Thursday, December 6, 2012

Produk Tropika untuk masalah kulit & eczima

Hani nak berkongsi dengan rakan2 semua berkenaan produk Tropika.
Awliya adalah pengidap eczima tapi bukanlah tahap kritikal [nanti hani review dari mula awliya kena eczima sampai skrg]
Minggu lepas, kepala dan tengkuk awliya berbintik kemerah-merahan - banyak sgt
Sebelum ni mmg ada, tapi kali ni teruk pulak
Dan semestinya klu tanda tu naik, awliya akan menggaru sebab gatal...sian sgt tgk keadaan si kecil ni.
Mama selalu pastikan kuku awliya sentiasa pendek..
Kadang-kadang pakaikan lagi sarung tangan [sekejap je pakai sebab awliya dah pandai buka sendiri]

Sebelum ni memang hani ada terbaca pasal produk  Tropika ni sesuai untuk baby
yang ada masalah kulit dan dan eczima, tapi tak pernah cuba.
Kebetulan di cafe ofis ada orang jual, terus beli Tropika Baby Hair &Body Oil (RM18) dan Body Care (RM10)

"Minyak ni dirumus sepenuhnya daripada Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil), produk terbaik di dunia tanpa minyak mineral, bahan toksin, paraben atau steroid yang memudaratkan kesihatan bayi. Kaya dengan Vitamin E ,serta bersifat anti oksida,Tropika Baby Hair & Body Oil memelihara serta melindungi kulit bayi daripada serangan bakteria dan kulat"

Masa mandi, hani akan gunakan body care (sabun) dan lepas mandi pula hani akan sapukan baby hair & body oil ni di tempat-tempat yang merah tu..
alhamdulillah, dalam masa 3 hari....bintik2 merah tu dah hilang...
Selalu kat kepala paling banyak, kali ni dah semakin kurang..
Bau pun wangi sangat, bau lavender tu....

Memandangkan Awliya serasi dgn produk ni, hani terus beli lagi sabun utk bagi ada pengasuh awliya. Walaupun eczima ni takde ubatnya, tapi kita kena berusaha untuk mengawalnya. Sebelum ni awliya guna produk Cetaphil, kalau sesiapa pernah guna Cetaphil ni..mesti tau harganya kan. Agak mahal.  Nasib baik awliya serasi dengan produk yg murah sedikit dari cetaphil tu :-)

Kepada rakan2 ku yang anaknya mengalami eczima atau masalah kulit yang lain, cubalah produk ni. Mana tahu serasi juga kan. In Shaa Allah, kita sekadar berusaha, selebihnya Allah yang menyembuhkan.



keadaan awliya....kesian sangat :'(

di muka pun ada bintik-bintik



2 comments:

  1. tq. kwn sy bru cite masalah anak die sebijik mcm kes awliya ni. akn ku khabarkn berita ini pd nya....=)

    ReplyDelete
  2. Nurun: welcome...sharing is caring :-) cuba la guna produk ni, mana tau serasi kan. hopefully anak kwn awk pun cepat sembuh...

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...