Thursday, January 2, 2014

Welcome 2014

Assalammualaikum semua...

Lamanya tak update blog. Banyak cerita nk dikongsikan tapi apakan daya....
Paham-paham je la bila ada 2 org anak kecil ni.
Baru jer nak mengadap komputer/hp, masa tu la si kakak nk tengok video abc kat youtube...adoiii...layankan je la, kang menangis pulak.

Bila sorang tido..sorang lagi pulak bangun...haaa masa bila la nak update blog kan.
Kadang-kadang aku nak makan dan mandi pun tak sempat tau....huahua
Ni pun dapat update sebab masih pagi lagi...so diaorang tengah tido.

2013 telah melabuhkan tirainya.
Walaupun hari ni dah masuk 2hb Jan 2014, rasanya masih belum terlambat hani nak
ucapkan selamat tahun baru 2014 kepada semua.

Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2013.
Yang pastinya kenangan paling manis untuk tahun 2013 adalah melahirkan puteri yang
kedua pada penghujug oktober lalu.

Pada pendapat korang, perlu ke ada azam???
Pada aku perlu...sebab dalam kehidupan ni kita kena ada tujuan dan matlamat hidup.
Biarpun kadang-kadang matlamat tu tak tercapai pun.
Asalkan kita ada perancangan kan....
Azam aku???Hurmmm...macam-macam. Sama macam tahun lepas pun ada gak..haha.
In sha allah, moga tahun ni tercapai semua impian aku.
Menjadi anak, isteri dan mama yang terbaik untuk keluarga...itu yang PALING UTAMA.

Aku doakan semoga azam korang semua tercapai untuk tahun 2014 ni.
Amin...amin.
Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.

Jumpa lagi untuk next entry....[yang entah bila dapat menulis lagi....huhu]

p/s::cuti bersalin tinggal sebulan lagi....sobs sobs....

2 comments:

  1. Selamat tahun baru Hani...semoga semua azam yang di impikan tu tercapai...aha...kiranya hani ada di sri kembangan lah eh...bila ada kat umah nk g tgk anak dara 2 org tu sebelum Hani masuk keja semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat thn baru kak...skrg ada kat ipoh lg...mggu depan 12hb baru balik seri kembangan...saya masuk keje pas raya cina...boleh2, jemputlah dtg...

      Delete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...