Wednesday, March 9, 2016

Day 3 @ KK

Belek-belek post dalam draf....banyaknya entry yang tak dihabiskan hahaha
siapkan separuh jalan jeeww...
tapi gedix gak la nak buat juga sambungan entry yang 4 tahun lepas...ya ampun!!!
jangan bosan baca entry dah berkurun ni...

Related post:
Day 1 @ KK
Day 2 @ KK


Day 3 @ KK

Hari ke 3, seawal jam 8.00 pagi kami dah siap untuk teruskan perjalanan ke Kundasang. Tapi kesian kat en suami, kena cerry berry la pulak...malam tadi sampai 12x keluar masuk toilet..
Mungkin ada tersalah makan, nasib baik hani takde apa-apa.
Dalam perjalanan, singgah berhenti mkn pagi, tapi en suami tak makan pun sebab risau dalam perjalanan nanti sakit perut lagi....

Senang je kalau nak ke Kundasang ni. Dari bandar KK, just ikut Jalan Tuaran, terus jer sehingga nampak signboard ke Ranau. Jalan ke Kundasang ni seperti jalan ke Cameron Highlands. Pemandangan bukit bukau, jalan bengkang bengkok. Pastikan kalau nak ke Kundasang, jangan terlalu lewat. Kalau boleh jangan lebih puku 5.00 petang sebab keadaan mula gelap dah berkabus. Agak bahaya kalau ada lori yang turut melalui kawasan ni.  Begitu juga waktu untuk turun nanti.

Kami sampai kundasang lebih kurang pukul 11.30 pagi, nak check in hotel masih awal lagi.
Kami teruskan perjalanan ke Poring Hot Spring iaitu kolam air panas yang terletak di daerah Ranau (45 min dari Kundasang).

Memandangkan en suamiku tu tak berapa nak sihat, lepas rendam-rendam kaki, kami terus balik ke Kundasang untuk check in bilik. Melepas i nak jalan2 kat tempat lain...:-(....tapi bila tgk en suami, mmg kesian...xper la, berkorban demi suami..nak jln2 pn tak best bila tgk keadaan en suami tu camtu...
Banyak juga tempat menarik yang kami tak sempat pergi macam Desa Cattle Dairy Farm. Sebelum smpai hotel, kami singgah makan dulu di pekan (tak ingat nama pekan tu tapi tepi jalan besar jer)

Kinabalu Pine Resort
Hani dah booked bilik di Kinabalu Pine Resort. Harga sebilik RM175 utk semalam, tapi masa hani nak booked ni ada promotion...sekali dengan dinner & breakfeast utk 2 org, harga menjadi RM195. So, hani pikir baik ambil sekali ngan makan kan...cuma tambah RM20 jer...tak yah susah-susah nak cari tempat mkn nanti kan..
Bilik di sini agak kecil sikit berbanding promenade service apartment hari tu. Tapi masih selesa dan bersih. Dalam bilik ni takde aircond pun, hanya ada kipas dan tv...kipas pun kami tak pasang sebab sejuk sangatttt kat sini...memang sesuaiiii sangattt untuk org honeymoon ngeh...ngeh








Kami dapat view bilik yang  menghadap gunung kinabalu...serius sangat teruja...mungkin sebab hani bercita-cita nak panjat gunung kinabalu satu hari nanti :-P...hajat tu masih tak kesampaian sehingga hari ini. Insyaallah, puncak tu akan ku tawan satu hari nanti...tu yang dapat tengok kat depan mata pun, dah rasa seronok sgt. SubhanaAllah, sumpah cantik!! Samapi sekarang rasa rindu dengan view di sana.

Di luar bilik, ni ada kerusi santai...bole duduk-duduk minum kopi sambil menghirup udara segar di sini. Nyaman dan tenang...alahai rasa macam tak puas stay 1 malam dekat sini...


Petang sampai ke malam, kami menghabiskan masa di bilik...lepak2 depan bilik sambil menghirup udara segar dan nyaman.

Pukul 7.30 mlm, kami ke cafe untuk makan malam. Byk juga lauk yang dihidangkan, tak abis tu. Tak rugi amik pakej. Setakat tambah RM20, dapat makan lebih dari RM20...berbaloiiii....

Malam tu masing2 dah keletihan, suasana pun sejuk dan nyaman je...awal juga kami tidur sebab pagi esok nak bangun seawal pukul 6.00 pagi sebab nak tengok gunung kinabalu. Kat sini kan cepat siang, kalau lambat bangun, nanti gunung kinabalu dah tak nampak sebab ditutupi oleh kabus tebal.

 masa ni pukul 6.00 pagi


awam dah mula menutupi gunung kinabalu


tak nampak dahhhh...............


nasib baik dapat bangun awal...dapat juga menikmati pemandangan indah di waktu pagi....
lepas lepak sambil menghirup udara segar pagi, kami terus bersiap untuk pergi breakfeast..
dan terus masuk bilik dan kemas2 barang untuk check out.






jangan ingat viva takleh mendaki Kundasang.... :-)

3 comments:

  1. laaa..4 thn lepas ke...ingatkan hani baru g baru2 ni..x pe x bosan nk baca gak pengalaman jln2 kat sana tu

    ReplyDelete
  2. adoiii 12x kuar masuk toilet? mmg lembik...salah mkn lah tu

    ReplyDelete
  3. kalau akak pun akan byr include bfast sbb leh mkn puas..kalau byr RM2 je mmg baloi lah..mkn kat hotel tu ;p

    psst..bila nk plan trip jln sama2 cam dulu lagi ni heeeee

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...