Friday, December 16, 2011

Review pelamin nikah

Assalammualaikum semua rakan blogger,

Hari ni hani nak review pasal pelamin nikah. Sebenarnya ikut perancangan, hani akan nikah di rumah. So, mestilah nak ada pelamin nikah kan *ngada*...seperti yang hani pernah cerita di post ini, last minit kena nikah di surau, akhirnya punah harapan. Kalau tak dah terbayang2 masa nikah dok atas pelamin tu...uuuuwwwaaaa...
nak buat camne kan...redha jer la..nampaknya pelamin nikah tu hanya digunakan untuk posing jer la nanti...huhu

Lepas habis majlis nikah di surau, balik ke rumah...baru buat ulang tayang upacara pembatalan air sembahyang. Sebelum ni dah buat kat surau, memandang keluarga pihak lelaki nak balik awal, maklum la..masa tu pun dah pukul 10 lebih malam, kesian dekat budak2. Lepas makan2, keluarga en suami terus balik. En suami je yang balik lambat sikit sebab nak posing sakan hehe.


Ekceli, pelamin nikah ni hani tak tau macam mana designnya. Tak pilih pun. Hani serahkan sepenuhnya pada Kak Akma. Hani nak yang simple jer. Alhamdulillah, puas hati dengan pelamin ni. Kak Akma sediakan pelamin baru. Dia tak pernah buat lagi utk org lain. Barang2 siap sampai dari kedai yang kak akma beli, terus ke rumah hani, sebab kedai tu di Ipoh je. So, tak perlulah nak hantar ke Taiping kan. 3 hari sebelum majlis, kak akma bagitahu pelamin nikah hani lebih kurang macam Farah AF.


pelamin nikah Farah AF ~ pic from google

Ni gambar pelamin nikah hani....lebih kurang macam Farah punya la kan...cuma Farah punya dipenuhi dengan banyak bunga di belakang tu. Di kiri kanan tu, Kak Akma letakkan bunga segar. Tapi hani tak tahu pulak nama bunga ni, lebih kurang macam bunga carnation je. Bunga ni tahan lama dan nampak cantik bila kembang. Kak Akma beritahu yang bunga ni harganya lebih mahal dari bunga ros. Seminggu lepas majlis pun, bunga ni masih segar dan kembang.



pic from fb OP


Suke sangat dengan pelamin nikah ni...simple n sweet jer...menepati apa yang hani inginkan ~weeeeee~ 

Semasa majlis resepsi, pelamin nikah ni jadi tempat posing rakan-rakan. Bagus juga kan, takde terbiar camtu je, at least masih digunakan selepas majlis nikah...







Thursday, December 15, 2011

Back to normal :-(

Assalammualaikum semua,

Lamanya tak update blog. Semalam (14/12/2011) baru masuk kerja setelah hampir 3 minggu bercuti.
Memang lemauuuuu....penat sangat sebab baru smpai dari Ipoh jam 7 malam, kemudian pergi ke rumah kakak ipar di Sg Buloh. Pukul 12.30  mlm baru sampai rumah semula. Pukul 1 lebih baru tido dan keesokkan harinya....sangat2 la mengantuk di opis. Sampai tersengguk depan pc...huhuhu 

Nak review psl wedding pun masih xde mood dan idea. 
Harap kawan2 dapat bersabar yer....hehehe

Babai.

Wednesday, December 7, 2011

Majlis Nikah ~02 Dis 2011~

Assalammualaikum semua,

Ok, kali ni baru ada mood untuk cerita pasal wedding. Hani mulakan dengan majlis pernikahan dulu.
Mengikut perancangan, sepatutnya hani akan nikah di rumah. Mengikut tok kadi, jika ada pasangan pengantin yang lain yang nikah pada hari dan waktu yang sama, baru tok kadi suruh nikah di surau yang berdekatan. Jika hani seorang sahaja, akan nikah di rumah. Seminggu sebelum majlis nikah, hani tak terima panggilan pun dari tok kadi. So, ingatkan confirmlah nikah di rumah. Sebab tok kadi ada beritahu, jika nikah di surau..beliau akan beritahu.

