Malam minggu di I-City

Malam minggu yang lepas, bawa awliya tengok lampu di I-City.
Wahhh...dah bertambah meriah rupanya I-City sekarang ni.
Ini merupakan kali keempat hani pergi, tapi tak ingat bila last.
Dari parking free, kemudian RM2...kemudian sekarang RM10.

Masa tu memang tak meriah sangat la kan, setakat ada lampu-lampu ni.
Kali ni, dah macam fun fair.
Sebelum ni tengok kat tv je perubahan tempat ni, tak pulak rasa nak pergi.
Tapi kebetulan abg hani bawa anak dia ke sini....tetiba last minit terus ajak asben
dan adik lelaki hani ke sini juga untuk lepak-lepak dan bawa budak kecik tu.
 
Banyak juga game untuk budak-budak.
Memang happening la.
Boleh tahan jugak harga setiap game.

Hani hanya berkesempatan main buaian pusing yang besar tu je.
RM10 utk seorang. Tapi pusing sekali je, adoiii tak berbaloi sungguh.
Dah ler mahal.... - pada hani la.
Tu belum game yang lelain, rasanya game kanak-kanak RM5 seorang.
Kalau anak sorang tak pe lagi...kalau la orang tu ada anak 3-4 orang...parah weeiiii....
Nasib baik awliya kecik lagi...tak pandai lagi nak merengek nak naik itu ini..hehehe

Hampir pukul 1 pagi juga kitaorang melepak dekat sini, sampaikan awliya dah ngamuk
sebab ngantuk....
Boleh pulak kitaorang lepak minum kedai mamak dulu sebelum balik hahaha
Last2 awliya tertidur terus dalam kete..
Apapun, tempat ni memang best nak lepak-lepak ngan family.


excited awliya ni tengok lampu lip lap


 
'mama....gayattttt la naik buaian pusing ni'





 
susah bebeno nak bagi pakai cekak mickey ni...asik nak dibuang je.
Pastu boleh pulak dia merangkak atas rumput ni..adoyaiiii.



Nguap sudahhhh.............



'bye-bye lampu...nanti awliya datang lg yer'

Comments

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu