Monday, June 1, 2015

short vacation: Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre


sambungan ENTRY yang lepas.......

lepas melawat Zoo Melaka, kami terus ke PD untuk check in di Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre (dulu dikenali dengan nama Tiara Beach Resort).
pilih hotel ni pun sebab ada waterpark, biasalah bila ada anak ni....pikir semua pasal anak
sampaikan nak bercuti pun pikir tempat yang boleh menggembirakan diaorang
walaupun diaorang tak kisah pun bawa mana...kecik lagi kan, tak pandai minta ke mana-mana..hikhik
janji berjalan je, pastinya diaorang suka..

aku booked bilik dekat agoda, masa ni ada promotion...
dapat harga RM144/night...dan campur tax bagai semua jumlahnya jadi RM168.
bole la kan....

kami sampai di Primaland Resort pukul 6.00 petang. Terus ke kaunter untuk check in.
Masa check in aku request nak bilik pool view,
nasib baik kebetulan memang diberi bilik tu. Masa ni bilik memang fully booked sebab ada family day sebuah agensi. So kalau nak menginap kat sini, better booked awal ye.

apartment di sini ada juga milik persendirian (private).
kalau kita tak nak booked terus melalui hotel, boleh juga booked dengan owner tersebut.
kalau dengan owner aku rasa maybe boleh nego lagi harga kan! ada sesetengah siap pakej sekali bilik dan tiket masuk waterpark.
di sini banyak juga blok bangunan dan aku rasa blok di bahagian belakang adalah milik persendirian. kalau dibandingkan dengan blok di bahagian hadapan, blok belakang ni macam kurang jagaan sedikit. 

Bilik yang aku dapat besar juga walaupun bilik standard je. Kalau bawa toto, boleh lagi masuk 3-4 orang lagi tido dalam bilik ni. Keadaan bilik pun bersih. Macam apartment pun ye jugak sebab ada pantry. 




view dari balkoni bilik



















Waterpark

Kami tak sempat masuk bilik dulu, terus tukarkan pakaian mandi anak-anak sebab diaorang tak sabar nak terjun kolam.
Haaa....kalau nak masuk watèr park kena beli tiket tau...harga untuk dewasa RM20 sekali masuk. Kanak-kanak bawah 3 tahun tiada bayaran.
Kalau atas 3 tahun aku tak ingat lak berapa. Klu korang nak tau google je la ek...hehe. Asben aku terus belikan 2 tiket dewasa termasuk untuk keesokkan harinya. senang beli sekaligus.
Total semua RM80.

Masuk waterpark, waahhh.....mak budak lak rasa xcited terlebih-lebih. Serius aku sukaaaaa sangattt watepark di sini. Besar dan banyak tempat bermain. Kalau compare dengan water park di Gold Cost Morib [ENTRY] yang aku pernah pergi dulu. aku rasa di sini lebih selesa dan besttt :):)

Waterpark di sini tutup pukul 7.00 petang. Nak ikutkan kami hanya ada 1 jam je untuk mandi....rugi kan kat situ. Tapi takpe lah, demi anak-anak, apalah nilai tiket rm40 tu jika nak dibandingkan dengan kegembiraan mereka kaannn....Masa kat pintu masuk sebenarnya dah takde orang jaga untuk check pun. maybe sebab dah nak tutup kan....

Xcited anak-anak dapat mandi kolam..walaupun selalu je mandi kolam dekat bawah rumah tu
tapi bila mandi kolam hotel ni, feel diaorang lain sikit..walaupun sekadar mandi di tepian jewww.....kakak awliya sangatttt la penakut....si adik pulak terlebih berani, taknak dipegang asik nak ke tempat dalam je. dah berapa kali terminum air kolammm....tapi muka rileks dan tak serik tauuu.

Pukul 7.00 petang semua orang dah mula naik ke bilik sebab waterpark nak tutup dah kan.


























Malam tu kami rehat-rehat kejap, kemudian keluar semula untuk makan malam.
Makan dekat tempat dekat-dekat je. Sebelum balik, kami singgah pasar mini untuk beli bekalan makanan sikit untuk makan breakfeast esok sebab pakej bilik kami tidak termasuk breakfeast.
-----------------------------------------

Keesokkannya, lepas breakfeast ala kadar.....terus siap-siap terjun pool semula.
si adik siap dah takde mood nak mandi sebab mengantuk...penat mandi semalam tak hilang lagi kot!
si kakak dengan ayah je la mandi beria-ria.
mandi sampai pukul 11.00 pagi, terus naik bilik nak bersiap untuk check out pada pukul 12.00 tengahari.



kakak: 'adik....jom la mandi'
adik: 'adik ngantukkkk laarrr......'


 

so far, aku rasa puas hati dengan menginap dekat hotel ni.
nora bagi 4 bintangggggg..................

p/s: ada sambungan lagiiiii............ngeeeee

3 comments:

  1. dah book jugak kat agoda.. in syaa allah mggu nie ke sana..

    ReplyDelete
  2. PROMOSI HEBAT !!!!!
    Percutian menarik di Primaland Resort,Port Dickson.
    Apartmen 2 bilik tidur 2 bilik air.
    Syarat :
    1. Hanya semurah RM 200 (2 hari 1 malam).

    2. Booking tarikh beserta bukti pembayaran.

    3. Harga tidak kira cuti umum, perayaan atau sebagainya.

    4. Rumah hanya tingkat 1 blok A, bersebelahan lif dan berdekatan taman tema air yg luas.

    5. Untuk tempahan boleh hubungi/w.app kak nora(0133336227) / En Zul (0136181223).

    ☆Harga tidak termasuk tiket taman tema air☆

    JOM CUTI CUTI MALAYSIA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

    SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!!

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...