2 hari sebelum majlis, abah dapat berita dari kawannya yang beritahu tok kadi eksiden. Ada pasangan sebelum tu, terpaksa guna tok kadi yang lain. Adooiiii....dugaan betul...Tapi tok kadi masih tak call beritahu apa2 sehinggalah pada  hari jumaat. Hani minta abah call tok kadi. Rupanya hani kena tumpang tok kadi yang lain. Abah minta tok kadi ganti tu dtg ke rumah, tapi dia kata tak boleh sebab ada lagi pasangan pengantin yang lain. Nampaknya terpaksa ke surau juga. oowhhh...lupa nak bgtau, pelamin nikah dah siap pasang kat umah tau...huhuhuhuhuhu...rosak plan !!!! Apapun, yang penting majlis nikah selesai kan...

Dalam pukul 5 lebih, sms kak akma minta datang awal sebab kena nikah di surau selepas isyak. Lepas maghrib tok kadi minta dah ada di surau. Kelam kabut juga Kak Akma drive dari Taiping, kesian juga sebab last minit kan. Nak buat camne, hani pun tahu last minit juga.

Kak Akma minta hani siap2 pakai baju dulu, dia sampai nanti terus make up jer. Dekat pukul 7 ptg, kak akma pun sampai. Make up dalam 45 min, dah siap. Terus gerak ke surau.



Rupanya ada lagi 2 pasangan pengantin yang nikah di surau ni. Hani dan en tunang adalah pasangan paling awal sampai. Lama juga tunggu 2 pasangan tu. Tension tul. Kalau nikah ramai2, mcm ni la...terpaksa tunggu yang lain sampai. Pukul 9.15 mlm, barulah majlis bermula.

sambil menunggu....posing-posing dulu
bersama dayang-dayang (adik & adik sepupu)

anak buah en suami nak bergambar juga

berdebar-debar.....dup dap dup dap

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz...kami sudah bergelar suami isteri yang sah. Nasib baik tok kadi hanya tanya rukun nikah pada ketiga-tiga pasangan pengantin. Soal jawab tak lama. Setelah selesai lafaz taklik, bermulalah upacara membatalkan air sembahyang. Hani menerima seutas rantai tangan dari en suami dan en suami menerima sebentuk cincin dari hani.







 

Selepas selesai, kami pulang ke rumah bersama dgn pihak lelaki untuk untuk makan malam yang telah disediakan oleh keluarga hani.
Lepas makan, barulah hani dan suami berposing-posing di atas pelamin nikah. Kena ulang tayang semula upacara membatalkan air sembahyang hehehe....

eh....eh...en suami macam malu-malu jer.....
                           
kita main jeling-jeling dulu



Penyerahan mas kahwin 
 

saya amat menyanyangi LELAKI INI ^_^

Selesai sudah majlis nikah kami..syukur ya allah, kerana akhirnya impian kami terlaksana juga, alhamdullillah...
Doakan kebahagian kami ya kawan-kawan. :-)

Tuesday, December 6, 2011

~Album Pre Wedding sudah siap~

Assalammualaikum semua.

Sekarang ni agak slow untuk update blog. 
Memandangkan en suami takde sebab dah balik ke kampung untuk setelkan apa2 yang patut
untuk majlis bertandang nanti, ada la masa untuk update blog hehehe.

Ok, kali ni tak nak cerita lagi pasal wedding, tapi nak cerita pasal pre wedding photoshoot.
Sebelum ni, hani pernah cerita di post ini dan ini.
Dah dapat album pre wedding kami. OP siapkan dan bawa masa hari nikah seperti yang dijanjikan.
Seperti yang pernah diberitahu sebelum ini, pre wedding ini adalah percuma (termasuk album) jika kita ambil pakej bertunang+akad nikah+majlis bersanding dengan Extrumedia.com. Untung kan.
Walaupun muka dah terbakar dek kerana berpanas di tengah2 ladang, tapi hasilnya sangat memuaskan.
I LIKE !!!!

muka depan album jenis kaca

Jomsss....kita layan gambar :-)

Lokasi pertama: Ladang UPM Serdang




               



                



 




Lokasi: Kawasan lalang di Pullman, Putrajaya

                   



Lokasi: Jambatan di PICC, Putrajaya


                   



Lokasi: Alamanda, Putrajaya

                 



Kalau ada b2b yang berminat utk dapatkan perkhidmatan dari Extrumedia.com, boleh terus hubungi di sini.
Harga ok, tak terlalu mahal. So, cubalah minta quotation dulu kan....High recomended !!!!

