Kembara di bumi Perth - Day1
Sekarang baru berkesempatan nak share pengalaman trip ke Perth, Australia...walaupun dah agak basi sebab dah berbulan-bulan pending pasal post ni...hehe...Jom ikuti pengembaraan kami di sana....
Day 1 - 01/05/2012
Penerbangan kami pada pukul 11.55 malam menggunakan penerbangan Airasia. Tiket promosi ni di beli setahun yang lepas dengan harga RM 655 pergi balik (termasuk makan & laguage). Murah kan.....Trip kami ni seramai 5 orang.
Penerbangan mengambil masa selama 5 jam. Walaupun rasa letih, dalam flight tak boleh nak tido sangat. Kata murah kan, jangan la bujet tempat duduk macam business class hihi. Masa dalam flight, kita dikehendaki mengisi borang masuk ke Aussie dan perlu declare segala barang yang kita bawa. Tepat pukul 5.05 am, kami tiba di Perth International Airport, 20 minit lebih awal dari waktu yang dijadualkan.
Masa sampai tu, agak risau jugak, dari research/pembacaan yang dibuat, orang kata pemeriksaan emigresen di Australia ni agak ketat. Banyak bahan-bahan yang tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam Australia seperti produk tenusu, roti, produk daging, milo 3 in 1 pun tak bole tauu !!!.Nanti hani review makanan apa yang hani bawa ke sana. InsyaAllah, semua makanan yang dibawa tu mengikut peraturan emigresen Aussie. Yang penting, bersikap jujur dan declare semua jenis-jenis makanan yang dibawa. Kalau barang tu tak lulus dibawa masuk, pegawai tu akan buang jer. Tapi jika tak declare, kemungkinan kita akan dikenakan denda. Mahal tau denda tu.
Tapi, alhamdulillah....perjalanan kami dipermudahkan. Masa lalu kat emegresen tu, pegawai tu cuma tanya makanan apa yang dibawa, so hani pun cakap la instant noodle...belum sempat cakap benda lain, dia kata 'ok' dan suruh jalan. Errkkk mudah sungguh !!! lansung tak suruh pun buka beg nak tengok barang makanan tu. Masa tu rasa nyesal lak tak bawa roti....perut dah lapar ni...nasib baik dah isi atas flight tadi.
Memandangkan masih awal lagi, kami pn mencari silent room untuk menunaikan solat Subuh. Bilik ni tak besar mana pun, dan kena bergilir-gilir guna lelaki dan perempuan. Nak buat camne kan, itu pun dah cukup baik pihak pengurusan sediakan bilik tu dari tak de lansung, ada juga tempat t'tutup utk kita bersolat. Dalam ni ada telekung, kain pelekat dan juga sejadah.
Bayswater Car Rental - Carvensham Wildlife Park - Emu Down - Cervantas
Di sini pukul 6 pagi pun dah cerah mcm pukul 7...sementara nak tunggu pukul 7 pagi, kami mula posing di luar airport...perrrghhh sejukkkk btul kat luar ni...snap 4-5 keping gambar, terus masuk ke dalam airport semula, tak tahan...dalam pukul 7, kami mencari teksi untuk ke Bayswater Car Rental, tempat kami sewa kereta. Kereta sewa ni dah dibooked online [link] sebulan sebelum bertolak. Bayswater ini terletak di Guildford Road, tak jauh dari airport dalam 20 min je. Tambang teksi yang dikenakan AUD 45. Bayswater ni ada lagi sebuah cawangan di Perth City, jadi anda boleh memilih sama ada nak ambil kereta di Jalan Guildford atau Perth City semasa membuat tempahan.
