baby Rizq Ziqri dah 4 bulan

2 Ogos 2017

Bawa baby ziqri untuk check up 4 bulan...
check up kali ni takde kena cucuk, just ambil ukuran panjang dan berat...
disebabkan takde kena cucuk, aku pilih check up waktu petang...
check up waktu petang memang tenang je rasanya sebab tak ramai orang...
cepat je setel, tak sampai 1 jam...
kalau check up waktu pagi, paling cepat pun kena tunggu 2 jam...paling lama 4 jam...huhu

so far perkembangan baby ziqri ok...
berat semakin naik...sebulan naik 1kg...semakin bambam
tak larat mama nak dukung lama-lama tau...
BMI dia pun nurse kata cantik, mengikut carta perkembangan yang sepatutnya..
masih lagi menyusu badan secara eksklusif....alhamdulillah
dah boleh meniarap cuma nak pusing badan tu macam tak larat lagi hahaha
badan sado sangat..kena tolong dia pusingkan badan baru boleh meniarap..

cuma sekarang ni ziqri masih selesema dan batuk
selesema tu macam lama sangat..on off..
so nurse refer suruh jumpa doktor untuk check

aku risau juga kalau batuk dan selesama yang lama boleh menyebabkan lelah...
masa jumpa doktor, doktor bagitahu keadaan ziqri ok takde yang membimbangkan..
paru-paru dia clear...
kalau ada nafas laju atau dia bernafas sampai ada lekuk kat dada, doctor minta cepat bawa ke hospital..
lega la sikit...
ni dah seminggu ni aku tengok macam dah ok sikit batuk dia, tidur pun dah lena...

next check up bulan depan pula...


4 bulan berat dah 7kg



semoga anak mama membesar dengan sihat


Comments

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu