Monday, February 20, 2017

2016: Trip ke Bandung

Assalammualaikum semua...

kali ni nak share pasal trip ke Bandung tahun lepas...bulan 8/2016...
hehe berkurun nau nak update kannnn....basi sudah...
aku update la mana yang teringat yee....

Aku beli tiket ni dah lama juga, hampir setahun. Biasalah nak dapat tiket murah kan kena la beli time ada promotion.
Masa beli tiket ni dapat harga RM120 (returns) tidak termasuk lugage dan makan.
Murah sangatttt tue...
Rasanya masa ni AA buat promotion free seat kalau tak silap..

Masa nak bertolak, kami tambah lugage sebanyak 20kg (masa balik) dengan harga RM67 dan tambah makan RM12. Total semua untuk kos flight adalah RM199.00 untuk seorang. Waktu pergi masing-masing bawa hand carry je, rugi je kan nak amik lugage sebab barang tak banyak pun.
Trip aku kali ni sepatutnya 5 orang tapi yang jadi pegi 4 orang je.

Trip kami ni selama 4 hari dari 17/8-20/8/2016. Flight kami sepatutnya waktu pagi. Beberapa bulan sebelum bertolak AA ada menghantar email maklumkan flight telah ditunda. 2 kali tu kena tunda. Dan last sekali flight kami pukul 3.20 petang dan sampai di Bandung pada pukul 5.20 petang. Agak rugi di situ sebab sampai pun dah hampir malam. Tapi nak buat camne kannnn....Yang aku perasan, dah 2 kali nak ke Bandung ni, 2x ni juga flight AA akan ubah jadual perjalanan....sabor je laaa...

Ni kali ke-3 aku ke Bandung...last pergi Bandung 5 tahun yang lepas, sebelum kawin lagi.
Masa tu ke bandung sebab nak cari baju nikah dan cenderahati..
kali ni pulak pergi santai-santai je....nak shopping haha
macam orang kaya je nak shopping sokmo!
padahal nak pergi sibuk dok korek-korek duit mana yang ada..huhu
excited juga nak pergi kali ni sebab dah lama tak jejak kaki ke sana kan...
tak tau apa barang-barang shopping terkini di sana..

seperti biasa persiapan sebelum ke bandung, aku dah booked awal-awal
hotel dan pak supir...senang..
sampai sana tak yah pening nak pikir dah...

Tips:

1. Tukar duit rupiah siap-siap dari Malaysia. Lepas tu sediakan terus buat dalam excel je mudah.
senang ada benda ni, nak beli apa-apa terus je tengok jadual ni. Tak yah nak pening kira pakai kalkulator dah. Aku siap print sekali untuk semua ahli trip...xyah kejap orang ni pinjam, kejap orang tu pinjam...lunyai dibuatnya hihi...so masing-masing pegang sorang satu...

masa aku tukar duit ni kadar pertukaran adalah 1juta rupiah = RM309.49...memang time duit kita tengah jatuh sekarang. Nak ikutkan waktu sekarang ni bukanlah waktu yang sesuai kita nak ke luar negara kan....tapi nak buat macam mana, tiket dah beli lama dah..huhu..nangis nengok duit RM kita semakin jatuh!

Kalau duit rupiah tak cukup, korang boleh je tukar duit dekat Bandung...tak banyak beza pun kalau tukar sikit..

Aku pun ada tukar duit dekat money changer Pasar Baru, pak supir yang rekemen...
Beza RM12 dengann tukar di M'sia...pada aku ok la sebab aku tukar 1 juta rupiah je..
Tapi kalau tukar berjuta-juta rupiah terasa gak la banyak beza tu kan....


2. Kalau ke Bandung ni tak yah la bawak stok makanan, sebab dekat sini kos untuk makan tak mahal pun. Masa ni la nak merasa masakan dekat sana kan. Melainkan kalau ko travel ke tempat yang mata wang tinggi, atau tempat yang susah dapat makanan halal..yg tu patut bawa la bekalan dari msia...
tapi takat Bandung takyah la, kompem ko tak kan usik bekalan tu nanti. Tapi kalau nak bawa stok macam megi ke biskut ke, bawa je la. Kot perut korang jenis lapor tengah malam ke kan...eh tapi beli kat sana pun bole..bersepah je kedai macam 7e tu...harga dah convert pun bukan byk beza pun dekat harga dekat msia. tapi harus ingat, perhatikan juga betul2..pilih yang halal ye....


Post berkaitan Bandung, korang boleh klik link di bawah ni...

-2016: Bandung - Hotel di Bandung
-2016: Bandung - Pak Supir
-2016: Bandung - Floating Market

No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...