Sunday, December 4, 2011

~Aku Terima Nikahnya~

~02 Dis 2011~ Alhamdulillah, kami sudah bergelar suami isteri yang sah. 
Banyak peristiwa dan dugaan yang berlaku.
Nanti hani review satu persatu yer...
Enjoy gambar ni dulu.
Bye.

Thursday, December 1, 2011

Henna by NedHenna

Pagi ni, sesi pemakaian henna...dari Nadia Khalid yang import dari KL hehe. 1st time customer Nad dari Ipoh. Selalu Nad berinai di kaw KL & Selangor jer. Tak pun paling jauh Seremban.
Kat Ipoh ni susah la nak cari, tak sure kat mana ada. Di bandar Ipoh tu memang ada, kena pergi Little India.
Tapi tak sure ada yang boleh datang rumah ke tak. Malas nak pikir, hani booked jer dengan Nad ni.
Cuma ada charge transport la kan. Tak per lah, janji hani senang. Tunggu jer di rumah.

Nad sampai awal setengah jam dari waktu yang dijanjikan. Janji pukul 9 pagi, 8.30 dah sampai.
Kejap je Nad pakaikan. Dalam setengah jam jer. Hani ambil corak yang simple jer. Ambil fullpackage dari tangan sampai kaki. Banyak package yang boleh kita pilih, means nak buat kat tangan je pun bole, so harga lagi murah la. 

Hani memang tak pernah pakai henna ni, sangat2 la teringin. Hani pakai untuk kahwin jer,
lepas ni tak pakai dah kot. So far, puas hati dengan hasilnya. Cuma corak bunga di tapak tangan comot sedikit sebab hani tak duduk diam. Tertepek tangan kat atas sofa....hehe...so, kalau nak dapat hasil yang sangat cantik, jangan la dok gerak2 yer....

Fullpackage = RM150
Transport = RM100

Total  RM250




Nad pesan supaya tunggu kering baru buang inai tu. Jangan dibasuh dengan air kecuali di bahagian kuku.
Kurangkan buat-buat kerja yang melibatkan air, macam basuh pinggan ke, kalau mandi pun jadi sental sangat. Ini bertujuan untuk mengekalkan warna merah tu.

Yang berminat, boleh hubungi Nadia Khalid di blog @ fb beliau.

Centerpieces

Pukul 12 tengah malam, gigih siapkan centerpieces utk meja tetamu nanti. Last minit buat, last minit idea...sangat la comot rasanya.
Buat sorang-sorang pulak tu, sampai sakit pinggang duduk lama-lama.
Untuk centerpieces ni, hani guna bahan yang sedia ada jer dan ada juga yang dah beli lama. Bujet dah takde huhuhu. Nak beli bunga pun dah rasa macam tak mampu dah. So, kita kitar semula. Kan bagus amalkan kitar semula hehe. Simple je...tapi rasa puas hati dengan hasil tangan sendiri 

Bahan-bahan:
1. Doily paper - beli di sini
2. Bunga recycle - masa hantaran bertunang.
3. Bekas kaca kecil - lebihan doorgift VIP
4. Batu kecil - beli di KK Home Deco, murah jer...sepeket RM2, beli 3 peket
5. Buluh sate
6. Riben - balance masa bertunang



                 

Print TQ tag, lepas tu tampal di atas doily paper. Kemudian letakkan buluh sate tu.
Senang kan.

letak batu-batu kecil....bagi nampak menarik sikit...konon la !!

dari bekas hantaran ni la bunga2 tu dicabut ^_^


Baru siap 13 pcs. Hani buat ikut jumlah bunga ros tu jer..sbb bunga ros tu tak banyak sangat.malas nak beli yang lain. Membazir pulak. Lepas ni bukan nak guna dah kan. Rasanya tak cukup untuk semua meja tetamu...hehehe...xper kan !!!

2 HARI LAGI.....
uuuuuwwwaaaa..byk benda tak siap...!!!! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...