Tuesday, June 10, 2014

Pertama kali MENCANDAT SOTONG 30&31 Mei 2014

Sebelum cerita ni menjadi basi, masam dan pekasam, baik di'up'kan entry ni cepat-cepat.

Sebenarnya aktiviti mencandat sotong ni planning last minit.
Menumpang orang hehe....
Dah lama teringin nak merasa mencandat sotong ni.
Nasib baik ada kekosongan...rezeki.

Kami menginap di rumah mak mertua abang aku di Kuala Berang.
Bertolak dari Seri Kembangan pada pukul 11.00 malam dan sampai di Kuala Berang pada pukul 5.00 pagi.
Lepas solat subuh, kemudia sambung tido, pukul 9 pagi baru bangun.
Terus aku bersiap apa yang patut, sediakan stok susu dan masakkan bubur untuk adra.
Anak-anak tinggal dengan nenek diaorang. Nasib baik la mak aku bole ikut sekali...
Pestime nak tinggalkan adik adra ni, susah hati juga bila tengah-tengah malam dia cari mama dia ni .
Tapi ku kuatkan juga semangat huhu..
Demi merasa pengalaman mencandat sotong kuikui....

Pukul 3 petang kami dah bergerak ke Jeti Marang, perjalanan dalam 1 jam dari Kuala Berang.
Sebelum tu kami dah siap-siap beli bekalan makanan macam roti, air mineral, megi dan beberapa kudapan. Bekalan bila perut kelaparan atas kapal nanti.
Untuk elakkan mabuk laut, kami dah telan ubat mabuk siap-siap.
Beli dekat kedai biasa je, ada jual.
Lupa lak nak snap gambo ubat tu.

 
Jeti Marang

 
Bekalan makanan dalam tu

 
camni la lebih kurang bot kami naik tu
 
Kami naik bot pukul 5.00 petang dan bot terus membawa kami ke tengah lautan.
Eh, tak tau la tengah ke tak hihi...tapi yang pastinya kami dah tak nampak bayangan darat pong.
Huhu serammm pulak bila ada tengah laut ni.
1 jam juga perjalanan sebab bot pakcik agak 'veteran' sedikit...ngeh2.
Masa ni aku tersengguk-sengguk mengantuk, sedap je dok atas bot...macam dok dalam buaian lak.
Dengan angin laut yang bertiup, memang sedap dapat tidur ni.

 7 orang je (termasuk yang ambil gamba)
 
saje nak bagitau....yang kotak petak empat segi tu 'tandas'....
ada lubang yang terus disalurkan ke laut...kehkeh

Pakcik berentikan bot ni di satu kawasan....ada beberapa buah bot yang dah sampai terlebih dahulu.
Pukul 6 kami start mencandat, masa ni agak blur sebab tak pernah la katakan.
Menjelang maghrib, kami nampak banyak bot menuju ke kawasan ni.
Aku rasa ni memang 'port' paling baik...tempat sotong-sotong semua bersantai.


Peralatan mencandat semua dah adik ipar abang aku sediakan.
Kami melenggang je...heeee
Mana la kami tau nak bawa apa kan...so serahkan je semua pada diaorang.
Nasib pegi dengan orang kampung yang dah teror.
Dia yang ajar kami macam mana nak mencadat.
Sebelum ni terbayang mencandat ni macam senang jer...
Sotong-sotong terapung dengan permukaan air....kahkah....
Rupa-rupanya susah gak weeiiii, macam memancing rupanya....ada teknik.

 
 belum apa-apa dah mabuk laut ke????


 
ni la candat

Alat candat ni kena sampai ke dasar laut, sebab kawasan sotong ni banyak di dasar.
So, korang bayangkan betapa panjangnya tali tangsi tu.
Lepas tu kena tarik-tarik skit tali tu supaya candat tu akan sangkut pada janggut sotong tu.
Macam mana tau dah dapat sotong????
Haa...camni, masa dok tarik-tarik tali tu, kita dapat rasa tali tu berat dari biasa.
Candat tu memang dah berat, tapi bila dah dapat sotong kita akan rasa  lebih berat tu tandanya dah mengena la pada sotong.

