Tuesday, June 2, 2015

Hotel-hotel di Ho Chi Minh, Vietnam

sejak akhir-akhir ni aku sering ke Ho Chi Minh. boleh dikatakan 2 minggu sekali aku ke sana, atas urusan bisnes...ceh macam bisnes besar2 je kan hahaha.
takde la, sebenarnya aku nak shopping untuk raya nanti....lepas tu bawa la balik barang lebih sikit.kot-kot ada yang nak beli kan.
sekali ramai pula permintaan kan...menyebabkan aku berulang lagi ke sana. seronok pula :):)
eh...sebenarnya aku bukan nak cerita pasal bisnes.
aku nak share pasal hotel-hotel di ho chi minh ni berdasarkan pengalaman aku je.
memandangkan aku dah 4 kali ke Ho Chi Minh dan menginap di hotel yang berbeza,
so aku nak buat review setiap hotel tersebut sebagai panduan untuk korang yang baru pertama kali nak ke sana.

aku suka menginap hotel di Nguyen An Ninh, Disc 1 yang dikenali juga dengan nama Malaysian Street...memang nampak orang msia je dekat sini, rasa macam di KL je...hotel di sini sangat la dekat sangat dengan Pasar Bent Thant, keluar hotel jalan 10 langkah dah sampai pasar bent thant. selain tu restoren makanan halal juga banyakkkk dekat kawasan ni.
Selalunya aku makan di restoren Hajah Basiroh je sebab murah sedikit berbanding dengan restoren makanan halal yang lain. 
Sebab yang lain, selalunya bila aku banyak memborong barang, aku akan hantar ke bilik lepas tu keluar semula sambung shopping.
malas nak pikul banyak2 barang kan...oleh sebab tu la aku suka duduk di hotel yang dekat-dekat je. 
lagipun kalau sebelah malam kawasan ni agak happening...masih rancak lagi urusan jual-beli. dekat dengan pasar malam kan.

Saigon Pink 2, Hoang Hai Long, Thant Thu dam Gia Huy Hotel ada hotel sebaris je dan sebelah menyebelah.



Saigon Pink 2
Pertama kali aku sampai ho chi minh ni pada Feb 2012, aku menginap di Saigon Pink 2. Masa ni aku booked melalui Booking.Com...3 buah bilik standard selama 3 malam. total semua RM680.
kiranya sebuah bilik jatuh harga RM80/night. murah kan!
bilik besar dan bersih. kelengkapan pun cukup.

masa ni aku dapat bilik di tingkat 2. sepupu aku dapat bilik atas, tingkat 6 rasanya [tak ingat dah]. biliknya agak kecil sedikit.
so kalau menginap hotel-hotel di hcmc ni, request la bilik bawah. ni ikut pengalaman aku la yang duduk di beberapa hotel yang aku senaraikan di bawah ni. hotel yang lain aku tak pasti la pulak biliknya maca mana kan.

pakej bilik ni bersekali breakfeast. tapi hotel saigon pink 2 ni kecil memang takde cafe, jadi kena pergi ke cafe hotel lain (tak ingat nama hotel), tapi tak jauh pun, kawasan sekitar tu je. jalan kaki pun 2 minit je...rasanya hotel ni bawah pengurusan yang sama)
kami makan roti dan minum minuman panas je...tak berani sentuh benda-benda lain...huhu













Hoang Hai Long 2
Hotel ni di sebelah Saigon Pink 2 je. Keadaan hotel ni agak besar sedikit kalau dibandingkan dengan Saigon Pink 2. Masa ni aku pergi seramai 6 orang, so aku booked 2 bilik je....sebilik kongsi 3 orang, so kena tambah extra bed la. Masa ni dapat harga RM518 untuk 4 malam + extra bed RM180. Pakej bilik ni bersekali dengan sarapan. Dapat bilik paling atas sekali di tingkat 8. Bilik agak sempit untuk kami bertiga. Ditambah pulak bila ada extra bed, lagi bertambah sempit, Nasib baik extra bed tu jenis boleh lipat. so kami tak guna pun extra bed sebab katil yang dah ada bila cantum pun muat je untuk kami bertiga...rugi je bayar extra bed tau....

