Monday, November 7, 2016

Permohonan VISA ke CHINA - LULUS

alhamdulillah....VISA ke China dah LULUS....*lompat bintang
risau juga masa nak pegi buat visa ni...nerves pun ada...
ye la, lepas baca blog ada permohonan visa china ni kena reject...tanpa diberitahu pun sebabnya...
memang la nerves...banyak persiapan dah buat...
kalau tak lulus, nangis weiiii.....
permohonan visa ke china pun sekarang ni sudah agak susah nak apply...

sebelum ni aku pernah ke China (Beijing) tapi masa tu pergi dengan travel agent, so semua dah diuruskan.
jadi ini pengalaman pertama aku untuk uruskan sendiri visa ke china ni..
nak pergi china 19/11 tapi masih tak buat lagi...huhu
syukur allah permudahkan dari awal lagi aku nak buat visa ni..
2/11 aku gigih juga pegi....pergi waktu ofis hour..minta kebenaran bos masuk lewat sikit...
terus ke tingkat 5 (untuk permohonan individu)
aku sampai lebih kurang pukul 9.30 pagi...masa ni dah ramai orang....
lama juga beratur di kaunter semakan borang....lenguh kaki berdiri....
lepas kerani semak semua dokumen, aku diberikan nombor untuk hantar borang di kaunter serahan...



dokumen yang perlu disediakan:
1. borang permohonan. boleh download terus dari SINI atau boleh dapatkan borang di sana.
2. gambar 2 keping latar belakang PUTIH/CERAH
3. passport original (pastikan masih valid 6 bulan sebelum tarikh luput)
4. salinan passport (bahagian yang ada maklumat dan gambar kita) - 1 keping
5. tempahan tiket flight - ada maklumat tarikh dan nama anda
6. tempahan hotel - tak perlu, aku kepilkan sekali dgn borang...tapi dekat kaunter hantar serahan kerani tu
pulangkan semula tempahan hotel tu...so korang sediakan je la tapi tak yah letak sekali kat borang.
kalau dia minta baru bagi.

kalau korang takde semua dokumen di atas ni, jangan risau...di sana korang boleh print dan photostat.
nak tangkap gambar pun bole...cuma bayaran aku tak pasti la berapa.

masa aku dapat nombor, tengok2 dalam 30 orang lagi aku kena tunggu. fuhhh lama lagi tu...
dah la nombor giliran bergerak perlahan je...sedangkan kaunter banyak...
masa ni aku pergi bawa anak aku awliya...
masa tunggu ni, si awliya kata nak baring atas kerusi menunggu tu....
dia penat berbaris lama tadi, padahal aku dah suruh duduk kat kerusi dia tak nak pula...
dia pun baring atas riba aku, sambil tu aku bersembang dengan seorang kakak ni pasal trip ke china..

kemudian datang pakcik guard dekat aku...tanya anak aku ok ke...
awliya ni baru lepas demam chic pox (sebab tu kena bawa skali, takleh hantar sekolah lagi)...so kat muka ada parut2 yang belum hilang...
aku kata ok, cuma penat kot...
sekali pak cik tu minta no giliran aku...dan terus ke kaunter serahan borang...
kemudian datang semula pada aku dan minta ikut dia kaunter...
alhamdulillah, pakcik ni tolong aku untuk percepatkan serahan borang...
mungkin dia nampak aku bawa budak kecil kan...
so tak nak aku tunggu lama.....

aku ucapkan terima kasih pada pakcik tu dan terus serahkan borang pada staff di kaunter tu...
lepas semak semua, dia berikan aku resit kutipan visa nanti...
setellll....
dah boleh balikkkk....

resit kutipan 


di tingkat bwah sebelum keluar bangunan tu, aku terserempak dengan pakcik guard tadi...
sekali lagi aku ucapkan terima kasih...aku cakap pada dia kalau tidak lama lagi aku kena tunggu..
pakcik cakap dia nampak anak aku macam kesian nak biar tunggu lama, jadi pakcik tarik la nombor aku...
baik sungguh pakcik ni...semoga Allah membalas kebaikan dia juga...


4/11/2016
dah boleh ambil visa...
time lunch yang panjang (hari jumaat) aku pun pergi semula ke bangunan hampire.
terus ke tingkat 6 untuk collection..dan ambil nombor
ramai juga orang masa ni, aku kena tunggu dalam 40 orang.
tapi urusan di kaunter tak lama...jadi nombor bergerak laju...
bila nombor dipanggil, pergi ke kaunter PAYMENT dan jelaskan bayaran...
dapat resit terus ke kaunter COLLECTION amik visa...
pastikan semak semua maklumat dalam visa adalah betul...
dalam setengah jam dah setel semua...


Kaunter Payment dan Collection

sumber: SINI

jadual di atas adalah bayaran untuk permohonan visa...
single entry : RM88.30
double entry : RM108.30
aku ambil double entry sebab 2x akan masuk ke china (KL-Guangzhou) (Hong Kong-Guangzhou)
siap dalam masa 4 hari bekerja...
kalau korang nak express punya pun bole...siap dalam masa 2 hari bekerja cuma bayaran mahal la sikit...(rujuk jadual di atas)

*tips:
1. datang awal untuk elakkan kena tunggu lama
2. isi borang dan sediakan semua dokumen sebelum datang. nanti sampai boleh terus beratur je.
kalau ada part dalam borang korang tak pasti nak tulis apa, just kosongkan dulu, di sana ada contoh untuk isi borang, jimat masa sikit
3. pastikan gambar latar belakang PUTIH. penting ni, sebab aku dengar banyak kali pakcik guard cakap gambar putih/cerah...taknak gambar biru ....
4. hari tu abg aku buat visa china, kena bagi passport lama....tapi sekarang ni dah TAK PERLU bagi sekali. tapi aku bawa je untuk standby...kalau dia minta, aku bagi...tak minta takpe la kan....

Lokasi Permohonan Visa CHINA:

Level 5 & 6, Hampshire Place Office
Jalan Mayang Sari
50450 K. Lumpur

*landmark
- kalau naik LRT turun di stesen Ampang Park
-ikut arah ke OSK Plaza (signboard dalam stesen LRT), nanti keluar stesen LRT dah tak perlu lintas jalan
-keluar dari stesen LRT terus je ke depan, akan nampak jejantas (depan Bank of China)
-lepas jejantas belok kanan dan terus sampai nampak Hamphire Place Office (sebelah kiri)
-berhadapan dengan Bangunan Tokio Marine

3 comments:

  1. salam semua,

    Kami dari melancong murah baloi ada menyediakan servis membuat visa ke Australia dan ke China

    Hubungi = 017-5367426
    Fb = melancong murah baloi
    Ig = melancong_murah_baloi

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...