Tabung Gergasi - Membeli sambil membantu keluarga ini


sebelum ni saya pernah post pasal beli tabung gergasi yang diperbuat dari tong gas ekon...
sejak itu ramai berminat nak dapatkan tabung tersebut dan bertanyakan pada saya contact nombor penjual tapi maaf sangat saya tidak ada menyimpan contact nombor penjual tersebut, kadnya sudah hilang...




hari ni, bila buka facebook, ternampak pula berita ni
sayu hati melihat nasib anak kecil ini...

kebetulan ayahnya mencari rezeki dengan menjual tabung seperti yang pernah saya beli...
kepada yang sedang mencari tabung besar ini, bolehlah hubungi En. Mohd Amir Hamat ini..
sambil membeli boleh juga kita meringankan beban keluarga..
semoga adik Faiz dapat dirawat dengan segera dan dapat menjalani kehidupan seperti anak kecil yang lain.









Jual tabung demi kumpul dana untuk pembedahan anak.
"Saya sanggup buat apa saja asalkan dapat mengumpul kos rawatan anak bongsu saya ini," kata Mohd Amir Hamat, 33, ayah kepada Muhammad Faiz Husni, 9 bulan.
"Saya mahu lihat masalah bibir sumbing dialaminya pulih sebelum dia meningkat dewasa..."

Beliau kini sedang giat menjual tabung demi mengumpul wang untuk merawat anaknya ini...
Jom sama2 kita bantu beliau, kepada sesiapa nak beli tabung cantik macam dalam gambar ni boleh PM Encik Mohd Amir Hamat atau hubungi 0102903959... Membeli sambil membantu adik Faiz...
Kepada sesiapa yang nak tolong melalui wang ringgit tak mahu beli tabung sebab jauh(Terengganu) boleh salurkan ke
163046495037 Maybank (Mohd Amir Hamat)

Comments

  1. comel2 kan tabung gergasi yang ayah dia buat tu. Moga rezeki menyebelahi pihak si comel itu.

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu