Monday, May 26, 2014

Hytex Warehouse Sale 23-25 Mei 2014



Hari jumaat lepas berkesempatan pergi warehouse ni.
Kebetulan dekat dengan opis, 10 min je.
So, waktu lunch yang panjang, aku dan dua orang rakan pun terjah la ke tempat ni.
Orang pun tak ramai, time hari keje kan...

Aku aim nak cari baju si kakak awliya, sebab banyak baju dia dah tak muat.
Hurrmmm aku rasa macam tak berapa menarik sangat warehouse ni...
Kebanyakkan stok baju yang lama-lama, ada yang nampak dah lusuh.
Rasa macam tak berbaloi dengan harganya pulak.
Ye..aku tau jenama tanderly, disney, looney tunes ni memang mahal sikit kat pasaraya.

Eh, aku tak kisah stok lama pun janji elok lagi kan.
Memang gigih la ko kena pilih.
Ada juga baju yang baru yang masih elok berlipat tapi tak banyak la.
Harga pun takde la murah sangat...biasa-biasa je.

Harga RM3 tu pun sepentot budak je..
Yang baju semua harga RM5 ke atas.
Yang jenama Tanderly harga RM8 sehelai..
Kalau Disney dan Looney Tunes tu murah la skit dalam RM5.
Kalau baju sepasang baju dan seluar harganya RM18.

Baju t-shirt 
harga dari RM5-RM10


 
 saje beli 2 pasang, untuk kakak dan adik


ni beli untuk hadiah pada anak rakan
gaun tu RM18, baju putih tu pula RM16 sepasang

sweater kat rumah dan banyak tapi gedik nak beli yang ni juga sebab comellll...
harga RM15

skirt RM5



hasil tangkapan....

Dalam tak banyak yang menarik tu, abis juga RM180 kahkah....
Bila la aku nak insap kan dari shopping ni....
Tapi kan, walaupun abis RM180 tapi aku rasa macam tak puas hati sebab kuantiti baju tak banyak yang dapat.
Compare aku pegi warehouse ANAKKU dan PUREEN, kalau bujet RM200 tu memang penuh beg plastik.

p/s::mungkin tak pegi lagi......mungkin je ngeh..ngeh..

No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...