cerita Raya 2015

assalammualaikum semua....

lamanya tak update blog....

time cuti raya memang tak de mood la nak buka blog kan!!!

rasanya masih belum terlewat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada pembaca blog aku ni (eh...ada ke pembaca?ke syok sendiri...heee).

maaf zahir dan batin jika ada penulisan di dalam blog ini yang menyinggung perasaan kalian secara sengaja atau tidak sengaja.

cerita syawal tahun ni biasa-biasa jerrr....

tahun ni turn beraya di Ipoh dulu....yeeayyy tentulah aku sukaaaa kannn....kampung aku heee

so far setakat ni kami tak pernah bergaduh lagi la pasal nak balik beraya....memang ikut turn bergilir-gilir. adil dan saksama gitewww.....

persiapan raya tahun ni pun biasa jee....tak banyak pun membeli. lebih kepada berjimat.
sejak minyak naik harga..gst bagai laaa...itu la..ini laa....jadi perbelanjaan pun nak kena kawal.

tema baju tahun ni emerald green.
baju anak-anak ala kadar je, beli baju untuk raya pertama dan selebihnya pakai yang mana ada je.
cuma untuk kakak awliya je ada beli lebih sikit sebab kebanyakkan baju kakak awliya dah tak muat.

untuk adik adra, pakai baju kakak je...sebab banyak sangat baju kakak yang dulu-dulu masih elok dan ada yang tak pakai pun lagi...tengok2 adik adra dah muat pun. kebetulan mak lang dia pun ada belikan baju untuk dia sebelum raya. tak sempat pun pakai lagi...boleh lah jadikan baju raya sekali...

baju untuk aku, dah beli siap-siap masa pergi vietnam hari tu. sehelai je pun untuk baju raya.
tapi memang ada beli lebih untuk baju harian ke opis, boleh gak jadikan baju raya sekali.

biskut raya pun beli 2 jenis je.....selebihnya buat sendiri 3-4 jenis. gigih okeyyy!!! sambil 'dibantu' oleh anak-anak dara tu huhu

hari raya ke 2 kami dah gerak balik ke kampung asben pula di Jeli, Kelantan sehingga raya ke 6 dan kemudian sambung raya semula di Ipoh heee....mana puas raya sehari je kan masa kat Ipoh.



posing dulu sementara tunggu ayah balik solat jumaat






Selamat Hari Raya dari kami.....


Comments

  1. selamat hari raya hani sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Hani!!!! minta maaf lama x singgah sini...alamak raya dah lepas tetapi stil nak cakap mohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita ye...lama betul x jumpa...sampai hani dah anak 2 pastu dah besar 2 org budak comel tu....in shaa Allah ada rezeki nak jumpa gak...

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu