2016: Bandung - Hotel di Bandung

Untuk penginapan di Bandung, aku booked 2 hotel berlainan iaitu Hotel Tebu dan Hotel Raffleshom. Kali pertama menginap di hotel ni. Di Bandung pilihan hotel sangat banyak, ikut je bujet korang berapa, lagipun hotel di sana kebanyakkan memang murah.. macam aku dan kawan-kawan jenis tak kisah pasal penginapan ni, janji bersih, ada katil yg selesa, ada toilet dah cukup. Yang penting harga mampu duduk hihi.... Hotel Tebu Memandangkan kami sampai dah hampir malam, pukul 5 petang dah gelap...so aku pikir tak perlu guna pak supir untuk hari berkenaan. Pak Supir hanya pick up kami di airport dan terus hantar ke hotel. Jadi aku booked hotel yang dekat dengan factory outlet. Sebab pikir takkan dah sampai hotel nak duduk dalam bilik je kan...rugi masa. hasil menggoogle, hani pun booked Hotel Tebu di Jalan Matadinata (Jalan Riau). lokasi hotel ni memang dekat sangat dengan FO, jalan kaki 5 minit je... memang strategik... Booked dekat Agoda dengan harga RM 116.34 utk 1 malam... ke...