Kami bersarapan di cafe di tingkat 9. Di cafe ni, di asingkan makanan halal dan tidak halal. Tapi atas rasa was-was kami tak makan pun makanan yang diaorang masak ni. Ye la, kita tak tahu dari segi peralatan yang diaorang gunakan. Mana tau peralatan yang sama diaorang masak makanan yang tidak halal tu. Kami cuma makan buah-buahan, salad, roti dan coco crunch je...alhamdulillah kenyang sampai tengahari.

                                                                                                        extra bed







update: aku baru pergi hcmc pada 16-18 Mei 2016....Hotel Hoang Hai Long 2 telah ditukar nama kepada Alagon Western Hotel.


Thant Thu hotel
Kali ke 3 aku pegi hcmc ni 19-20 April 2015 yang lepas, aku menginap di sini. booking melalui Agoda.com. harga sebilik masa tu adalah RM 98.09/night... di sini tiada breakfeast.
disebabkan aku check in lewat, kami diberikan bilik paling atas...tingkat 10 tu. tah apasal la selalu sangat dapat bilik paling atas. kat atas ni hanya ada 1 bilik sahaja. itupun kena menapak naik tangga sebab lift hanya sampai di tingkat 9. sebelah bilik pula tempat diaorang mendobi tuala/cadar sebab nampak bertimbun tuala dekat situ.

bilik paling atas ni agak bising bunyi lift, maksud aku...dah penghujung lift kan, dengar la bunyi besi berpintal-pintal....pastu dengar suara staf tengah mendobi dok sembang-sembang...aku saje cakap nak tukar bilik, tapi malangnya bilik dah penuh.
nasib baik menginap satu malam je....lagipun kalau dah penat, tidur memang dah tak sedar apa dah kan.

aku rasa bilik ni macam jarang digunakan. mulanya tuala pun takde. dah la kitaorang memang tak bawa tuala mandi, minta jugalah dengan hotel. maybe diaorang lupa nak letak [agaknya laaaa]. dekorasi bilik pun takde, biasa-biasa je. tapi aku rasa bilik-bilik di bawah ok rasanya. nasib aku dan adik tak cerewet sangat, janji bilik tu selesa dan bersih...itu yang penting!

 

 

peti ais gedabak besor dalam bilik....
perabot agak veteran sikit.


yang bestnya....wifi lajuuuu tau sebab device wifi tu diletakkan dalam bilik.

staff kat sini sangat la helpful. selalu je tolong kami sumbat barang dalam beg bagi muat.
masa ni kami dah check out pukul 12.00 tengahari, flight pula pukul 9.00 malam, still banyak masa nak shopping. so kami tinggalkan beg dekat lobi dan terus samng shopping. Lepas shopping sumbat la lagi barang dalam beg yang. masa ni beg dah sendat sangat, tapi staf ni akan cuba sumbatkan barang kami dalam beg sampai muat. Di sini juga diaorang sediakan perkhimatan balut beg dengan bayaran RM10 satu beg. (bayar duit RM pun bole). Kalau dekat airport kena charge RM15.





Gia Huy Hotel
kali ke 4 aku datang sini bulan lepas16-17 Mei 2015. booking bilik menggunakan booking.com, bila aku nak book pakai agoda.com, katanya dah fully booked. tapi bila aku try guna booking.com nasib baik masih available lagi. dapat harga RM151 /night. sebenarnya banyak je hotel lain, tapi saje nak try juga hotel ni. Masa sampai, staff dekat kaunter bgtau bilik kami telah diupgrade ke bilik deluxe secara percuma, wahhh....memang la best kan!

