Day 2 @ KK

Day 2 @ KK

Hari kedua, kami plan nak habiskan masa di Taman Tunku Abdul Rahman untuk menikmati keindahan pulau yang cantik-cantik di bandar KK ni.

Lepas sarapan, bungkus sekali nasi+air untuk di bawa ke pulau nanti. Kang kebuluran pulak kan. Jangan lupa bawa roti sekali, nanti boleh bagi ikan-ikan tu makan.

Sebelum ke jeti, kami singgah dulu ke Sunday Market di Jalan Gaya, tak jauh dari jeti. Sunday Market ni hanya dibuka pada hari ahad sahaja dari awal pagi  hingga ke pukul 2 camtu. Jalan-jalan cuci mata jer.

Macam-macam ada dijual di sini. Pakaian, makanan, cenderahati, alat-alat muzik, haiwan pun ada...
Dapat beli fridge magnet dan topi jer....sebab nak g pulau kan, dah tentu la kena ada topi...panas la katakan.



eh..eh...nak beli minyak apa lak tu??

Dah 1 jam abiskan masa di Sunday Market, kitaorg pun terus ke jeti. Parking kereta dan terus ke kaunter tiket di Jasselton Point. Niat hati nak pegi 3 pulau tapi memandangkan masa tak mengizinkan sebab masa tu dah pukul 11 lebih. Penjual tiket tu beritahu hanya sempat pegi 2 pulau sahaja. So, kami pilih Pulau Manukan & Pulau Mamutik sebab dua-dua pulau ni sesuai untuk snorkling. Nampaknya melepas la nak ke Pulau Sapi. Harga tiket bergantung berapa pulau yang kita nak pergi. Kalau 2 pulau, RM35 seorang..klu tak silap. Sewa sekali peralatan snorkling dan life jacket dalam RM10 seorang.


pintu gerbang Jesselton Point



deretan kaunter tiket...pilih je yang mana berkenan

Lepas beli tiket, kena pegi information counter untuk bayar tax jeti yang berharga RM7 seorang. Lepas tu baru amik peralatan snorkling dan terus tunggu bot.


Pulau Manukan
Perjalanan ke Pulau Manukan mengambil masa dalam 20 min menaiki bot laju. Pemandu bot tu akan mengambil kami pada pukul 2 untuk di bawa ke Pulau Mamutik pula. So, kami ada masa dalam 2 jam di Pulau Manukan, puas juga snorkling.Mmg cantik pulau ni....tgk air laut tu...hijau jer dan kawasan pantai pun bersih....indah sungguh ciptaanNya. Rasa tenang bila tengok laut yang terbentang :-)

 


     





Di pintu masuk tertera yuran konservasi yang kena dikenakan ke atas pengunjung. Yuran ni untuk penjagaan pulau dari segi perkhidmatan yang disediakan, macam tandas, tong sampah dan dll. RM3 seorang.

ramai tul mat & minah salleh kat sini sambil menjemurkan badan....^_^


Memandangkan kami dah bawa roti, apa lagi...terus je bagi ikan-ikan tu makan....baru la nampak ikan tu berkumpul berebut nak makan roti tu...colourful ikan-ikan kat situ....cantikkk !!! macam nak tangkap bawa balik bela kat rumah jer...hehe

Pulau Mamutik
Kami sampai di Pulau Mamutik dalam 2.15...5 min je dari Pulau Manukan. Bila dah sampai pintu masuk, tunjukkan kupon yuran yang dibayar masa di Pulau Manukan, so tak perlu la kena bayar sekali lagi sebab yuran tu meliputi seluruh Taman Tunku Abdul Rahman tu.


Jika dibandingkan Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, untuk snorkling Pulau Mamutik lagi best. Tapi kalau view yang cantik, Pulau Manukan lebih menarik dan tenang. Masing-masing ada kelebihan tersendiri kan.





Pemandangan bandar KK dari Pulau Mamutik

Dah penat snorkling dan mandi, dalam pukul 5.30 kami pun menaiki bot untuk pulang ke jeti. Sebenarnya kami janji dengan pemandu bot nak balik pukul 4.30, tapi oleh kerana agak terlewat sikit, kami terpaksa tunggu bot yang terakhir pada pukul 5.30...nasib baik ada lg bot, kalau tak...terpksa tidur tepi pantai la jawabnya.

Balik ke bilik, masing-masing pengsan kepenatan hahaha....malam pun dah tak keluar ke mana-mana pun, just turun bawah apartment untuk ke kedai mamak je makan malam. Nak ronda-ronda bandar KK terkubur begitu sahaja....

Kena tidur awal sebab kena bangun awal untuk meneruskan perjalanan ke Kundasang.

Related post:
Day 1 @ KK
Day 3 @ KK
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Comments

  1. gud review..tibe rase nk g KK plakk..heheh

    ReplyDelete
  2. dah sampai ke pulau manukan. cantik sangat, kan.

    ReplyDelete
  3. bestnya pulau org x ramai le...hik3

    ReplyDelete
  4. shafika: g la Sabah..best! sy pn xabis pusing2 sabah lg ni :-)

    k.fid: mmg cantikkk...next trip teringin nak ke Sipadan lak...lg cantikss...

    k.aida: tp masa ni ramai org la kak...ari cuti la katakan...

    ReplyDelete
  5. datang melawat.terjah dari google sebab nak survey tengok design baju nikah..alang2 leyh cari panduan..hehehe

    ReplyDelete
  6. salam kenal..
    sronoknye jln2.. vacation yg best (honeymun actually.. hehe)

    ReplyDelete
  7. hi dear..bleh email iternary semua x? i nk g kk bulan 10 ni..but 3 days 2 nite je.. tkt nnt lupe blog u..bleh ea..
    atieshaadriana@yahoo.co.uk
    dlm email tu jgn lupe sertakan link blog u..sng i nk refer :) thanks

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu