lepas tu godek lak fius yang dalam bilik.
Pastu tanya kitaorang 'tadi masuk dah memang takde elektrik ke?'

Hellloooo.....memang le takde. Takkan la kitaorang ni yang dok godek fius bagi rosak kot!!!!




Bilik utama

bilik no.2


balkoni (mengadap bangunan utama)


Gambar dalam aparment pun tak sempat snap banyak. Terasa penat dan nampak katil je ni.
Apartment ni ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Lagi satu bad review pasal bilik ni...water heater tak boleh guna. Rosak.
Geram juga weiii....dah ko mandi sejuk-sejuk, dah tentu la mandi air panas kan..
Eh, kalau orang dewasa tak pe lagi...ni kitaorang bawa budak-budak. Dah mandi kolam sampai gigil-gigil, kecut kaki tangan...sekali water heater rosak. Spoil mood tauuu!!!!
Lagi satu, shower yang dalam bilik master tu tak laju. Slow. Kena mandi 1jam la baru puas kot!
Tower pulak tak cukup.
Dah kata apartment ni untuk 5 orang, kena la sedia 5 juga kan. Tapi sediakan 4 je.
Bila call minta, macam tak bagi. Kata dah cukup dalam tu.
Bila berkeras juga minta....baru la hantar.
Huh....tuala je kot!!!Bukan minta seketul peti ais lagi nak sumbat dalam bilik...!!!

Toilet di apartment ni takde jakuzi,
Sebenarnya teringin juga nak merasa bilik yang ada jazuki tu, tapi memandangkan pergi satu family, apartment lebih sesuai. Takpe la, tah-tah ada jazuki pun bukan sempat mak budak ni nak merasa kan...
Dapat mandi 5 min pun aku dah rasa puas, ni kan dah nak berjakuzi bagaiiii...memang kena ketuk la pintu bilik air aku tu dengan dengan budak kecik tu...hihi

Dah kenyang, rehat kejap...terus siap-siap nak bawa anak-anak pegi mandi..
Waterpark ni terletak di bangunan utama, kalau dari apartment memang kena melalui depan lobi hotel. No wander la keadaan lantai di kawasan lobi ni selalu basah.
So hati-hati la ye, lantai pun licin. Ada sekali tu aku nak tergelincir dah, sebab pakai selipar adik yang agak licin juga, nasib sempat adjust body kiki..kalau tak jatuh macam nangka busuk daaa....!!!



Water Theme Park
Memandangkan kami menginap apartment 3 bilik, jadi kami dapat 5 tiket waterpark. Tiket ni boleh digunakan sepanjang masa selama kita menginap.
Kalau nak beli tiket tambahan, harganya RM35.00 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak 2-12 tahun).
Masa masuk dalam theme park ni, orang tak berapa ramai sangat, maklum la hari jumaat kan.
Nak mandi pun selesa.


 


 

Harga tiket



Ce tengok....ce tengok...anak-anak aku tak layan ooo sesi bergambo-gambo ni, memasing muka teruja nak main air.


 


 





Dah puas mandi, sampai dah kecut tangan anak-anakku itu, kami pun naik bilik.
Lepas solat maghrib, terus bersiap untuk makan malam di Bagan Lalang.
Perjalanan dari hotel ke Bagan Lalang dalam 30km, lebih kurang 30min.
Macam biasa, tempat kegemaran kami adalah Restoren Senandung Malam. Rasa berpuluh kali dah kami makan di sini. Harganya boleh dikatakan berpatutan, sedap dan servis pun cepat.
Kami ambil 3 ekor ikan bakar [jenahak, pari] sotong goreng tepung, ketam sweet sour, pahat, udang masak pedas.
Total yang berjaya dilaburkan sebanyak RM290 [7 dewasa].
Puas hati.
Balik tu kami tidur dengan kekenyangan ~ngeee


penuh meja....

****************************************************

Esoknya, dalam pukul 8.00 pagi kami turun bersarapan.
Memandangkan kami hanya ada 5 kupon breakfeast, jadi kami bayar untuk 2 orang lagi sebanyak RM50 untuk 2 orang (dewasa RM25 seorang).