Masa kami sampai, ofis bayswater tak buka lagi...pukul 8 baru ofis buka. Kami pun tunggu di luar dan snap beberapa keping gambar. Dalam menunggu tu, ada la customer lain yang datang juga. Ramai juga, mungkin sbb Baywater ni antara tempat sewa kereta yang murah. Lepas ofis dah dibuka, hani pun terus ke kaunter untuk urusan sewa. Isi borang [diaorang yang isikan....bagus betul kan, pelanggan cuma perlu sign jer]. Kami sewa 2 hari = AUD 159 + AUD 300 untuk deposit damage responsibility. AUD 300 ini akan dapat semula jika kereta dipulangkan dalam keadaan sempurna tidak menghadapi apa-apa kerosakan. Total AUD 459, dibayar menggunakan credit card. Tak sure sama ada di sini boleh bayar cash atau tidak kalau kita booking walk in. Tapi kalau booking online, bayaran kena gunakan kad kredit. Dan lagi satu, card credit dengan nama penempah (driver) haruslah orang yang sama. Di Perth, untuk membawa kereta,..tak perlukan international licence, diaorg boleh terima lesen M'sia. Tapi make sure lesen tu masih valid, klu dah expired tak diterima ye. Di sini, kereta adalah right hand drive, sama seperti di M'sia ni...so tak perlu la risau. Kalau left hand drive, kompem hani pun tak berani nak bawa. Risau confius je nanti kan...
Lepas setel, terus pergi ke kereta. Fuhhh rasa berdebar lak nak bawa kereta kat negara orang. 1st time ni. Tapi beranikan juga diri, bila lagi nak merasa kan. Keadaan kereta sgt bersih, puas hati. Minyak pun dah siap-siap isi full. Nanti bila kita hantar kereta, kena pastikan minyak kena full kembali. Plan kami seterusnya nak ke Carvensham Wildlife Park. Carvensham ni macam zoo negara la. Yang istimewanya ada wombat dan kangroo. Tanpa membuang masa kami terus ke sana sebab nak kejarkan waktu show pukul 10.00 pagi. Di sana, bantuan GPS amatlah diperlukan. Buka la GPS yang k.ros pinjam dari kawannya. Masing-masing tak tahu nak setting GPS ni. Sementara nak tggu GPS ni, mungkin lambat juga, kami teruskan perjalanan mengikut peta google yang k.ros bawa. Nasib baik ada alternatif lain kan. Jadi, kami melalui Tonkin Higway dan perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Kat sana mudah juga, signboard memang banyak. Ikut jer. Tak de la sesat mana pun.
Akhirnya kami sampai juga di Whiteman Park. Besar juga kawasan ni. Dalam Whiteman Park ni la terletaknya Carvensham. Bayaran masuk sebanyak AUD 23 (dewasa) dan AUD10 (kanak-kanak). Carvensham dibuka setiap hari (kecuali cuti krismas) dan dibuka dari pukul 9.00 am - 5.30 pm. Tetapi pengunjung tidak digalakkan melawat selepas pukul 4.30 pm. Maklumat lanjut boleh semak di sini. Nasib baik kami sempat sampai sebelum waktu show bermula.
Show yang pertama adalah pertunjukkan mencukur bulu biri-biri. Hahaha....kesian biri-biri tu, sampai togel dibuatnya. Kanak-kanak pula diberi peluang memberi susu kepada anak biri-biri. Selepas tu, kami berpeluang mendekati pelbagai binatang yang kami sendiri tak pernah lihat antaranya wombat. Masa ni bukan main nyenyak dia tidur masa kami nak bergambar.
Kemudian, kami ke kandang koala. Koala ni antara haiwan yang paling malas la, koala akan tidur 20 jam sehari. Balance 4 jam tu bangun untuk makan jer...masa kami masuk kandang ni, semua koala tengah tidur...tapi tak lama lepas tu, nasib baik ada sekor koala ni bangun untuk makan. Yeaaa....berpeluang la snap gambar dia...comel siot !!! rasa cam nak dukung jer koala tu. Pekerja yang menjaga koala tu akan memberi sedikit penerangan mengenai haiwan ni. Koala ni kita tak boleh sentuh sesuka hati, ada tempat-tempat tertentu je yang dibenarkan sentuh. Tak ingat sebab apa. Jadilah dapat sentuh sikit je kan di bahagian peha.
Lepas kandang koala, kami ke kandang kangroo...haiwan yang nak sangattttt hani jumpa....ye la, maskot aussie ni, rugi klu dah sampai sana tak jumpa kan...mmg best masuk dalam ni, kangroo bersepah2 dan kita boleh beramah mesra dengan kangroo. Jinak dan manjeee ooo diaorang ni. Di sini ada juga disediakan makanan kangroo, pengunjung dibenarkan memberi makan kepada kangroo...seriusss teruja gilerrrr masa ni....rasa nak peluk2 je kangroo ni...[rasa cam nak bawa balik pun ada hehehe]
Lama juga abiskan masa dalam kandang kangroo....dalam pukul 12.00 pm, kami pun keluar dari sini. Perjalanan masih jauh lagi untuk ke Cervantas. Lebih kurang 4 jam. So, tak boleh lama2 sangat di Carvensham ni.
Kami meneruskan perjalanan ke Cervantas melalui Brand Highway. Pemandangan sepanjang perjalanan agak membosankan sebab kiri kanan penuh dengan ladang-ladang dan binatang ternakan. Tapi sangat-sangat tenang dan mendamaikan. Ladang yang sangat luas terbentang di depan mata. Suasana yang kita tak kan dapat di M'sia ni. Jalan sepanjang highway ni sunyi jer. Cuma ada beberapa tempat kita akan melalui kawasan pekan. Memandangkan highway ni lengang, kena hati-hati dengan had laju kereta, sebab di aussie ni peraturan jalan raya agak ketat. Kamera ada di mana-mana. So, beware your speed. Memang rasa macam tak puas jer bawa kereta dengan kelajuan sederhana. Kalau kat M'sia, confirm hani dah bawa 140 km/j hahaha..kat Aussie ni nak bawa 110 pun ada sesetangah tempat je boleh. Bila kat sana, kena jadi pemandu berhemah sikit sebab risau nanti surat saman sampai ke M'sia ^_^
Dalam perjalanan kami berhenti untuk tengok Emu Down Wind Farm, yang merupakan kawasan kincir angin. Kawasan ni adalah kawasan persendirian (private property), jadi tidak dibenarkan masuk ke dalam. Boleh bergambar di luar kawasan je. Memandangkan highway di sini sangatlah lengang dan nak jumpa kereta yang lalu sangatlah sikit, jadi kami pun posing di tengah jalan raya sambil buat aksi berlagak dengan membaringkan diri di atas jalan *gelak*
Selepas tu, kami teruskan perjalanan ke pekan Cervantas untuk menginap di Cervantas Lodge Backpackers. Kalau ikut itenary yang telah kami disediakan, lepas check in, kami akan ke Pinaccle Desert. Tapi memandangkan waktu dah hampir gelap, kami batalkan program tu dan akan ke sana keesokkan harinya selepas check out. Lagipun masing-masing dah penat dengan perjalanan yang agak jauh ni. [driver lagi bertambah penat huhu]
Bila sampai pekan Cervantas, kami pun mencari hostel tadi. Sunyi je pekan ni, nak nampak orang pun susah. Mungkin sebab dah hampir malam kan [wlaupun baru pukul 530 ptg]. Lepas check in, kami masuk ke dalam bilik. Bilik ni boleh memuatkan 8 orang (4 katil double dacker). Harga untuk seorang adalah AUD 30. Masuk je bilik, terus masing-masing keluarkan megi. Ooohhh kebuluran tahap maksima (cian baby yerrr...sori ye anak mama) !!!! bayangkanlah, makan masa kat atas flight je tadi. Puas hati dengan hostel ni. Suasana dalam hostel ni sangat bersih. Di dapur segala kelengkapan disediakan. Tapi kami tak guna pun atas faktor-faktor kebersihan (walaupun semua peralatan tu nampak bersih). You know what i mean kan. Hani memang ada bawa periuk nasi kecil (periuk yg banyak berjasa bila hani ke oversea), jadi kami masak dalam periuk tu je.
Malam ni makan megi, masak nasi dan ikan sardin jer. Alhamdulillah, kenyang.
