Hytex Warehouse Sale 23-25 Mei 2014

Hari jumaat lepas berkesempatan pergi warehouse ni. Kebetulan dekat dengan opis, 10 min je. So, waktu lunch yang panjang, aku dan dua orang rakan pun terjah la ke tempat ni. Orang pun tak ramai, time hari keje kan... Aku aim nak cari baju si kakak awliya, sebab banyak baju dia dah tak muat. Hurrmmm aku rasa macam tak berapa menarik sangat warehouse ni... Kebanyakkan stok baju yang lama-lama, ada yang nampak dah lusuh. Rasa macam tak berbaloi dengan harganya pulak. Ye..aku tau jenama tanderly, disney, looney tunes ni memang mahal sikit kat pasaraya. Eh, aku tak kisah stok lama pun janji elok lagi kan. Memang gigih la ko kena pilih. Ada juga baju yang baru yang masih elok berlipat tapi tak banyak la. Harga pun takde la murah sangat...biasa-biasa je. Harga RM3 tu pun sepentot budak je.. Yang baju semua harga RM5 ke atas. Yang jenama Tanderly harga RM8 sehelai.. Kalau Disney dan Looney Tunes tu murah la skit dalam RM5. Kalau baju sepasang baju dan seluar harganya R...