Masa ni orang punya la ramai....sampai meja semua penuh. Terpaksa la berdiri dok tunggu meja kosong. Banyak juga pilihan makanan, ada bihun singapore......Masa tengah ramai orang ni, banyak juga makanan dah abis, rasa macam berebut pula..kena ambil cepat-cepat. Tapi bila orang semakin kurang, makanan pun dah direfill, baru la dapat makan dengan aman dan tenang hhihi...lama betul kami melepak makan sampai kenyang. Eh, pan cake sedap laa...makan kosong camtu pun dah sedap. Banyak makanan kami repeat ambil 2x sebab mula-mula tadi dapat sikit je. Buah-buahan pun dipotong besar-besar.
.hani makan dengan banyak sekali hahaha. Kenyang sampai tengahari tau.


Lepas makan, naik semula bilik...rehat dalam 10min. Terus bawa budak-budak mandi kolam lagi. Dah itu memang tujuan datang sini kan...nak bagi anak-anak happy.


Dalam 11.30, bawa anak-anak naik dah...lepas tu berkemas-kemas untuk check out pada pukul 12.00 tengahari. Hantar kad kunci di kaunter dan dapat semula deposit kunci.
Masa ni niat hati nak jalan sekitar resort dan bergambar tapi cuaca panas sangat...terus lupakan niat.
Sebelum balik sempat bergambar depan pintu masuk je....rasanya tempat ni wajib untuk bergambar. Kebanyakkan kereta mesti akan berhenti dulu sebelum balik.

style apa tah si kakak awliya ni posing








On the way balik, singgah Pantai Morib untuk ambil angin sekejap. Walaupun pantai ni tak boleh mandi, tapi best juga kalau petang-petang lepak sini. Lepak makan aiskrim, owhh nikmatnya makan time cuaca panas ni. Then terus gerak balik.

Begitulah cerita percutiaan Merdeka kami tahun ni.

Kesimpulannya, aku bagi ranking 3* je untuk hotel ni....kena ada improvement dari segi perkhidmatan terutamanya bilik yang disediakan.

Wednesday, September 10, 2014

trial playgroup class @ Excel Qhalif

Sebelum ni saje mengoogle di internet mencari kelas untuk daftarkan awliya nanti.
Dia dah 2 tahun 2 bulan, hani bercadang untuk hantar dia ke kelas tadika masa umur
4 tahun. Terlalu awal???

Itu lagi bagus, sebab kesian pada dia...terperap dalam rumah je kan.
Hani nampak perkembangan awliya, dia suka buku, suka menulis [menconteng], suka nyanyi dan suka berkawan. [semua anak camtu kan]
Masa tengah mengoogle, terjumpalah pasal kelas trial 'playgroup'.
Masa tu just register je dan kena tunggu bila kelas playgroup dibuka semula.
Lama dah. Terus lupa.

2 minggu lepas, dapat sms dari Excel Qhalif menyatakan kelas trial playgroup dibuka dan sesi yang dimaklumkan adalah pada 7/9/2014 pada pukul 2.00 petang.
Terus buat bayaran sebanyak RM37 dan confirmkan dengan Excel Qhalif.
Kita try dulu macam mana kelas ni.
Masa tu dah terpikir,  macam mana penerimaan awliya nanti.
Macam mana reaksi dia....
Mesti dia seronok dapat pegi kelas.
Balik rumah terus cakap dengan awliya 'kakak nak pegi school tak'? Nak belaja ABC tak? Nak blaja nyanyi tak? Nak jumpa cikgu tak? Upin ipin pegi sekolah kan...!!! [umpan dengan upin ipin....peminat setia la katan]
Mama terlebey excited okeh....kehkeh


Kami sampai tepat pukul 1.50 petang. Masa ni dah ada beberapa orang dah sampai.
Dalam kelas ni hanya dibenarkan ibu atau bapa dan anak sahaja. Dah tentu saya yang akan temankan anak, kompem en asben taknak...kan kena nyanyi, kena menari bersama-sama anak..hahaha
So si asben jagakan adik di luar. Kat luar ni pun selesa je nak duduk, ada sofa dan tv. Nasib baik adik tak meragam, elok je dia main. Dah tido dan susukan dia sampai kenyang, ok la tu.
Ada pulak kawan-kawan yang lain yang sama menunggu di luar, terus lupa nak cari mama.


