Wednesday, June 25, 2014

adra tumbuh gigi

dah lama tak bercerita perkembangan anak-anak.
mood nak update blog ni memang berkobar-kobar, banyak perkara nak dikongsi bersama tapi bila nak mula menulis
terus 'lost'...tak tahu nak karang ayat heee..
lemau sungguh sekarang ni.
Insha allah, akan cuba juga untuk merajinkan diri update blog ni.

Seminggu yang lepas si Adra demam, pakej sekali dengan batuk dan selesama.
Demam berduet sekali dengan kakaknya.
Mungkin disebabkan cuaca yang panas sekarang ni, berjerebu.
Tapi nasib baik tak teruk pun demamnya, orang perak kata dedo je.
Masih aktif dan tak reti duduk diam.

Cuti weekend ni baru perasan, Adra dah tumbuh gigi rupanya.
2 batang. Tapi hanya sebatang je nampak dah terkeluar dari gusi, sebatang lagi masih
terbenam...tapi boleh rasa dah dengan jari. Maybe seminggu ni akan nampak lagi sebatang tu.
Adra dah 7 bulan++. Agak cepat tumbuh gigi berbanding dengan kakak Awliya...
Dulu si kakak masa umur 8 bulan baru tumbuh gigi.
Patut la tak sihat minggu lepas.

Sekarang ni adra asik nak menggigit je,...nak test gigi baru katanya hahaha.
Ok, kalau takat gigit-gigit biasa tu mama boleh la tahan, apa la sangat kan...dengan gigi kecik cinonet tu.
Tapi...tapi...kalau dah menggigit time menyusu tu...uuuwwwaaaaa tetiba mak ko ni menjerit nak oiii...!!!
Sobs...sobs
Kena la pujuk pelan-pelan cakap 'jangan la geget mama, sakit tau'
Macam mana la nanti kalau gigi dah bertambah banyak....
Bertabahlah mama yer....

2 budak tak sihat tapi masih boleh tersengih lagi....

No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...