Tuesday, July 14, 2015

Crunchy Karamel Almond yang marbelesss !!!


Sekali je hani pernah makan  ni. itupun asben yang beli dari kawan di ofis. 
harga pun boleh tahan gak. agak mahal.
tapi bila dah makan.....ehhh sedapnyaa. bila tengok bahan pun kita dah tahu mahal.
no wonder la biskut ni dijual dengan harga yang mahal.

bila terjumpa resepi ni dekat fb...eh macam senang je nak buat.
gaul-gaul then bakar.
terus rasa semangat nak buat sendiri. 

Kali pertama hani buat crunchy karamel almond ni. 
jadi gigih la pergi beli bahan-bahan.
bila nak bayar...errmmm memang mahallll ko bahan-bahanya terutama tepung yang digunakan.
hampir RM70 tu.

hani beli tepung bienetta sebab kat kedai bakery ni takde tepung florenta.
rasanya tepung florenta harganya lebih murah skit dari bienetta.
dalam RM19-RM21 camtu.



tepung bienetta 
RM 26.00


sunflower seeds (250 g)
RM4.20 



pumpkin seeds (100 g)
RM 4.20

white sesame seeds
RM 2.50

almond slice (250 g)
RM 15.20



black sesame seeds (250 g)
RM 5.50
Kredit resepi: blog azlitamasammanis

BAHAN-BAHAN
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

CARA:
1. Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
2. Satukan semua bahan dalam bekas
3. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

4. Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
5. Panaskan oven pada suhu 160C
6. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
7. Bakar dalam oven selama 10 minit
8. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
9. Simpan dalam bekas kedap udara.


masa ni hani silap beli kertas....bukan kertas kek tapi tah kertas apa...silap hani juga tak tanya pada staff di situ. kertas yang hani beli ni punya la melekattttt dengan beskut ni. terus spoil semangat tauuu.....

nasib asben bagi idea, dia kata cuba guna aluminium foil yang memang dah ada di rumah.
mana nak cari kertas kek tengah malam ni haha.
so hani pun try. punya la risau akan melekat lagi, hani pun letak sedikit mentega atas aluminium foil tu. dan hasilnyaaaa...........yess!!!! memang elok je jadi, tak melekat lansung.

pastikan lepas keluar dari oven, terus potong biskut kepada kepingan kecil.
boleh gunakan pisau pemotong pizza atau pisau biasa je.
bila dah potong, biarkan sejuk dahulu kemudian bolehlah patahkan ikut potongan tadi.
tapi kalau dah sejuk, memang susah nak potong...kena patahkan la jawabnya.
bila dah patahkan, susah la nak dapat bentuk yang kemas petak-petak kan!

bila dah siap bekas pertama, hani dan anak-anak dah hadap dulu....hehe
rasa memang marbelessss.....sedapppp. 
ada member kata kalau bakar lagiiii crunchy means sampai kekuningan, rasa dah macam pop corn garret tu....leka weiii kalau dapat makan.

next time bole buat lagiiii......


3 comments:

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...