Lepas makan malam, mandi dan solat, masing-masing dah tidur kepenatan pada pukul 9.00 malam. Di sini malam sangat la sunyi, intertainment pun takde. Macam di kawasan kampung di negara kita ni. Esok pagi kena bangun awal untuk meneruskan kembara kami.
Penat nak ingat semula itenary kitaorg...hehehe...tu la, update blog lambat sgt kan...^_^
Dah penat tulis dan upload gambar, nanti sambung lagi hari seterusnya...
Continue day 2...........
Kembara di bumi Perth - Day 2
Kembara di bumi Perth - Day 3
Kembara di bumi Perth - Day 4
Kembara di bumi Perth - Day 5
Itenary ke Perth
Day 1 - 01/05/2012
LCCT - Perth International Airport
Penerbangan mengambil masa selama 5 jam. Walaupun rasa letih, dalam flight tak boleh nak tido sangat. Kata murah kan, jangan la bujet tempat duduk macam business class hihi. Masa dalam flight, kita dikehendaki mengisi borang masuk ke Aussie dan perlu declare segala barang yang kita bawa. Tepat pukul 5.05 am, kami tiba di Perth International Airport, 20 minit lebih awal dari waktu yang dijadualkan.
Masa sampai tu, agak risau jugak, dari research/pembacaan yang dibuat, orang kata pemeriksaan emigresen di Australia ni agak ketat. Banyak bahan-bahan yang tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam Australia seperti produk tenusu, roti, produk daging, milo 3 in 1 pun tak bole tauu !!!.Nanti hani review makanan apa yang hani bawa ke sana. InsyaAllah, semua makanan yang dibawa tu mengikut peraturan emigresen Aussie. Yang penting, bersikap jujur dan declare semua jenis-jenis makanan yang dibawa. Kalau barang tu tak lulus dibawa masuk, pegawai tu akan buang jer. Tapi jika tak declare, kemungkinan kita akan dikenakan denda. Mahal tau denda tu.
Tapi, alhamdulillah....perjalanan kami dipermudahkan. Masa lalu kat emegresen tu, pegawai tu cuma tanya makanan apa yang dibawa, so hani pun cakap la instant noodle...belum sempat cakap benda lain, dia kata 'ok' dan suruh jalan. Errkkk mudah sungguh !!! lansung tak suruh pun buka beg nak tengok barang makanan tu. Masa tu rasa nyesal lak tak bawa roti....perut dah lapar ni...nasib baik dah isi atas flight tadi.
Memandangkan masih awal lagi, kami pn mencari silent room untuk menunaikan solat Subuh. Bilik ni tak besar mana pun, dan kena bergilir-gilir guna lelaki dan perempuan. Nak buat camne kan, itu pun dah cukup baik pihak pengurusan sediakan bilik tu dari tak de lansung, ada juga tempat t'tutup utk kita bersolat. Dalam ni ada telekung, kain pelekat dan juga sejadah.
silent room |
Lepas solat, keadaan di luar masih lagi gelap. Kami terus ke komputer yang disediakan di situ untuk gunakan internet yang disediakan secara percuma. Seperti biasa, update facebook dulu...hehehe..tapi guna sekejap jer, sbb ada orang lain yang nak guna juga kan...kena la sedar diri, komputer itu untuk kegunaan orang awam.
Di sini pukul 6 pagi pun dah cerah mcm pukul 7...sementara nak tunggu pukul 7 pagi, kami mula posing di luar airport...perrrghhh sejukkkk btul kat luar ni...snap 4-5 keping gambar, terus masuk ke dalam airport semula, tak tahan...dalam pukul 7, kami mencari teksi untuk ke Bayswater Car Rental, tempat kami sewa kereta. Kereta sewa ni dah dibooked online [link] sebulan sebelum bertolak. Bayswater ini terletak di Guildford Road, tak jauh dari airport dalam 20 min je. Tambang teksi yang dikenakan AUD 45. Bayswater ni ada lagi sebuah cawangan di Perth City, jadi anda boleh memilih sama ada nak ambil kereta di Jalan Guildford atau Perth City semasa membuat tempahan.
Masa kami sampai, ofis bayswater tak buka lagi...pukul 8 baru ofis buka. Kami pun tunggu di luar dan snap beberapa keping gambar. Dalam menunggu tu, ada la customer lain yang datang juga. Ramai juga, mungkin sbb Baywater ni antara tempat sewa kereta yang murah. Lepas ofis dah dibuka, hani pun terus ke kaunter untuk urusan sewa. Isi borang [diaorang yang isikan....bagus betul kan, pelanggan cuma perlu sign jer]. Kami sewa 2 hari = AUD 159 + AUD 300 untuk deposit damage responsibility. AUD 300 ini akan dapat semula jika kereta dipulangkan dalam keadaan sempurna tidak menghadapi apa-apa kerosakan. Total AUD 459, dibayar menggunakan credit card. Tak sure sama ada di sini boleh bayar cash atau tidak kalau kita booking walk in. Tapi kalau booking online, bayaran kena gunakan kad kredit. Dan lagi satu, card credit dengan nama penempah (driver) haruslah orang yang sama. Di Perth, untuk membawa kereta,..tak perlukan international licence, diaorg boleh terima lesen M'sia. Tapi make sure lesen tu masih valid, klu dah expired tak diterima ye. Di sini, kereta adalah right hand drive, sama seperti di M'sia ni...so tak perlu la risau. Kalau left hand drive, kompem hani pun tak berani nak bawa. Risau confius je nanti kan...
mak buyung kena jadi driver....xoxo |
ada 2-3 pintu masuk ke Whiteman Park ni... |
Show yang pertama adalah pertunjukkan mencukur bulu biri-biri. Hahaha....kesian biri-biri tu, sampai togel dibuatnya. Kanak-kanak pula diberi peluang memberi susu kepada anak biri-biri. Selepas tu, kami berpeluang mendekati pelbagai binatang yang kami sendiri tak pernah lihat antaranya wombat. Masa ni bukan main nyenyak dia tidur masa kami nak bergambar.
tengok la anak kambing biri-biri tu...manja sgt kan...cute betul |
Kemudian, kami ke kandang koala. Koala ni antara haiwan yang paling malas la, koala akan tidur 20 jam sehari. Balance 4 jam tu bangun untuk makan jer...masa kami masuk kandang ni, semua koala tengah tidur...tapi tak lama lepas tu, nasib baik ada sekor koala ni bangun untuk makan. Yeaaa....berpeluang la snap gambar dia...comel siot !!! rasa cam nak dukung jer koala tu. Pekerja yang menjaga koala tu akan memberi sedikit penerangan mengenai haiwan ni. Koala ni kita tak boleh sentuh sesuka hati, ada tempat-tempat tertentu je yang dibenarkan sentuh. Tak ingat sebab apa. Jadilah dapat sentuh sikit je kan di bahagian peha.
koala yang malas tapi tetap cute |
bergambar bersama wombat |
Lepas kandang koala, kami ke kandang kangroo...haiwan yang nak sangattttt hani jumpa....ye la, maskot aussie ni, rugi klu dah sampai sana tak jumpa kan...mmg best masuk dalam ni, kangroo bersepah2 dan kita boleh beramah mesra dengan kangroo. Jinak dan manjeee ooo diaorang ni. Di sini ada juga disediakan makanan kangroo, pengunjung dibenarkan memberi makan kepada kangroo...seriusss teruja gilerrrr masa ni....rasa nak peluk2 je kangroo ni...[rasa cam nak bawa balik pun ada hehehe]
Lama juga abiskan masa dalam kandang kangroo....dalam pukul 12.00 pm, kami pun keluar dari sini. Perjalanan masih jauh lagi untuk ke Cervantas. Lebih kurang 4 jam. So, tak boleh lama2 sangat di Carvensham ni.
