Tuesday, May 7, 2013

10 bulan sudah

6 Mei 2013...awliya dah masuk 10 bulan...
Alhamdulillah...

Cepatnya masa berlalu.
Pejam celik, lagi 2 bulan dah nak masuk umur setahun.


Dia semakin bijak dan tersangatlah aktif.

Makin lasak hokeyyy....
Sape kata anak gegirl tak lasak???
Berpeluh mamanya ni...tu belum dapat kaki lg..
Pasni mesti kurus bila dok main kejar-kejar dgn awliya (ye ke kurusss??? ngeeee)

So far perkembangan awliya sepanjang umur 9 bulan memuaskan.

Dah mula bertatih 4-5 langkah. Kelakar sangat...sambil badan terhuyung hayang.
Gud gurl anak mama....semakin berani !! chaiyokkkkk.........

Haaa...awliya ni skip merangkak tau...smpai sekarang tak pandai merangkak (xtau malas ke).
Sebab dia pandai je angkat punggung semua tu..tp merangkak 2-3 step terus menyungsur macam soldier tu. Dia rasa menyusur ala soldier tu lagi laju dari merangkak kottt....hihihihi

Dah boleh bangun sendiri dari posisi duduk. Tapi dari posisi berdiri nak duduk pula masih tak reti.


Dan paling tak tahan, dah pandai memberontak bila diambil barang dari tangannya ataupun tak memenuhi permintaan dia....ishh ishhh garang betul anak mama ni....

Kuat membebel okey.

Makan pun makin berselera...semua yang mama dan ayah makan, sibuk je dia nak makan juga.

Haaa....yang lagi satu nampak ketara, awliya macam tak nak dekat perempuan, dia nak pada lelaki je
hahahaha...kelakar betul. Kalau nenek yang ambil dia, lansung tak nak...siap lari tu. Kalau abang dan adik lelaki hani yang ambil, bukan main suka lagi. Siap hulur tangan nak dokong tu.

Kalau hantar rumah pengasuh pun sama, kalau mak pengasuhnya yang ambil...punya la peluk mama. Kalau suaminya yang ambil, siap senyum-senyum lagi. haiii lah anak...macam-macam ragam.

Errrnmm pagi lagi ye....haaa, dah tahu kalau mama pakai tudung maknanya nak keluar rumah la tu.
Masa ni kalau ayah nak amik dia, jangan harap la nak....

Seronok kan tengok perkembangan anak ni....


Hepi 10 month anniversary anak mama Awliya Nur Zara.
Semoga membesar dengan sihat dan cergas.
Mama sayang kamu ketat-ketat.


yeaaayyyy....anak mama dah pandai bertatih sendiri....


p/s:: perkembangan 10 bulan pasti lebih mencabar......fuuhhhhh !!!

5 comments:

  1. hepi 10th month old sayang..

    anak auntie 26/5 nnti baru genap 10 bulan..seronokkan tgk dorg membesar??hihi...

    ReplyDelete
  2. ayang: qaid dgn awliya lahir bln yg sama...beza 2 mggu je kan...mmg seronok, sbb tu setiap ms rasa winduuu je kat diorg kan...

    ReplyDelete
  3. kejap aje dah 10 bulan...gegerl memang cepat lah hani..anak kak ita pun cepat ..setahun tu dah belari dah...dan 2 perempuan memang lasak daripada lelaki baik yana dan arisya sama aje..

    ReplyDelete
  4. dah pandai berjalan dah..bila lah auntie nak pegi jumpa awliya ni..hujung mggu asyik ada hal je ni

    ReplyDelete
  5. JM: dah boleh jln skit2 aunty tp tak stabil...aunty ni asik bz je tau...bz g melancong la tu hihi

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...