Tabung Gergasi - Membeli sambil membantu keluarga ini

sebelum ni saya pernah post pasal beli tabung gergasi yang diperbuat dari tong gas ekon... sejak itu ramai berminat nak dapatkan tabung tersebut dan bertanyakan pada saya contact nombor penjual tapi maaf sangat saya tidak ada menyimpan contact nombor penjual tersebut, kadnya sudah hilang... hari ni, bila buka facebook, ternampak pula berita ni sayu hati melihat nasib anak kecil ini... kebetulan ayahnya mencari rezeki dengan menjual tabung seperti yang pernah saya beli... kepada yang sedang mencari tabung besar ini, bolehlah hubungi En. Mohd Amir Hamat ini.. sambil membeli boleh juga kita meringankan beban keluarga.. semoga adik Faiz dapat dirawat dengan segera dan dapat menjalani kehidupan seperti anak kecil yang lain. Jual tabung demi kumpul dana untuk pembedahan anak. "Saya sanggup buat apa saja asalkan dapat mengumpul kos rawatan anak bongsu saya ini," kata Mohd Amir Hamat, 33, ayah kepada Muhammad Faiz Husni, 9 bulan. "Saya mahu lih...