Tuesday, August 2, 2016

kali pertama KEGUGURAN - part II

sambungan.....

Tibanya di HUKM

sampai je ke emergency O&G, aku terus daftar di kaunter....nasib orang tak ramai, maklumla hari Ahad kan...
aku maklumkan pada staff nurse yang aku keguguran..
lepas daftar, nurse minta urin aku untuk pastikan yang aku mengandung sebab masa ni aku memang takde bawa apa-apa pun dokumen sokongan
gambar scan hari tu pun tak bawa juga...

tunggu seketika sebab masa ni doc bertugas berada di dalam wad...
sementara tunggu doc, ada seorang doc pelatih [lelaki] temu ramah aku...
tanya macam-macam juga la....
seorang doktor perempuan bernama Norhayati pun sampai dan minta aku masuk dalam bilik...
aku dengar la doc pelatih tadi bagi penerangan tentang situasi aku pada doc Yati tu..
aku maklumkan pada doc yang keluar hanya fetus...takde kantung semua...
doc terus minta aku baring dan check rahim aku untuk lihat sama ada masih tertinggal saki baki lagi...

doc masukkan sejenis alat berbentuk silinder di bahagian bawah dan ada sejenis penyepit di tangannya..
errrkkk ngeri lak aku nengok...
masa ni doktor Yati minta aku tahan sakit sedikit...
fuhhh mula-mula rasa berdebar gile!!!
bayangkan la aku bukan ada diberi ubat penahan sakit ke apa...
nak kena masuk alat tu semua huhu....takut weiiii....
lepas masukkan alat berbentuk silinder tu, doc Yati mula masukkan penyepit...
masa masuk penyepit tu doc bagitau akan terasa pedih sedikit...
korek punya korek  ****fuh ayat scary betul.....
akhirnya dapatlah doc Yati keluarkan kantung yang tertinggal di dalam dan ketulan-ketulan darah...
sakit tak??? hmmm ok la, boleh tahan lagi...
doc Yati sangat lembut orangnya, very soft spoken...
so keje yang dia buat sangatlah berhati-hati dan lembut...
sakit pun taklah teruk sangat....mampu bertahan.

lepas dah keluarkan semua, doc Yati scan lagi rahim aku...
tapi doc kata dinding rahim aku masih tebal...means masih ada lagi ketulan darah...
doc cakap pada aku, if nak teruskan prosedur seperti tadi...dia boleh teruskan...
kalau aku tak tahan sakit, dia kata terpaksa tahan aku dekat wad untuk rawatan lanjut...
kena pantau dan makan ubat bagi darah semua keluar...
hhhmmm bila dengar kena tahan wad ni aku lemah skitttt niiii...
so takpelah doktor, teruskan la....aku sanggup tahan sakit....
asalkan selesai semuanya hari tu...

alhamdulillah selesai juga semuanya....doc maklumkan pada aku masih ada lagi darah2 di dinding rahim aku cuba tak setebal mula-mula tadi...
ketulan darah ni akan keluar sebagai darah nifas...
doc tanya pada aku sama ada nak bawa balik fetus tersebut atau tidak...
jika tidak, dia akan letakkan di makmal untuk kajian...
fetus tersebut aku minta untuk dibawa balik untuk ditanam...

kemudian doc panggil asben aku, terangkan apa yang dia dah buat pada aku...
nasihatkan aku supaya berpantang seperti orang bersalin dan perlu rehat secukupnya....
dan dia advice jika inginkan anak lagi, seeloknya selepas 3 bulan (3 kali haid) supaya rahim aku benar-benar bersih dan sihat.
doc Yati minta aku stay dulu kat hospital dalam 2 jam sebab nak tengok pendarahan aku teruk atau tidak.
dia suruh aku bawa anak-anak pegi makan dulu dekat cafe, kesian anak2 mesti dah lapar tu...
seronok berurusan dengan doc Yati ni, baik sangat.
2 kali bersalin dekat HUKM ni tak pernah pula aku jumpa doc Yati ni.

selepas 2 jam, doc tengok pendarahan aku normal...dia benarkan aku pulang dan bekalkan ubat tahan sakit. masa ni aku kena charge RM56 untuk konsultan dan ubat.
kena charge pun sebab aku tak bawa GL...kan nama emergency mana sempat nak bawa semua tu...hari ahad lak kan mana la opis buka...
tapi aku boleh claim semula dengan hukm bila aku kemukan GL tu kemudian hari....

doc beri aku aku cuti sakit selama seminggu...
kalau keadaan masih tak ok, doc minta aku datang semula..untuk sambung mc
aku hanya berpantang sendiri di rumah, tak balik kampung pun..
hmmm takde la pantang betul-betul....tau je la kalau berpantang sendiri ni..
minggu pertama tu aku pakai la stokin dan baju sejuk...
makan pun just masak ikan bilis goreng letak lada hitam...
dari pembacaan aku, berpantang sebab keguguran lagilah kena jaga betul-betul lebih dari orang bersalin normal...

alhamdulillah keadaan aku ok sepanjang cuti....bolehlah bangun dan berjalan.
aku banyakkan berehat je dekat rumah...
cuma yang aku perasan badan aku tak berada 'sedap'...maklumla tak berurut kan..
seminggu lepas tu aku balik Ipoh dan jumpa dengan opah yang pernah urut aku ketika bersalinkan kakak awliya dan adik adra.
lepas berurut barulah badan terasa ringan sikit dan kurang sakit-sakit badan.
bila balik ke KL semula, aku ambil mc dekat klinik panel untuk sambung lagi cuti....nak rehat lagi.
malas nak ke hukm lak nak ambil mc.,,,

begitulah cerita pengalaman keguguran aku....
mungkin ada hikmahnya dengan apa yang terjadi...
sungguh....Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...
dugaan yang Allah berikan menandakan kasih sayang Allah pada aku...
memberikan aku pelbagai pengalaman....
insha allah moga Allah murahkan rezeki untuk aku di masa akan datang....


1 comment:

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...