Tuesday, August 9, 2016

ATM Maybank di Ho Chi Minh

bulan Mei yang lepas aku ke ho chi minh lagi untuk kali ke 7..
kawan-kawan sampai dah kata aku ni macam balik kampung je asik berulang alik ke hcm ni hihi...
cadangnya kali ni nak shopping raya....
beli tiket ni pun masa bulan Feb..masa tu AirAsia buat promotion dapatlah harga tiket RM140 return tidak termasuk lugage.

ok kali ni taknak cerita pasal shopping tapi nak share pengalaman kali pertama aku keluarkan duit di mesin ATM.
dah banyak kali aku ke Ho Chi Minh, inilah pertama kali ke Maybank.
Sebelum tu aku telah aktifkan kad ATM di mesin atm di malaysia lagi  
walaupaun takde duit dalam akaun haha....aktifkan je dulu kan, mana tau akan berguna juga nanti.
macam mana cara nak aktifkan kad atm???

meh sini aku share:

korang boleh aktifkan kad atm dengan dua cara iaitu:
1. aktifkan di mesin atm

atau

2. aktifkan melalui maybank2u:
    - login ke mayban2u
    - pilih bahagian ATM/Debit Card Management
    - pilih bahagian Overseas ATM Facility
    - pilih kad ATM dan klik activition
    - dapatkan No TAC untuk pengesahan setting pilihan Aktifkan Kad ATM di luar negara. Isikan No       TAC untuk pengesahan
    - kad ATM Maybanksudah berjaya untuk digunakan diluar negara


so kali ni, bawa duit pun tak banyak sebab fikir nak cari baju raya sendiri dan baju raya anak-anak je..
sebelum ni kalau ke sini memang shopping barang untuk bisnes je kan...
kali ni bujet tak berapa nak ada so takde la nak beli barang bisnes.
lagipun kali ni adik aku tak pegi, selalu dia yang banyak beli barang untuk bisnes macam tudung dan jubah.
last day aku di hcm adik aku whatapps suruh belikan tudung untuk dijual..kebetulan nak hampir bulan puasa dan raya kan...
masa ni aku memang takde banyak lebihan $$$...so aku minta adik aku bank in kan duit..
nasib baik la aku dah aktifkan siap-siap kad atm....nampak takkk??? berguna juga...
kebetulan sehari sebelum tu aku ada tanya penjual kedai di mana letaknya Maybank..

tapi masa kami mencari-cari maybank ni, ada juga tanya orang sana..seorang penjaga parking, sorang lagi macam tokei kedai...cehhh dua-dua taktau...bila cakap maybank tu pun macam terpinga-pinga, macam tak pernah dengar...
untuk kali ke-3 kami tanya pada yang pakai orang yang berpakaian smart, rasanya macam pekerja di sebuah pejabat....barulah dia paham dan tunjukkan kami arah ke sana.
satu-satunya maybank yang ada di ho chi minh ni terletak di Sun Wah Tower yang terletak berhampiran Dataran Ho Chi Minh.
kalau berjalan kaki dari bent thant dalam 10-15 minit je...

direction ke Maybank:
1. jika dari bent thant boleh lalu dekat saigon square (sebelah kanan)..
2. jalan hingga penghujung jalan
3. belok ke kanan....cari Sun Wah Tower...di luar bangunan pun akan nampak signboard maybank (bahagian atas bangunan)






korang cari je la dataran ho chi minh  ni...kompem la nampak sun wah tower tu...
eehhh...aku baru tau, nama ho chi minh ni adalah nama orang yang berdiri tu...hahaha...
apa laaaa....banyak kali ulang alik ke sini tapi sejarah lansung tak nak kaji kann...cehhhh!!!


mesin ATM ni ada di ground floor berhampiran dengan lift..boleh nampak dengan jelas.
masa aku sampai, mesin out of service pulak....xoxo sabar je laaa.....time aku sampai la ko nak out of service lak kannn...nape tak semalam, nape tak esok...why!!why!!
dah la penat berjalan kaki sambil disirami air hujan.....

terus kami naik ke tingkat 9 dimana terletaknya office maybank.
mana tau ada lagi mesin atm dekat atas kan...
rupa-rupanya takde, itulah satu-satunya mesin atm yang ada...bahagian atas hanya office sahaja.



SUN WAH TOWER



selain dari mesin atm maybank, kita juga boleh keluarkan duit dari mesin atm yang lain tapi ada charge yang dikenakan...tak pasti berapa chrge tu, lagipun tak berani nak try.
nak tak nak terpaksa la kami tunggu hampir 1 jam juga untuk diaorang selesaikan kerja masukkan duit ke dalam mesin atm tu.

masa mula-mula gunakan mesin atm ni, nerbes juga macam mana kan..kang kuar bahasa vietnam lak mana nak paham huhu....maklumla pestime...
rupanya ada 3 pilihan bahasa yang dipaparkan..bahasa malaysia, bahasa inggeris dan bahasa vietnam.
hambekkk...bahasa melayu pun dia letak, nampak sangat orang malaysia ni ramai kat sana...
baki duit kita akan ditulis dalam RM....manakala kalau kita nak keluarkan duit, perlu dinyatakan dalam VND..masa ni la pening skit, nak kena convert berapa RM boleh dapat VND.


abaikan baki dalam slip tu hahaha....kan aku dah bagitau dalam acc takde duit...
kang banyak duit abis aku buat shopping.....

bila aku buat pengiraan, keluarkan duit di mesin atm ni lagi jimat. maksud aku camni, masa pertukaran RM ke VND masa tu kadar pertukaran adalah seperti di bawah...

1 juta dong = RM186
jika VND 3,500,000 = RM651

tapi dekat mesin atm ni, dengan jumlah VND 3,500,000 = RM647.28
maknanya kadar pertukaran lebih murah la kan...
bila aku check semula akaun, takde lak service charge yang dikenakan...


sanggup redah hujan tau nak semata-mata nak jumpa KAWANKU

ok. itu saja aku nak share pasal cerita hcm kali ni...next time aku share tips dan pengalaman aku kat sana....banyak sebenarnya nak kongsi tapi tu la mood mengupdate ke blog ni asik ke lautttt je. '
bila ada mood, cerita pulak dah basi...sampai aku dah lupa nak tulis apa...hihi

kalau korang nak atm maybank tu, ni aku sertakan alamatnya:

Ho Chi Ming City Branch
Sun Wah Tower
9th Floor, 115, Nguyuen Hue Street
District 1, Ho Chi Minh City


3 comments:

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...