manjanyerrrr kamu ye kangroo.... |
pelbagai haiwan boleh dijumpai di sana |
baiiii caversham....we're really enjoy |
Dalam perjalanan kami berhenti untuk tengok Emu Down Wind Farm, yang merupakan kawasan kincir angin. Kawasan ni adalah kawasan persendirian (private property), jadi tidak dibenarkan masuk ke dalam. Boleh bergambar di luar kawasan je. Memandangkan highway di sini sangatlah lengang dan nak jumpa kereta yang lalu sangatlah sikit, jadi kami pun posing di tengah jalan raya sambil buat aksi berlagak dengan membaringkan diri di atas jalan *gelak*
Emu Down Wind Farm |
Selepas tu, kami teruskan perjalanan ke pekan Cervantas untuk menginap di Cervantas Lodge Backpackers. Kalau ikut itenary yang telah kami disediakan, lepas check in, kami akan ke Pinaccle Desert. Tapi memandangkan waktu dah hampir gelap, kami batalkan program tu dan akan ke sana keesokkan harinya selepas check out. Lagipun masing-masing dah penat dengan perjalanan yang agak jauh ni. [driver lagi bertambah penat huhu]
Bila sampai pekan Cervantas, kami pun mencari hostel tadi. Sunyi je pekan ni, nak nampak orang pun susah. Mungkin sebab dah hampir malam kan [wlaupun baru pukul 530 ptg]. Lepas check in, kami masuk ke dalam bilik. Bilik ni boleh memuatkan 8 orang (4 katil double dacker). Harga untuk seorang adalah AUD 30. Masuk je bilik, terus masing-masing keluarkan megi. Ooohhh kebuluran tahap maksima (cian baby yerrr...sori ye anak mama) !!!! bayangkanlah, makan masa kat atas flight je tadi. Puas hati dengan hostel ni. Suasana dalam hostel ni sangat bersih. Di dapur segala kelengkapan disediakan. Tapi kami tak guna pun atas faktor-faktor kebersihan (walaupun semua peralatan tu nampak bersih). You know what i mean kan. Hani memang ada bawa periuk nasi kecil (periuk yg banyak berjasa bila hani ke oversea), jadi kami masak dalam periuk tu je.
Malam ni makan megi, masak nasi dan ikan sardin jer. Alhamdulillah, kenyang.
Lepas makan malam, mandi dan solat, masing-masing dah tidur kepenatan pada pukul 9.00 malam. Di sini malam sangat la sunyi, intertainment pun takde. Macam di kawasan kampung di negara kita ni. Esok pagi kena bangun awal untuk meneruskan kembara kami.
Penat nak ingat semula itenary kitaorg...hehehe...tu la, update blog lambat sgt kan...^_^
Dah penat tulis dan upload gambar, nanti sambung lagi hari seterusnya...
Continue day 2...........
Related Post::
Kembara di bumi Perth - Day 3
Kembara di bumi Perth - Day 4
Kembara di bumi Perth - Day 5
Itenary ke Perth
ahaaa...dah keluar citer pasal Perth..bila baca entry ni..ingat kembali kenangan melancong ke sana mmg enjoy gila..org gila pun tak enjoy mcm ni..ehehe..bila lah agaknya boleh bercanda mcm ni lagi kan..hihih
ReplyDelete
DeleteSaya sangat berterimah kasih banyak kepada nyi atas bantuannya saya bisa menang togel,
saya benar2 tidak percaya angka ny kasi dan hampir pinsang karna angka yang di berikan nyi ternyata.
tembus.
awalnya saya cuma coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar di propensi sumatra dan.
tidak ada onkos pulang,
mulanya saya ragu tapi dengan penuh pengharapan saya pasangin 100lembar dan.
ALHAMDULILLAH berhasil,
sekali lagi makasih banyak yaa nyi… dan saya tidak akan lupa bantuan.
dan budi baik Nyi Reksosaraswati,
bagi anda yang ingin seperti saya.
silahkan HBG/SMS 082 322 216 958
Demikian kisah nyata dari saya tanpa rekayasa.