Dalam 10 min menunggu, aku cuba tarik dan dapat rasa berat sedikit tali tangsi tu.
Tarik punya tarik, wahhhh dah mengena.
Lepas aku dapat, abang aku pulak dapat 2 ekor sekali. Seekor besar pulak tu.
Tak lama tu, asben aku pula mengena.
Excited kami masa tu. Terus rasa bersemangat.

 
 muka masing-masing excited dengan tangkapan sotong yang pertama....glamer ko sotun!!



 
Rupanya sotong ni masa mula-mula di atas darat, keadaan dia berwarna jernih. Nampak segala isi dalam macam dalam gambar tu. Lama-kelamaa barulah kulit sotong ni berubah wajah. Jadi putih yang macam biasa kita nampak tu.

Dalam pukul 9.00 malam, pakcik bot tu masakkan kami nasi putih dan kari sotong dan ikan.
Yang ni baru dinamakan fresh. Manis je rasa sotong tu.
Lupa nak snap gambo lagi pasal dah lapar sangat masa ni ngeh...ngeh...
Dapat lak minum lak kopi panas sambil ditiup angin laut, memang heaven rasanya ada tengah laut ni...

Lepas makan, barulah ada tenaga sikit... kami teruskan mencandat.
Tunggu punya tunggu....sampai la ke tengah malam lansung tak mengena.
Tangan pun dah lenguh asik menarik tali tangsi tu sampai ke atas.
Lama-lama jadi bosan dan mengantuk lak.
Hampeh punya sotong....ko buat kitaorang syok sekejap je yeee....
Pastu aku, asben ngan abang bantai tido kahkah.....mengantuk weii..
Letih pun ye jugak sebab tak cukup rehat...kan baru sampai dari KL.
Aku tengok abang yang teror tu candat guna kiri kanan tangan....sekejap je dah dapat banyak.
Aku nengok bukan main nyenyak abg aku ngan asben tido....
Eh..eh...rugi weiii tido lelama, bot ni bayorrr tau...

 sampai ke malam mencandat
 
Sampai ke pagi, aku hanya berjaya dapat 3 ekor, asben aku 2 ekor dan abang aku 2 ekor haha...
Ok la tu kan, dari tak dapat lansung.
Pestime la katakan....
Pukul 10 lebih, kami dah gerak balik. Cuaca pun dah panas.
Kepala pun dah ting tong ting tong tak cukup tidur.
Dalam perjalanan balik, boleh lak diaorang sambung memancing ikan....uwaaaaa
Tak sabar nak balik dah ni....!!

Pengalaman yang menyeronokkan.....walaupun hasil tak seberapa.
Alhamdulillah dapat juga rezeki.
Hasil tangkapan kami bahagikan....nasib baik la, kalau tak kami bawa balik 10 ekor je hehe.
Ni puas juga la kami makan buat lauk. Fresh dari laut....!!!!
Kalau korang nak mencandat, waktu mencandat yang paling sesuai adalah antara April-Jun.
Bayaran sebuah bot RM600...
Satu bot boleh muat maksimum 8 orang penumpang.
Bujet kami hari tu RM86 seorang je....sebab ada 7 orang. Ok la kan....

rezeki kami hari ni.

 p/s::insha allah, ada peluang nak pergi mencandat lagi....


2 comments:

  1. Sebut mencandat ni akak ada pengalaman ngeri hahaha...sekor pun tak dapat..bukan musim katanya..pegi bulan jun kalau x salah..dgn mabuk laut lagi..tdo je dalam bot tu..walhal dh makan ubat mabuk laut tu..mmg frust lah

    Hani tak ada no contact sewa bout tu ke..murah tu sewanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada baca entry akak pasal mencandat tu...hehe...xper la,takde rezeki masa tu. lagipun kalau bukan musimnya, mmg payah sikit nak dapat...saya pun nasib baik je dapat tu...susah juga mencandat ni rupanya.

      saya takde contact no...tapi takpe nanti saya suh abg saya mintakan dekat adik ipar dia tu...

      Delete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...