Perkembangan Awliya 7 BULAN

Cepatnya masa berlalu...lagi seminggu awliya dah nak masuk 8 bulan... tetiba rasa nak review semula pencapaian awliya semasa 7 bulan ni Terlebih manja dengan mama...asik nak berkepit jer. Mama tak boleh keje lain dah tau !!! Masa umur awliya 6 bulan, dia dah boleh berdiri dengan sokongan. Berpegang pada sofa/kerusi/meja kopi. Masa 7 bulan ni, dah berani bertatih meniti 2-3 langkah. Kadang-kadang berani buat aksi melepaskan tangan dan berdiri tanpa sokongan utk beberapa saat. Walaupun masih tak stabil lagi, terhuyung hayang juga. Mama lak yang gayat okehhh!! Boleh duduk dengan stabil Boleh mengangkat badan sendiri dengan sedikit sokongan. Semasa awliya baring, kalau mama nak bangunkan dia, just pegang jari je. Dia akan angkat badan sendiri sampai terus berdiri. Dah pandai cium mama. Masa dukung, kadang-kadang awliya terus cium pipi mama. Alahaiiii sejuknya hati mama. Mesti sebab selalu tengok mama cium pipi dia kan. Budak-budak ni kan akan mengikut apa yang kita buat ...