INGAT…kesempatan tidak akan datang untuk ke 2 kalinya…!
hehe...kenangan tul kan..masa tulis entry ni pun, masih terbyg lg dlm kepala trip ke sana...enjoy n adventure...insyaallah ada rezeki kita plan ke tpt lain pulak
ReplyDeleteboleh buat rujukan ni nanti..
ReplyDeletenorh: tq sudi singgah blog sy..wahh nak g perth juga ke?insyaallah sy cuba abiskan cerita psl trip ni utk dikongsi bersama...
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteNak tanya sis sewa keta byr pakai card credit atau cash ya....mereka terima cash x?tq
Aimi: ari tu sy booked online..so kena guna credit card..xsure bole pkai cash @ tidak klu kita walk in jer...
ReplyDeleteBest jgk perth ni..caversham wildlife tu lebey kurang cam paradise country kt gc.bestnya..husband xikut ke hani?
ReplyDeletenida: asben xikut sbb beli tiket ni masa bujang lagi...so, dah plan ngan kenkawan...hehe
ReplyDeleteperth ni best utk sight seeing jer...mmg cantik view dkat sana, tp entertainment kurang la..
Nak tanya berapa jam perjalanan antara bandar perth ke kincir angin.
ReplyDeleteNak tanya berapa jam perjalanan antara bandar perth ke kincir angin.
ReplyDeletezuhan: dlm 3-4 jam juga la...dgn kelajuan kete yang sederhana :-)
ReplyDeletecepat ke masuk waktu malam @ gelap sana?:)
ReplyDeletekat sana pukul 5.30 dah macam waktu mghrib kat msia ni...so waktu mlm lebih panjang sedikit
Deletesis...nak tanya...awk bw brg apa dari malaysia ke sana..apa yg bole bawa?maggie bole tak
ReplyDeletemegi boleh bawa...selain tu sy bawa nasi impit, kuah kacang, dan beberapa peket makanan segera brahim tu...tp make sure jgn bawa mknan berasaskan susu, coklat dan juga daging. kalau ayam tu xde masalah
DeleteSalam. nak tanya sikit bos.
ReplyDelete1. hanfon/ laptop/ kamera nanti kena declare x?
2. kalau saya tidak membawa apa-apa barang makanan nanti tick "no" kat passenger card tu kan? kerana saya nak dtg melenggang je.. bawak pakaian + kamera + hanfon.
3. gel rambut REVIVE tu kena declare x?
wsalam..ni jawapan saya :
Delete1. tak perlu declare
2. yup..just tick no
3. tak perlu declare juga...
Salam.nak share pengalaman ke perth.saya br pulang 3 hari lepas.dan merupakan kali ke 4 saya dan keluarga ke sana.ia adalah kerana kami sgt suka dgn perth dan tmpt kami menginap. Kami menginap di mahira holiday homes yg merupakan seorg malaysian muslim owner.beliau mempunyai 4 holiday bungalow dan alhamdulilah kami sudah mencuba ke empat2 holiday tersebut.kami amat berpuas hati kerana tmptnya sgt dkt dgn perth city,bersih,fully furnishhed dan amat berpatutan.anak owner tu ada dimsia.boleh contact cik siti 0123360098 . Fully equipped with kitchen n cooking facilities dan juga washer machine n dryer. Mereka juga ada kereta sewa utk in house guest.bonusnya mereka pick n drop off airport for free
ReplyDeleteowner dia pulak very friendly and humble.down to earth. memang superb lah service diaorg. rumah rumah mereka pun memang sgt dkt dgn kemudahan. memang berbaloi
Tq di atas perkongsian pengalaman ni..info yg sgt berguna utk sy @ pembaca blog ni..sy sgt2 menghargainya...in sha allah mana tau satu hari sampai ke perth lg kan...bole guna info ni:-)
DeleteMcm best je baca ni..trm ksh info ni..sy baru beli tiket nak ke sana bulan mac ni..fistime pergi dgn wife je..harap2 tidak ada masalah..
ReplyDeleteSama-sama. In sha allah selamat semuanya nti...slmt bercuti :-)
Deletebest baca.
