Tuesday, August 19, 2014

cerita Hari Raya 2014

Cerita raya yang dah basi. Tapi masih bulan Syawal lagi kan...kan...
Kira masih valid lagi entry...
So update semua sekaligus...ngeee

Cerita raya tahun ni biasa-biasa jewww...
Raya tahun ni turn beraya di kampung asben di Jeli, Kelantan.
Kami balik kampung sehari sebelum raya sehingga raya ke 4. Kemudian beraya di Ipoh sehingga habis cuti pada hari Ahad ni.

Nasib baik kami tak tempuh jem, perjalanan lancar dan dipermudahkan...alhamdulillah.

Tema raya tahun ni kaler hijau pink.
Asalnya nak pakai pink...tapi asben ku itu tak setuju..hurmmm pelik sungguh nape le kaum lelaki ni alergic sangat dengan kaler pink kan..kan. so terpaksa la amik kaler ijau ada pink sikit-sikit je...
asalnya pilih kaler ni sebab baju melayu asben mmg dah ada.
Baju melayu ni kononnya nak pakai masa majlis aqiqah adra tapi tak jadi sebab last minit tukar kaler tema. so proceed jadi baju raya je la.
Kira baru la kan sebab tak pakai pun lagi.

Pastu punyalah payah nak cari baju si mak dan anak-anak.
Moral of thd story next tine kena cari baju kitaorg dulu baru cari baju melayu sebab baju melayu ni pada aku mudah jer nak cari yang mathcing kan...
Merata juga aku mencari...last minit huhu. akhirnya jumpa di PKNS Shah Alam. Walaupun over bujet, asben aku kata beli je la...dah takde masa nak mencari..xoxo pejam mata je la bayor...!!!!


Dah lama takde gambo berdua tauuu.....


dah pakai tantek-tantek, tido pulak mek adeya ni...


bersama keluarga mertua

Tu cerita baju raya. Dah nama hari raya mesti la ada kuih raya kan. 
Tahun ni siyes takde mood nak beli biskut raya. Beli kerepek2 je. 
Rasa bersemangat nak buat biskut raya sendiri (kononnya). 
Siap beli bahan2 tapi yang sempat buat hanya 3 jenis je...choc chip,mazola dan cornflakes choc. Itupun buat tengah2 malam time anak2 tido...kiki. jadilah..tahun depan upgrade lagi ye...





Hurrmmm.....malas nak cite lebih-lebih...
Tu je la...catatan raya tahun 2014 ni...hehe

 
Selamat Hari Raya dari kami
Maaf Zahir dan Batin.

Zawawi. Hanizan. Awliya. Adra



No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...