Monday, January 20, 2014

transfer stok ebm dari ipoh-kl

Habis sudah percutiaan hani dan anak-anak dikampung selama 2 bulan setengah. 2 minggu lagi dah kena masuk keje dah...jadi hari ni pulang ke tempat asal hehe.

Terima kasih pada mak sebab tolong jaga hani dan anak-anak sepanjang kami berada di sana terutamanya waktu berpantang hari tu. Masa balik ni pun mak ikut sekali sebab nak tolong kemaskan barang yg berlambak tu...dia kesian dekat hani sebab nak pegang baby lagi kan..dgn si kakak yang tak reti dok diam lak tu....tak terbalas jasa mak!

Dah nak balik ni, kena angkut la semua barang termasuk la stok ebm ni.


Stok ebm yang berjaya dikumpul sepanjang bercuti. Hani mula buat stok ebm ni mggu kedua lepas bersalin hari tu. Di rumah mak ada deep freezer. Kosong pulak tu, jadi senang nak isi semua stok ebm ni, tak la bercampur dengan benda lain. Setakat ni hani baru guna 1 botol je sebab nak test sama ada adra boleh terima frozen ebm atau tidak. Alhamdulillah dia tak reject. Risau juga sebab hani pernah terbaca ada sesetengah budak tak boleh terima ebm ni, maybe sebab rasa dah berubah sikit kan. Selalunya kalau bagi guna botol, hani akan bagi fresh ebm jer. Yg stok ni akan digunakan utk dihantar ke rumah pengasuh nanti.

Masa packing barang, benda yang risau nak bawa adalah stok ebm ni. Risau kalau jalan jem. Dah cuti umum thaipusam hari jumaat kan...kira 3 hari cuti termasuk sabtu dan ahad. Mau menangis weii kalau ebm ni rosak. Dalam hati berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan kami dan melindungi rezeki adra ni dari cair di tengah jalan. Nasib baik kat rumah mak ada bekas coleman ni. Bole la tahan lama sikit berbanding guna bekas kotak ais putih tu. Ngam-ngam penuh bekas ni.
Kemudian letak ais banyak2 pada bahagian bawah dan atas.



Alhamdulillah....jalan tak jem sangat. Cuma kereta agak banyak dan tak bole bawa laju sangat. 3 jam juga perjalanan. Bila sampai rumah, perkara pertama dibuat adalah selamatkan ebm dulu. Terus cepat2 masukkan dalam fridge.
Itupun main sumbat je dulu, belum susun lagi ikut tarikh. Peti ais pulak dah penuh. Ishh macam kena beli deep freezer juga ni...huhu...

Tu baru ipoh-kl..pun dah risau..macam mana la kalau balik kmpung di kelantan yang makan masa 6-7 jam???? Hurmmm.....

No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...