ReplyDeletenak tanya senang tak cari tpt2 yg nak dilawati di sana.
Tak susah sbnarnya tp kena buat research la skit n stanby dgn peta ke @ info arah ke sesuatu tpt tu...takde la bila sampai sana kita hilang arah tujuan kan...at least kita plan kemana nak pergi n ready dgn info skit2...
DeleteSalam.. lesen memandu memang xperlu sah kn ke..? ada org kate perlu disah kan... nk stay kt Cervantas Lodge Backpackers kena boking kt mane ye..? tq...
ReplyDeletewsalam,
Deletemungkin bergantung pada company kereta sewa agaknya. tapi company yang sy sewa kereta ni tak perlu sahkan cuma jika booked kereta online, kena pastikan nama kredit kad dan lesen adalah org yang sama.
awak boleh booked bilik di sini:
http://cervanteslodge.com.au/pinnacles-cervantes-lodging-backpackers-hotels-rooms-rental-bed-breakfast-overnight-stays/reserve-a-bed-or-a-private-room-for-your-cervantes-getaway/
salam. nak tanya. if kita bawak suppliment such as shaklee pills, instant coffee kena declare jugak ke? btw thanks for the info.
ReplyDeletewasalam. everything yg u bawa kena declare...instant coffee i xsure lepas ke tak...kalau macam mio 3 in 1 tu tak lepas sebab ada campuran susu kan. hari tu i bawa teh je. suppliment shaklee i rasa ok...
Deletesalam, i dah selamat balik pun dr perth. i jadikan blog blog ke perth ni sebagai panduan hehehe.. yup i pun stay in mahira holiday homes and memang i setuju sgt2 yg service diaorg tip top. very good. professional and very efficient. so i thought i would like to share pasal service diaorg di blog2 ni hehehehe i tak kena bayar ye untuk advertise perkhidmatan diaorg tapi i terpanggil untuk advertise sebab service and penginapan diaorg memang thumb up. i am full board pakej diorg 5 days 4 nights with air ticket dan semuanya la. memang tak pening2 kepala. bawa duit nak belanje je.. and memang terrrbaikkkkkk
ReplyDeleteassalam. i terpanggil utk tulis comment kat sini. mulanya i baca2 blog2 berkenaan percutian perth ni. then i byk baca review ttg mahira travel and tours sdn bhd dan mahira holiday homes australia. so i pun enquire la kat mereka.
ReplyDeleteterperanjat juga sebab pukul 1030mlm pun dia sudi bagi i quotation and jawab soalan2 cepus emas i hehehehe memang sejak dari tu i rasa hati i made the right choice
dari mula i mintak quotation, sampai la buat dealing jadi ambil pakej dgn mahira ni i tgk dia sabar je layan karenah i hihihi ye lah bukan ape, i ni big group 26 org kena la banyak tanya kan. so dlm 5 - 6 company i tanya memang harga diaorg paling berpatutan. i pelik jugak la kan.. then baru i tahu mereka ni owner..rumah2 bungalow and company tu memang kepunyaan sendiri patutla harga berpatutan.kiranya mereka ni bukan la agent
sampai je perth..i dpt rasa pilihan i ni tepat la sebab dari airport pickup sampai lah ke penginapan, tour, makan (huhu makan jgan cakap la..memang marvellous superb) sampai la kitaorg semua balik memang puas hati sgt2..layanan memang terbaikkk
so i nak sharelah andaikata ada yg nak ke perth ambil la mahira ni..memang no regrets malah lepas ni kami semua memang tak mo la ikut travel company lain..sebab servis memang bagus! next year isyaAllah nak ke new zealand..cik siti ooo cik siti..hehehehe menjawap lah you nanti lagi dengan soalan2 cepus emas i :) hahaha
no contact mahira ni 0362765610 atau terus direct dengan owner 0123360098
tq fatma atas perkongsian info.....ramainya bagi good feedback tentang mahira travel n tours ni...teringin pula nak merasai pengalaman yang sama. insha allah, saya pasti ke perth semula satu hari nanti...
Delete