Monday, May 5, 2014

Adra sudah 6 bulan

Lamanya tak update blog.
Busy...busy...
Kat opis busy dengan keje, di rumah pulak busy dengan anak-anak dan hal rumah.
Entry ni dah 5 hari dalam draf, hari ni baru sempat nak post.


Alhamdulillah....adra dh genap 6 bulan. Masih lagi breastfeed secara ekslusif. Adra masih belum makan apa-apa lagi. Dia macam tak berminat pun dengan makanan. Bila hani makan, saje je tunjuk makanan depan dia, lansung takde respon. Macam takde perasaan jewww....hahaha...

Berbeza sangat dengan si kakak dulu, masa umur 5 bulan si kakak dah meleleh air liur tengok mama ngan ayah dia makan. Bila acah2 nak suapkan dia...terus nganga mulut luas-luas hihi. Mungkin sebab adik fully bf, so perut rasa kenyang je kan. 

Memandangkan adra macam tak berminat lagi nak makan, hani pun tak nak la paksa dia untuk makan. Biar dia betul-betul bersedia. Tapi nak try juga suapkan makanan cuti weekend ni. Sementara tu bolehlah mama dia kumpulkan semula semangat nak memasak balik kiki...ok kena rajinkan diri semula cari menu untuk anak.

Perkembangan Adra sama je seperti baby yang lain. Aktif dan ceria. Cuma dia tak nampak pun ciri-ciri nak merangkak. Angkat bontot skit pastu jatuh.
Adra lebih suka berdiri dan melompat-lompat. Penat weii nak pegang lama. 

Alhamdulillah...masih ada rezeki susu untuk adra. Berjaya juga bf secara ekslusif untuk tempoh 6 bulan ni. Kalau ikut dalam KIM (Kumpulan Ibu Menyusu), kami dah layak terima Diploma In Bf...yeaayyy...hehe..reward untuk diri sendiri. Bukan senang nak bf anak. Nampak je macam senang kan...sumbat je kat mulut anak. Tapi sebenarnya banyak sangat cabaran dan dugaan. Pernah hampir putus asa, pernah menangis menahan kesakitan dan macam-macam lagi dugaan. Tapi itu dulu. Next entry la hani share pasal pengalaman perjalanan penyusuan adra ye. Promise! Hopefully rezeki untuk Adra masih ada sehingga umur dia 2 tahun. I'm enjoy breastfeeding....




1 comment:

  1. Tambah ciut lah adra ni meh nk kiss sikit, hai bila lah nk leh jumpa adra ni eeee geram

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...