Wednesday, October 17, 2012

pertama kali si kecik demam panas..panic !!!

Setelah cuti bersalin selama 3 bln, baru 2 hari masuk kerja, terpaksa amik cuti semula selama 3 hari sebab si kecil manjaku ini demam panas.
Mula demam hari ahad (7/10/2012), bangun pagi terus merengek...ingatkan sakit perut, hani pun sapu la minyak kat perut. Tapi awliya still meragam lagi tapi meragam lain macam jer.

ciannya anak mama ni..
Malam tu badan awliya makin panas, memang la mamanya tak kan senang duduk kan...amik termometer, errkkk 38'c+. Terus ajak en asben pergi klinik panel. Masa di klinik, doc bagi awliya ubat bontot...dan bekalkan ubat demam dan ubat alahan (confiuse nape doc bg ubat alahan ni??).

Balik rumah suhu badan awliya dah ok skit. Keesokkan harinya (hari ke 2), awliya dah ceria...tapi tak lama. Suhu naik semula...bagi makan ubat pun still sama juga. Paling hani tak sanggup tengok, bila awliya tidur sambil mengerang kesakitan. Ya allah, luluhnya hati bila tengok keadaan tu. Kalau la sakit tu boleh dipindahkan kepada aku, aku rela ya allah....kesiannya awliya. Masa ni air mata tak dapat ditahan lagi. Sedih yang teramat sangat tengok awliya.

Hani ambil kain basah, lapkan seluruh badan awliya..dari hujung kaki sampai atas kepala..untuk kurangkan panas..awliya pandang je muka hani sambil menangis seolah-olah nak beritahu dia tengah sakit...sebaknyaaa rasa. mulut ni tak putus berdoa semoga Allah sembuhkan demam awliya....ini kali pertama awliya demam macam ni...

Hari ke 3, masih demam panas lagi. Petang tu hani dah siap kemas2 beg awliya & beg hani..mana tau klu bawa ke hospital nanti kena tahan wad pulak, .klu suhu tak turun juga, hani nak bawa ke hospital terus.

Hari ke-4, serius hani dah tak boleh nak tunggu...suhu awliya semakin naik. Lagipun demam klu dah lebih dari 3 hari...mmg kena bawa ke hospital dah. Hani risau suhu mencecah 40'c, takut kena sawan tarik nanti. Nauzubillah, mohon dijauhkan dari anak ku.

Terus ajak en asben ke kecemasan HUKM. Sampai sana, masa nak daftar nama...staf tu pegang badan awliya dan terus cakap 'panasnya badan anak awak ni'. Terus nurse buat check up dan bagi ubat paracetamol. Lepas tu kena amik darah, apa lagi menjerit la awliya...dengar suara dia jer kat situ hehe...
Lepas makan ubat, awliya terus tertido...

tertido lepas makan ubat
Alhamdulillah, masa jumpa doc...doc maklumakan hanya demam biasa jer, keputusan ujian darah tidak ada apa-apa yang merisaukan. Syukur ya Allah. Masa tunggu nak ambil ubat, keadaan awliya dah ok sikit. Suhu dan semakin turun. Cepat juga kesan ubat yang nurse tu bagi tadi.

    
    

Bila dah balik rumah, awliya semakin ceria..dah boleh senyum dan ajak bersembang. Senangnya hati mama..
Di saat ini, barulah hani dapat rasakan, betapa tingginya kasih sayang seorang ibu. Macam ni lah ibu kita semasa membela kita dulu kan, susah hati tengok anak yang sakit dan sanggup tak tidur malam jaga kita spt mana yang hani buat skrg..Semoga anak mama sentiasa sihat yerr....amin












1 comment:

  1. Masa demam sian nengok Awliya. Bila dah sihat geram tengok gelagat dia hehehe

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...