Thursday, December 1, 2011

Henna by NedHenna

Pagi ni, sesi pemakaian henna...dari Nadia Khalid yang import dari KL hehe. 1st time customer Nad dari Ipoh. Selalu Nad berinai di kaw KL & Selangor jer. Tak pun paling jauh Seremban.
Kat Ipoh ni susah la nak cari, tak sure kat mana ada. Di bandar Ipoh tu memang ada, kena pergi Little India.
Tapi tak sure ada yang boleh datang rumah ke tak. Malas nak pikir, hani booked jer dengan Nad ni.
Cuma ada charge transport la kan. Tak per lah, janji hani senang. Tunggu jer di rumah.

Nad sampai awal setengah jam dari waktu yang dijanjikan. Janji pukul 9 pagi, 8.30 dah sampai.
Kejap je Nad pakaikan. Dalam setengah jam jer. Hani ambil corak yang simple jer. Ambil fullpackage dari tangan sampai kaki. Banyak package yang boleh kita pilih, means nak buat kat tangan je pun bole, so harga lagi murah la. 

Hani memang tak pernah pakai henna ni, sangat2 la teringin. Hani pakai untuk kahwin jer,
lepas ni tak pakai dah kot. So far, puas hati dengan hasilnya. Cuma corak bunga di tapak tangan comot sedikit sebab hani tak duduk diam. Tertepek tangan kat atas sofa....hehe...so, kalau nak dapat hasil yang sangat cantik, jangan la dok gerak2 yer....

Fullpackage = RM150
Transport = RM100

Total  RM250




Nad pesan supaya tunggu kering baru buang inai tu. Jangan dibasuh dengan air kecuali di bahagian kuku.
Kurangkan buat-buat kerja yang melibatkan air, macam basuh pinggan ke, kalau mandi pun jadi sental sangat. Ini bertujuan untuk mengekalkan warna merah tu.

Yang berminat, boleh hubungi Nadia Khalid di blog @ fb beliau.

5 comments:

  1. sweetnye!!
    suke, sangat kemas dan cantik.

    ReplyDelete
  2. Ika: mmg kemas & cepat Nad ni buat...puas ati :-)

    ReplyDelete
  3. cantik2...xsbr nk pkai henna jgk..heheh

    ReplyDelete
  4. cantiknya!sungguh cantik. design akak tu buat pun cantik cantikkan. :)

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...