Tuesday, May 28, 2013

welcome 2nd trimester





Alhamdulillah...dah masuk 2nd trimester, 17 minggu sudah.
So far, setakat ni takde alahan...sama macam mengandungkan awliya dulu.
Tak pernah muntah-muntah atau loya.
Cuma...cuma....asik nak makan je hahahaha
Tah la, takde bernafsu sangat nak mkn
Tapi perut ni asik rasa lapar je, walaupun dah makan
Bukan nak makan berat-berat, just nak ringan2 je...tapi kena kerap makan.

Nasi macam tak selera sangat nak makan.
Kalau ada buah pun dah ok untuk alas perut.
Kalau perut kosong, mula la rasa pening kepala..
Selalu awal-awal ni orang tak lalu makan kan...tapi hani terbalik lak...kikiki
Sampaikan asben slalu cakap 'eh...lapar lagi? bukan tadi dah makan ke?'
Nak buat camne kan....dah laparrrr

Next checkup 18 Jun nanti.
Harap-harap badan tak la naik mendadak huhu


p/s::camne nak ganti pose ni kalau dah asik laparrrr je....huaaaaa

Monday, May 27, 2013

Malam minggu di I-City

Malam minggu yang lepas, bawa awliya tengok lampu di I-City.
Wahhh...dah bertambah meriah rupanya I-City sekarang ni.
Ini merupakan kali keempat hani pergi, tapi tak ingat bila last.
Dari parking free, kemudian RM2...kemudian sekarang RM10.

Masa tu memang tak meriah sangat la kan, setakat ada lampu-lampu ni.
Kali ni, dah macam fun fair.
Sebelum ni tengok kat tv je perubahan tempat ni, tak pulak rasa nak pergi.
Tapi kebetulan abg hani bawa anak dia ke sini....tetiba last minit terus ajak asben
dan adik lelaki hani ke sini juga untuk lepak-lepak dan bawa budak kecik tu.
 
Banyak juga game untuk budak-budak.
Memang happening la.
Boleh tahan jugak harga setiap game.

Hani hanya berkesempatan main buaian pusing yang besar tu je.
RM10 utk seorang. Tapi pusing sekali je, adoiii tak berbaloi sungguh.
Dah ler mahal.... - pada hani la.
Tu belum game yang lelain, rasanya game kanak-kanak RM5 seorang.
Kalau anak sorang tak pe lagi...kalau la orang tu ada anak 3-4 orang...parah weeiiii....
Nasib baik awliya kecik lagi...tak pandai lagi nak merengek nak naik itu ini..hehehe

Hampir pukul 1 pagi juga kitaorang melepak dekat sini, sampaikan awliya dah ngamuk
sebab ngantuk....
Boleh pulak kitaorang lepak minum kedai mamak dulu sebelum balik hahaha
Last2 awliya tertidur terus dalam kete..
Apapun, tempat ni memang best nak lepak-lepak ngan family.


excited awliya ni tengok lampu lip lap


 
'mama....gayattttt la naik buaian pusing ni'





 
susah bebeno nak bagi pakai cekak mickey ni...asik nak dibuang je.
Pastu boleh pulak dia merangkak atas rumput ni..adoyaiiii.



Nguap sudahhhh.............



'bye-bye lampu...nanti awliya datang lg yer'

Tuesday, May 21, 2013

1st check up::16w 1d

Hari ni pergi KK Seri Kembangan untuk buka buku merah.
Kandungan dah pun 16w 1d.

Memandangkan baru buka buku, so kena jumpa doc untuk scan.
Alhamdulillah, keadaan baby tiada masalah.
Tarikh due pula pada 4 Nov 2013 - insyaallah

Berat badan pun ok, cuma hb rendah...9.7. Siap kena tulis dengan pen merah lagi tau.
Sepatutnya tahap normal adalah melebihi 11.
Nurse nasihatkan supaya makan lebih banyak protein macam ikan, daging,
sayuran hijau terutamanya bayam.

Kekurangan hb ni bahaya juga, boleh menyebabkan oksigen tak sampai dekat baby
yang boleh mengakibatkan baby meninggal dalam perut, lahir tak cukup bulan, dan kecacatan.
Eeeee....takut bila dengar kan.

So, mulai sekarang kena jaga pemakanan. 
Say no to kafein (kopi, teh dan nescafe)...
ooohhh...hani penagih teh tau....sob..sob

Doc bagi obimin dan iron tablets untuk tambah darah.
Dulu masa bersalinkan awliya, hani juga mengalami masalah kekurangan darah.
Sampai kena tahan wad 3 hari....dan kena masuk air dan ubat berkali-kali dalam
badan...huuuu ngeri nak ingat peristiwa dulu. Dugaan sungguh.
Harapnya kali ni takde la masalah sampai bersalin.

Hopefully next month checkup, hb akan stabil semula...amin


sila abiskan semua ni yerrr....

Monday, May 20, 2013

set shaklee 3M

Finally, beli jugak set shaklee 3M ni.
Set 3M ini adalah set breastfeeding mengandungi:

1. ESP (Soy Protein Isolate Powder)
2. Ostematrix
3. B-Complex
4. Vita-lea
5. Alfafa

Stok vitamin C je masih tak de lagi sekarang.
Alfafa pula kena simpan dulu, nanti lepas bersalin baru makan.
Set ini boleh bertahan sehingga 4 bulan.
Walaupun ini adalah set menyusu, tetapi boleh juga dimakan ketika mengandung.
Selain dapat memberikan tenaga dan meransang penghasilan susu, baby pun akan dapat 
dapat khasiatnya.

Dulu hani pernah beli trial set yang harga RM80 tu, tapi tak abis makan pun....ngeeee
Harap2 kali ni dapat disiplinkan diri menghabiskan semua ni....
Mahal ooo...rugi kalau tak abiskan.



p/s::bersemangat untuk menyusukan anak semula nanti....semoga dipermudahkan olehNya, amin...amin.

Thursday, May 16, 2013

Selamat menunaikan umrah

Alhamdulillah, kelmarin 14/5/2013, telah menghantar mak, abah, atok, pak ngah dan adikku ke Lapangan Terbang Subang untuk menunaikan umrah.
Penerbangan pada pukul 3.00 petang dan akan transit di Singapura.
Dan seterusnya menunggu penerbangan ke Turki pada pukul 11.00 malam.
Dari Turki baru ke Madinah dan Mekah.

Sayu je masa mereka semua masuk ke balai pelepasan.
Ya Allah, permudahkan urusan mereka di sana sebagai tetamu Mu..
Semoga mereka semua selamat pergi dan pulang. Amin.

Seronoknya dapat ke tanah suci.
Insyaallah, saya pasti akan ke sana suatu hari nanti bersama suami dan anak-anak.
Amin...amin. Semoga termakbul doa hambaMu ini.











 
'atok....kami nak ikuttttt bole tak????


Tuesday, May 7, 2013

10 bulan sudah

6 Mei 2013...awliya dah masuk 10 bulan...
Alhamdulillah...

Cepatnya masa berlalu.
Pejam celik, lagi 2 bulan dah nak masuk umur setahun.


Dia semakin bijak dan tersangatlah aktif.

Makin lasak hokeyyy....
Sape kata anak gegirl tak lasak???
Berpeluh mamanya ni...tu belum dapat kaki lg..
Pasni mesti kurus bila dok main kejar-kejar dgn awliya (ye ke kurusss??? ngeeee)

So far perkembangan awliya sepanjang umur 9 bulan memuaskan.

Dah mula bertatih 4-5 langkah. Kelakar sangat...sambil badan terhuyung hayang.
Gud gurl anak mama....semakin berani !! chaiyokkkkk.........

Haaa...awliya ni skip merangkak tau...smpai sekarang tak pandai merangkak (xtau malas ke).
Sebab dia pandai je angkat punggung semua tu..tp merangkak 2-3 step terus menyungsur macam soldier tu. Dia rasa menyusur ala soldier tu lagi laju dari merangkak kottt....hihihihi

Dah boleh bangun sendiri dari posisi duduk. Tapi dari posisi berdiri nak duduk pula masih tak reti.


Dan paling tak tahan, dah pandai memberontak bila diambil barang dari tangannya ataupun tak memenuhi permintaan dia....ishh ishhh garang betul anak mama ni....

Kuat membebel okey.

Makan pun makin berselera...semua yang mama dan ayah makan, sibuk je dia nak makan juga.

Haaa....yang lagi satu nampak ketara, awliya macam tak nak dekat perempuan, dia nak pada lelaki je
hahahaha...kelakar betul. Kalau nenek yang ambil dia, lansung tak nak...siap lari tu. Kalau abang dan adik lelaki hani yang ambil, bukan main suka lagi. Siap hulur tangan nak dokong tu.

Kalau hantar rumah pengasuh pun sama, kalau mak pengasuhnya yang ambil...punya la peluk mama. Kalau suaminya yang ambil, siap senyum-senyum lagi. haiii lah anak...macam-macam ragam.

Errrnmm pagi lagi ye....haaa, dah tahu kalau mama pakai tudung maknanya nak keluar rumah la tu.
Masa ni kalau ayah nak amik dia, jangan harap la nak....

Seronok kan tengok perkembangan anak ni....


Hepi 10 month anniversary anak mama Awliya Nur Zara.
Semoga membesar dengan sihat dan cergas.
Mama sayang kamu ketat-ketat.


yeaaayyyy....anak mama dah pandai bertatih sendiri....


p/s:: perkembangan 10 bulan pasti lebih mencabar......fuuhhhhh !!!

Thursday, May 2, 2013

Solid Food::Sup Ikan Merah

Dah lama tak bercerita pasal solid food awliya ni...
Memang pening nak pikir pasal makanan anak ni kan.
Bukan boleh bagi sebarangan.
Kena kreatif pelbagaikan menu supaya baby tak jemu.
Jangan kata baby, mama pun boleh jemu kalau asik masak benda yang sama je kan.

Setakat ni memang hani kena merajinkan diri memasak pelbagai bubur dan lauk 
untuk budak kecik tu.
Hani tak pernah bagi Nestum/Cerelac pada awliya.
Eh...ada masa mula-mula nak kenalkan solid food dulu, itupun 2 sudu je.
Pastu dia tak nak. Sampai sekarang hani tak ajar dah dia makan makanan segera tu.
Nampaknya terbiar macam tu je Cerelac.
Tak pe lah anak, mama sanggup bersusah payah memasak demi kamu.
Air tangan dari mama ni kan terbaik untuk kamu.
Rasa puas dan hepi bila anak berselera makan masakan kita kan.....

Ini menu semalam 'Sup Ikan Merah'
Memandangkan awliya dah nak masuk 10 bulan,
hani dah start menumis bila nak masakkan lauk untuk budak kecik ni.

Menu ni pun main campak-campak je, guna bahan yang sedia ada dalam peti sejuk je

Ok, hani nak sharekan cara memasak sup ikan merah ni - walaupun senang je, tak le hebat sgt pun..poyo je lebihhh hahahaha

Bahan-bahan
1. Ikan merah
2. Lobak
3. Kentang
4. Sayur bayam
5. Daun bawang/sup
6. Sedikit ikan bilis

Bahan menumis
1. Minyak olive oil
2. Bawang putih
3. Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
 
Cara memasak
1. Tumiskan sedikit bawang putih menggunakan olive oil.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Jangan banyak sangat, cukup-cukup rasa je.
3. Kemudian masuk air secukupnya. 
4. Masukkan kentang dan lobak. Masak sehingga empuk.
5. Masukkan ikan merah
6. Masukkan sayur bayam
7. Masukkan sedikit ikan bilis untuk bagi rasa masin sedikit. Pastikan rendam ikan bilis terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa masinnya.
8. Tunggu sehingga mendidih
9. Masukkan daun bawang dan daun sup.
10. Sedia untuk dihidang.

Nyum...nyum....menyelerakan sebab ikan merah ni rasanya manis.
Boleh dihidangkan bersama nasi putih/bubur. 
Memandangkan awliya dah tumbuh gigi 2 batang dan dah pandai mengunyah,
kadang-kadang hani hidangkan dengan nasi biasa je. Cuma masa masak tu lebihkan
sedikit air untuk bagi nasi tu lembut sikit. 

Setakat ni hani tak pernah masukkan GARAM atau GULA dalam masakan awliya.
Dia pun dah biasa dengan masakan yang tawar....
Hanya rasa masin ikan bilis yang tak berapa nak masin je tu...
Hehe....bagus untuk kesihatan kan...
Jangan ikut mama kamu ni yang suka manis-manis...ngeeee



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...