Kami dapat bilik di tingkat 6...bilik besar dan bersih.
dalam toilet ada bath tub, dah kata dapat bilik deluxe kan...tu je bezanya. tapi kami takde masa pun nak mandi tub semua tu...masa itu berharga di sini, haruslah dihabiskan dengan memborong.

tapi yang tak bestnya bilik kami takde kettle. sampai kena minta 2-3 kali tak juga hantar. aiishh geram gak aku. bukan ke kettle ni setiap bilik patut ada. kalau hotel yang cikai pun ada tau. lepas tu siap receptionist call bilik kami bagitau kettle kang pukul 5.00 pagi baru ada kosong.
memang nak kena bebel la kan....apa kejadahnya aku nak bangun pukul 5 pagi semata-mata nak minum air panas kan! so aku berkeras kata nak juga kettle, boleh lak hantar masa tu juga.
huh!!

bilik ini sekali dengan breakfeast. pakej breakfeast adalah di kedai makan hajah basiroh. agak lega di situ sebab takde la ragu-ragu nak makan makanan hotel kan. tapi breakfeast ni bukanlah buffet tau, ala carte je dengan pilihan menu yang telah ditetapkan.
aku ambil pakej nasi lemak+teh o ois dan adik aku amik pakej nasi goreng + teh o ais. so memang tak boleh nak pilih-pilih sangat. pilih je pakej yang telah disediakan tu.

masa nak check out...sepatutnya kan aku dah booking dengan harga RM151 tapi masa bayar, aku kena bayar RM170..bila aku tanya kenapa, dia kata RM151 tu adalah harga di Msia. boleh lak camtuuuuu.......
aku malas nak bertekak dah, so aku bayar je la....saborrr je la.
pengajarannya...baik aku terus bayar guna credit card masa booked hari tu...sebab pengalaman sebelum ni aku terus je bayar masa booking melalui agoda....takde pulak perbezaan harga malaysia-vietnam...

masa lepak-lepak kat lobi, staff (gaya macam manager) inform kami kalau nak booked bilik, lebih baik booked direct dengan diaorang melalui email. lebih murah sebab kita boleh pilih sama ada nak sekali sarapan atau tidak...kalau taknak pakej breakfeast harga lagi murah la kan..

staff di sini tak helpful sangat. masa kami nak naik teksi, semua staff lelaki (yang biasanya ada di lobi) mana tah menghilangnya. nasib baik pemandu teksi tolong angkat beg dari lobi masuk ke dalam teksi. kan hotel ni bertangga...klu tak, jenuh juga kami kaum wanita yang lemah ni nak angkut. heeee....






 

yang aku suka hotel-hotel di sini, walaupun kita dah check out.....if flight korang masih lambat lagi, korang still boleh tinggalkan barang-barang dekat area lobi....atau lepak-lepak kat lobi sambil guna wifi free diaorang.


AN TAM HOTEL
Last trip untuk tahun 2015, aku try menginap di An Tam Hotel (bersebelahan Gia Huy).
Bilik ni aku booked dekat Agoda dengan harga RM126.49 (USD 35).
Keadaan bilik ni kemas dan cantik. dinding pun siap dengan wallpaper.
tapi bilik ni agak sempittt. dah kitaorang datang sini atas urusan bisnes kan, beli banyak barang.....sekali letak dalam bilik, memang penuhhhh...sampai nak jalan pun susah.
nak solat pun kena celah2 ruang antara barang.
Peti ais dalam bilik ni lak macam kurang sejuk skit.
Sepatutnya harga bilik ni bersekali dengan breakfeast, tapi masa tu cafe tutup pulak.
so staff di kaunter tu refund semula duit kami (tak ingat berapa jumlahnya) untuk kami breakfeast di luar.