Sebelum masuk ke kelas, en yusmi memberi sedikit penerangan ringkas. Antaranya :
  • hanya anak-anak yang didaftarkan sahaja yang boleh berada dalam kelas.
  • seorang anak hanya boleh ditemani oleh ibu atau bapa sahaja.
  • tidak boleh merakam video. kerana dikhuatiri fokus kepada anak terabai. Ini kerana apabila kita merakam video, akan mengambil masa yang agak lama kan!
  • tidak memberi anak hp/tab atau yang seangkatan dengannya. Ini untuk mengelakkan anak-anak hilang fokus atau berebut sesama mereka.
  • dilarang makan dan minum di dalam kelas. Jadi, bagilah anak-anak makan/minum sebelum kelas ye.
  • boleh mengambil gambar

Kelas ni selama 1 jam sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun hingga 4 tahun. Tapi ada juga yang belum masuk 2 tahun. Cuma kalau umur 2 tahun ke atas ni, diaorang dah memahami dan boleh mengikut arahan sedikit. Masa mula-mula masuk kelas, Awliya nampak macam blur sedikit. Lepas tu tanya ayah mana..huhu. Nasib baik tak nampak ayah dekat luar kelas. Bila teacher ayu perkenalkan diri, terus duduk dekat mama. Malu-malu dengan teacher. Gigit jari la....mungkin dia macam pelik skit tengok ramai budak dalam kelas. Kalau ramai tengok budak-budak kat taman permainan tu dah biasa je. Maklum la, tak pernah pegi kelas kan. Tak lama lepas tu barulah aktif dan tak kekok dalam kelas. Ada yang terpaksa balik awal sebab anak lelakinya mengamuk menangis bagai, nak keluar dari kelas tu....huhu...nasib baik awliya tak macam tu. Cuma awliya taknak pakai taq nama yang teacher tuliskan. Tah nape la takut sangat nak pakai.

Teacher Ayu mulakan kelas dengan bacaan Al-Fatihah. Kemudian ada nyanyi dan dengan beberapa pergerakan tubuh badan macam angkat tangan la, hayun tangan..berdiri dan menari..mengikut pergerakan muzik.
Ibu/bapa kena buat sama-sama dengan anak. Eh, hani tengok ok je bapak-bapak orang ni buat sama, takde la segan pun.

Teacher Ayu juga selang selikan bahasa Inggeris dalam komunikasi supaya anak-anak ni biasa dengan perkataan inggeris kan!

 teacher ayu and the geng


Masa ni kena beratur sebab teacher ayu nak bagi bunga. Lepas bagi, teacher ayu suruh cakap 'say thank you'. Awliya senyapppp je [malu lagi]


 kiri dan kanan ada gelung ni

Kemudian aktiviti fizikal pula. Acara masuk dalam gelung dan jalan atas titi untuk mengimbangi badan. Mengikut kata teacher Ayu, walaupun nampak aktiviti macam main-main je, tapi sebenarnya penting kerana anak-anak menggunakan seluruh anggota badan dan membina keyakinan diri mereka.
Merangkak tu kan bagus untuk perkembangan mereka.





she happy....and confident


aktiviti mengimbangi badan...masa ni ibu/bapa kena pegang tangan anak. Teacher ayu pesan untuk mengimbangi anak-anak ini, pastikan kita berada di sisi....bukan di depan ye!

Akhir sekali, selepas menyanyi lagu 'Wheel on the Bus'....ada aktiviti mewarna dan memotong kertas.
Masa ni parents bersama anak kena ambil meja sendiri. Angkat meja bersama [konon la...walaupun sebenarnya mak ayah yang kena angkat sorang hehe]. Ini bertujuan memupuk sikap saling membantu di kalangan anak-anak kecil ni. Bagus kan! Awliya sambil angkat meja siap cakap 'ishh...beyatnya....beyatnya'. Hahaha! mulut dia ni memang kecoh skit...

Bila teacher ayu suruh ambil pencil kaler, bukan main cepat je kakak awliya ni pergi ambil. Aktiviti kegemaran dia la katan, haruslah dia teruja.

 
 kusyuknya anak mama ni.....




