Monday, January 23, 2017

yuran pendaftaran Tadika PASTI 2017



aku saje nak share untuk rujukan aku juga nanti...
maklum la umur semakin meningkat, banyak benda cepat lupa...
sebab tu aku suka tulis dalam blog, senang nak refer nanti...

sebelum ni aku hantar kakak awliya ke Little Caliph...
hmm paham2 je la yuran pendaftaran LC ni mencecah ribu-ribu juga huhu....
memandangkan tahun ni aku hantar kakak awliya dan adik adeya ke sekolah.
2 orang sekali, so nak kena cari tadika yang yurannya berpatutan....

masa tu aku dah bayar duit booking pendaftaran sebanyak RM200 di LC...
tapi terpaksa membatalkan niat nak sekolahkan mereka di sana...
masa ni yuran pendaftaran untuk 2 orang sebanyak RM 4,200...
huhu...macam nak masuk universiti kan...
sedih juga nak tukarkan kakak awliya ni sekolah lain...
maklum la, dia dah sayangkan teacher2 kat LC tu...
dah dapat ramai kawan...

tahun ni juga aku akan lahirkan anak ke-3 [insha allah],
maka banyak benda aku kena pikirkan dari segi bujet...
so tahun ni aku mengambil keputusan untuk hantar anak-anak ke Tadika PASTI..
sebelum tu kena pergi survey dulu kan...

2 minggu sebelum buka sekolah, aku pun survey tadika PASTI ni..
syukur masih ada lagi kekosongan..
terus kami tanyakan yuran pendaftaran semua dan bayaran yuran bulanan...



total yang kami kena bayar adalah RM660 / seorang..
yuran ni termasuk untuk bayaran bulan Nov 2017 nanti...
untuk 2 orang kami kena jelaskan RM1320..
alhamdulillah masih dalam bujet kami, dan tak terasa berat sangat untuk bayaran bulanan tu...

aku pula ambil tambahan bayaran overtime untuk sebulan sebanyak RM30/seorang
sebab biasanya aku akan ambil anak2 lambat sedikit...tak sempat sampai ke sekolah pukul 6.00 pm...
kalau pengiraan harian sejam ot adalah RM5..
so kalau aku aku ambil untuk sebulan punya lebih jimat...

yuran setiap PASTI juga berlainan bergantung pada pengurusan sesebuah PASTI tu...
di ofis aku ada juga rakan-rakan yang hantar anak mereka ke PASTI dan dari situ baru aku tahu bayaran yuran tak sama...
ada juga PASTI yang separuh hari sahaja [tiada daycare]


alhamdulillah, anak2 pun ok je tadika ni...
yang penting anak2 happy, dapat cikgu2 yang baik, dan anak2 dijaga dengan baik..
dapat menuntut ilmu yang tenang...
sekolah murah atau mahal tu tak penting...
yang mahal tak semestinya bagus, dan yang murah tak semestinya tak bagus kan...


No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...