Thursday, January 12, 2017

scan 3D/4D/5D di Klinik Dr. Nurul

ni 1st entry untuk tahun 2017...
Selamat tahun baru 2017 kepada semua pembaca blog aku...walaupun 1 Jan dah 11 hari berlalu hehe [eh...ada ke pembaca huhu perasan lebih :)]

disebabkan kesibukan dengan tugas-tugas harian,
tak sempat nak coretkan pengalaman mengandung kali ke-4 ni...
aku pernah tuliskan kisah aku keguguran masa mengandung anak ke-3...
alhamdulillah selepas 6 bulan Allah berikan aku nikmat mengandung sekali lagi...

kejap betul masa berlalu, sekarang dah nak masuk 28 minggu (7 bulan)
tinggal 90 hari je lagi due date aku...
insha allah aku dijangka akan bersalin pada bulan April 2017...
sama bulan dengan bulan lahir aku...
kalau dapat sama tarikh dengan hari lahir aku pun best juga..
tapi tak kisahlah mana2 pun...janji anak yang dilahirkan ni sihat dan sempurna...
'hadiah' hari lahir yang sangat bermakna untuk aku tahun ni...

kali ni aku nak share pengalaman scan di Klinik Dr. Nurul di Alam Damai, Cheras.
masa ni kandungan dah cecah 25 minggu...
setiap anak aku akan scan di klinik yang berlainan...
saje nak rasa pengalaman di banyak klinik :)

bila baca review di fb, ramai yang bagi feedback yang baik...
harga promosi pun boleh dikatakan murah juga iaitu RM89.00 untuk scan 3D/4D

kalau nak scan di sini kena buat appoinment dulu ye...
kalau walk in tidak diterima...
so boleh call dahulu untuk dapatkan tarikh appoinment...

appoinment aku pada pukul 9.30 pagi...
masa sampai ni orang takde pun, klinik baru buka je awal2 pagi ni...


kaunter





selesa dok atas sofa..selalunya klinik dok sediakan kerusi keras je...


suka sangat dengan deko dalam klinik ni...
cantikkkk dan kemas jeee....
betul baca review orang....ramai kata cantik...
dalam bilik scan pun cantik...sangat selesa.
screen tv besarrrr....
ada sofa disediakan untuk asben duduk sambil tengok gambar/video dekat skrin...
dalam bilik ni akan dipadamkan lampu....samar-samar je cahaya...rasa macam tengok wayang je he...
lupa nak snap picture dalam bilik scan...

masa scan ni baby tengah tido pula...
aku dah agak mesti baby akan tido punya...
sebab dalam perjalanan ke klinik, baby memang aktif sangat...
dah sampai klinik dia dah penat, tido terus la kannn...


gambar 4D



gambar 5D


gambar 5D adalah lebih jelas muka baby tu...
kalau pakai spek 6D, lebih jelas tengok muka baby dekat skrin...
tapi kat klinik ni takde 6D...

sonographer tu cakap baby tengah tido atas uri....
tengok gambar tu sedapppp je dia landing atas uri....buat macam bantal..
sonographer tu berusaha la juga kejutkan baby, tapi baby still taknak bangun...huhu sabor je la....
memang tido lenaaaaa sangattttt ni....hahaha
takpe la, janji dapat juga tengok muka dia....

bila dah banyak kali kena kejut, baby terus tido meniarap...
lansung dah tak nampak muka...hahaha
marahhh ye baby....kacau dia tido zzzzz
masa ni kedudukan baby masih lagi songsang...
banyak masa lagi untuk baby berpusing nanti..
so tak perlu risau...

result semua ok...
air ketuban, ukur lilit kepala, panjang kaki....
berat baby masa ni 770g, sesuai dengan perkembangan tumbesaran dia....
kedudukan uri pun ok, means tidak menutupi 'jalan keluar'
eh....jantina nampak tak???
bila scan 3D/4D tidak menjamin boleh nampak jantina baby tu...
ia bergantung sepenuhnya posisi kedudukan baby...
tapi alhamdulillah masa ni boleh nampak...
baby still kepit juga...tapi dah kena tolak2 sikit badan tu, dapat nengok hehe...
hampir 20 minit juga la sesi scan ni...
aku boleh lak lupa nak suruh asben snap gambar masa sesi scan ni buat kenangan...
issshh laki aku ni kan kalau tak cakap memang dia tak reti nak pandai2 sendiri...huhu


bila dah selesai, kita dapat sekeping CD yang di dalamnya ada gambar, video dan maklumat baby...
kalau ada problem pada CD (macam tak boleh buka ke), kita boleh pulangkan semula kepada klinik dalam masa 7hari...
so far, puas hati dengan servis di klinik Dr. Nurul ni...
staff di kaunter pun lembut je cakap....

kepada yang nak try scan di sini, boleh lah ke alamat di bawah:


NO.27,JALAN DAMAI NIAGA SATU,ALAM DAMAI,
56000 CHERAS,KUALA LUMPUR.
☎️☎️☎️ 03-91081189
☎️☎️☎️ 017-5100016 (CALL SAHAJA)




No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...