 

Hasil kerja seni awliya. Yang kemas sikit tu mama yang tolong kaler hehe, yang lain awliya kaler [conteng] sendiri. Walaupun lukisan ni tak siap, tingkap bas tak sempat potong dan tampal...sebab awliya menangis tak bagi mama tolong guntingkan. Dia nak buat sendiri tapi masih tak pandai pegang gunting. Takpe la nak, next time kita cuba la ye...mama tetap bangga dengan hasil kerja kakak.

Bila dah habis semua aktiviti, sesi untuk penerangan kepada ibu bapa pula. En Yusmi memberi penerangan berkenaan kelas playgroup yang sebenarnya.  Masa ni semua ibubapa dibenarkan masuk dalam kelas. Tapi hani tak dapat fokus dan dengar dengan jelas sebab si adik tak duduk diam. Bukan main suka merangkak dalam kelas ni. Lapang la katakan.

Dapat la tangkap sikit-sikit apa yang diperkatakan. Untuk sesi kelas sebenarnya, bayaran yang dikenakan adalah RM300 untuk 2 bulan (8 kali kelas) untuk setiap modul. Tapi kelas untuk modul 1 dah penuh. Yang tinggal hanya modul 2 dan beberapa modul lain [tak ingat]. Nampaknya kena call en Yusmi semula untuk tanya lebih lanjut.


 
selfie dengan mama....



dah tak malu dengan teacher. bole pergi dekat
dan bergambar [amboiii siap dok atas riba] 


So far, awliya sangat enjoy dalam kelas ni. Nak balik siap salam semua teacher.
Pada hani, kelas ni memang bagus terutama anak-anak yang duduk dengan babysitter atau yang dijaga oleh keluarga sendiri. Banyak yang mereka dapat pelajari...kebolehan komunikasi, kebolehan mendengar arahan, keyakinan diri. Alhamdulillah....sebagai permulaan untuk awliya.
Eh...balik rumah mama ulang beberapa perkara yang teacher Ayu ajar, awliya dah ingat dan boleh ikut tau...clap!clap!

Masa mula masuk kelas ni, terperasan gambar yang tergantung di dinding....eh, member ofis rupanya. Esoknya bila masuk keje, tanya pada dia. Rupanya anaknya dah setahun join playgroup ni dan dah grad pun. Katanya, anaknya menunjukkan perkembangan yang positif bila dah lama join kelas ni. Masa mula-mula 2 kali menangis bila masuk je kelas. Sekarang ni, apa yang teacher ajar semua dia dah boleh ingat dengan mudah.



**************************
Lepas habis kelas, ingat nak pergi ke Halfest ni MIECC, tapi bila tengok nak jalan nak masuk parking punya la jem, terus lupakan niat. Melencong ke Taman Tasik Titiwangsa bawa diaorang beriadah. Dulu selalu bawa kakak je [masa adik takde lagi]. Tak pernah lagi bawa adik ke sini. Kali ni boleh main-main dengan adik pula. Macam biasa di sini memang meriah, ramai betul orang. Punya syok main sampai mengantuk kepenatan masing-masing. Hari pun dah hampir maghrib, kami terus bergerak balik ke rumah.


 
 anak manja ayah


 dah pegi playgroup...kena upah playground la pulak kan....



 
mereka...CINTA HATI saya selamanya
 
Malam tu bincang dengan asben berkenaan kelas playgroup kakak awliya ni. Cerita dengan asben apa aktiviti dalam tu dan reaksi si awliya...haha masing-masing ketawa je teringat gelagat dia....dan terus hani nyatakan hasrat macam nak daftarkan awliya dalam kelas ni. Tapi en asben kata macam mana kalau hari minggu kita ada hal? Ooohh itu takde masalah, kita just bagitahu je pada pengurusan diaorang nanti, mungkin diaorang akan gantikan dengan kelas yang lain.

Hani belum decide lagi nak hantar ke kelas playgroup yang betul-betul lagi. Rasanya nak try 2-3 kelas playgroup yang lain pula. Tengah mensurvey lagi. Ada jumpa beberapa kelas lagi di area Puchong.

Sekurang-kurangnya awliya ada aktiviti setiap minggu kan. Tak la terperap di rumah je.
Walaupun aku memang selalu keluar bawa diaorang pegi taman ke, shopping ke...tapi sekali sekala nak juga aktiviti dia lebih membawa manfaat.

Insha allah, i'll update later k!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...