BLESSING 1 HOTEL
aku ke hcm lagi pada bulan september 2016. Rasanya ni kali ke 8 atau 9 hehe...
so kali ni nak try menginap di Blessing 1 Hotel pula. Macam biasa aku booked dekat agoda. Kali ni booked 3 bilik untuk 6 orang. Trip kali ni memang short trip je, pergi 2 hari 1 malam. Maklum la dah biasa sangat ke hcm ni, buat apa nak dok lelama kan. Asalnya ni trip aku dan adik je, dah beli tiket awal2...kemudian ada kawan2 nak join sama. terpaksa gak la join short trip kan. Aku kalau kawan2 ada yg nak join sama, aku akan stay paling kurang pun 2 malam, ye la kesian pada kawan2 yang baru pestime ke sini. kalau stay lama skit bole la bawa diaorang round2 lama sikit kan. tapi nak buat macam mana, aku dah beli tiket dulu.

kami sampai agak awal, pukul 10.00 pagi. Terus ke hotel dan tunjukkan voucher booking. Staff maklumkan check in pukul 2 dan kami tinggalkan semua beg kami di lobi...dan terus mulakan operasi shopping...tak boleh buang masa sebab short trip je kan.

Berbalik pada review hotel, asalnya aku booked bilik takde tingkap, tapi staff berikan kami bilik ada tingkap.
Buat yang pertama kali datang ke sini, aku nak bagitau bilik bertingkap dengan tiada tingkap harganya berbeza sedikit. aku biasa amik yang takde tingkap je, nak jimat kan hehe....tapi kalau bernasib baik, korang akan diberikan bilik bertingkap kalau bilik tu available, lagipun kami datang waktu weekdays, tu sebab banyak bilik kosong...





bilik agak luas dan selesa. wifi pun laju.
pakej bilik di sini bersama breakfeast. pilihan menu breakfeast ala kadar je....bole la..
tapi macam biasa aku tak makan pun semua benda yang dimasak tu macam nasi goreng, bihun goreng...apa tah lagi tak ingat.
aku makan roti bakar dan buah-buahan je la....
aku tengok ada juga orang kita yang selamba makan masakan tu semua...takpe lah, diaorang yakin..
macam aku tak yakin walaupun dah hampir 8 kali ke sana kan....
so terpulang pada korang....kalau yakin, makan la...tak yakin macam aku, belilah makanan lain...
banyak je restoren halal di luar hotel tu....harga pun takdelah mahal sangat...

cuma kami nak check out, bila aku minta staff lelaki balutkan beg, dia macam taknak layan sebab dia macam suruh kami balut semua beg yang ada. kira tak nak layan la kalau suruh balut 1-2 beg je...hampehhh betul. 2 kali aku suruh. kita nak balut mana yang perlu je la..tak kuasa nak balut semua. apa kejadahnya....
last2 aku cakap dengan member2 aku tu 'kita balut dekat airport je la...harga pun tak jauh beza'











RELATED POST:
1. lagi hotel di Ho Chi Minh

11 comments:

  1. mesti da expert la dgn vietnam ni...best bjalan

    ReplyDelete
  2. bagus dok sini sbb senang, tapi saya tak pernah lagi meras dok kat hotel area lorong hajah basiroh tu..selalu dok hotel ngadap benthanh tu je.

    ReplyDelete
  3. pernah stay di Gia Huy...rasanya sekali dah cukup...x nk lagi stay situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn kak....sy pun sama cukup la sekali....berlambak lg hotel lain yang kita boleh pilih

      Delete
  4. Assalam..tumpang tnya, klu dtg 4 org, booked bilik yg katil bsr tu, x amek extra bed boleh ke eh? Tkut nt kat sna kna pksa byr extra bed pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sassyrose...selalunya setiap bilik ni dah ditetapkan max berapa orang...biasanya bilik standard utk 2 org je kan, kalau lebih mmg kena ambil extra bed...

      Delete
  5. selain hotel di atas boleh cadangkan hotel mana lg ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole tgk post sy yang ni http://myhoneyy.blogspot.my/2015/12/lagi-hotel-di-ho-chi-minh.html

      Delete
  6. Replies
    1. ok je waktu siang hari cuma kena hati2 la skit means jgn kuar jauh la malam2...

      Delete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...