Kronologi: BERSALIN (Part I)
Alahai...anak dah besar baru nak buat kronologi bersalin hari tu hehehe....
Maklum la, tak sempat nak buat review....
Ni pun dok mengingat semula peristiwa bersalin....errrkkkk tapi bila teringat
terasa-rasa lak sakit hari tu.
Hani sekadar nak share pengalaman semasa bersalin hari tu...
Untuk panduan bakal-bakal mummies juga.
Setiap orang berbeza pengalaman kan, apa salahnya kita share bersama.
Bukan tujuan untuk menakutkan bakal-bakal mummies di luar sana.
Sakit bersalin ini memang tiada ubatnya, hanya DOA kepada ALLAH supaya
dipermudahkan kita bersalin. - insha Allah
Tapi percayalah, dan setiap ibu pasti mengakuinya....
Sakit itu HILANG bila terdengar suara baby dah melihat wajahnya....
Hanya air mata mengalir tanda SYUKUR dan GEMBIRA
Post ni dah lama dlm draf...cuma tak habis tulis je. Agak panjang....harap-harap korang tak bosan membaca eh !!! ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumaat (06/07/2012)
5.00 am: Tiba-tiba terbangun dari tidur sebab terasa sakit perut. Sakit macam nak membuang air besar. Lepas pergi toilet, barulah lega sikit. Pukul 630 bgn semula untuk solat Subuh. Hani bagitau en suami, tak nak pegi keje sebab sakit perut. Masa tu tak tahu pun sakit contraction tu macam mana kan...so ingtkan sakit perut biasa la. En suami pn kata dia tak nak pegi keje sebab risaukan hani. Lagipun en suami pun sakit perut jugak. Mungkin sebab kami makan nasi kandar semalam.
7.00 am : En suami keluar beli breakfeast. Lepas makan, hani mandi. Masa mandi ada terasa lendir bercampur darah. Tapi skit sangat pun. Terpikir mungkin 2-3 hari lagi akan bersalin bila ada tanda-tanda awal camtu. Lepas dah mandi, sambung tidur semula.
1.00 pm: Bangun tido (tak senonoh bgn tghari bute hehehe)..terasa sakit perut lagi..pegi membuang lagi, lega. Penat asik nak ke toilet je. Confirm kena cirit-birit ni. Lepas tu, hani mengemas rumah, mop lantai satu umah. Macam-macam keje hani buat wlaupun perut memboyot. Tak reti nak dok diam kalau ada kat umah huhu...Bila dah penat, barulah dok berehat.
5.00 pm: Terasa sakit perut lagi, tapi kali ni lain macam je. Rasanya macam dah tak de bahan nak membuang dah. Hani ajak en suami pegi klinik panel, nak check dan amik mc sekali. En suami ajak pegi HUKM terus, mana tahu nak bersalin dah ke..Masa ni tak terasa sakit pun tapi ikut je la cakap en suami. Terus kemas-kemas beg dan beg baby sekali. Hani memang dah daftar untuk bersalin di HUKM.
5.30 pm: Keadaan jalan memang jem. Maklumlah time orang balik keje, hari jumaat pulak tu kan. Masa ni perut makin sakit la pulak, tapi dalam 20min sekali je. Masih bole bertahan lagi. Masa sakit hani tarik nafas dalam-dalam dan hembus, alhamdulillah kurang sikit sakitnya.
7.30 pm: Sampai di HUKM, terus buat pendaftaran. Masa ni tak de pesakit lain pn kat pendaftaran. Hani sorang je. Masa daftar nursepun bertanya:
Nurse: dah rasa sakit nak bersalin ke?
Hani: ha'a..sakit sikit-sikit je (padahal tak tau pun sakit bersalin tu macam mana)
Nurse check tekanan darah & suruh pegi kencing.
8.00 pm: Lepas bagi air kencing kt nurse, nurse suruh masuk bilik dan baring atas katil. Masa ni nurse dah suruh buka kain dan underware. Berdebar lak, ingatkan nak kena bersalin dah hihi. Sebelah hani ada mesin utk amik CTG. Lamanya dok dlm bilik ni, ada la dekat sejam kot, bosan gilerrr....en suami pula kat luar. Nak ilangkan bosan, hani pandang jer la kertas yang ada graf yg menunjukkan contraction...masa ni pun tak sakit sgt, sakit kjap-kejap je..masih boleh bertahan.
8.30 pm: Terdengar nurse call doc...sekali datang sorang doc lelaki melayu...adoiiii segan lak rasanya..terus doc tu cakap nak check bukaan. Kena seluk la ni...perasaan masa ni semua ada, nerbes+takut+malu...huhu
Doc suh tarik nafas, dan dengan lafaz bismillah..doc tu terus seluk. Addddooiiiiiiiii........eh!eh! sebenarnya tak sakit sangat pn hehehe, masih boleh bertahan. Doc bgtau dah buka 4cm....errkkk terkejutttt den!!! Terus doc kata nak pecahkan air ketuban. Doc masukkan benda plastik panjang ke tempat bawah tu, rasanya itulah alat untuk pecahkan air ketuban. Lepas tu hani terasa ada air suam-suam mengalir. Itulah air ketuban rupanya. Masa ni tak sakit pun. Doc biarkan hani dalam beberapa minit. Tak lama lepas tu, barulah hani terasa sakit yang teramat. Masa ni tak tau nak ngadu kat siapa, en suami kat luar bilik lak. Doc masa tu tengah mengadap komputer. Terus hani cakap 'doc, sakit sangat ni'....Then doc bole lak jawab 'sabar ye puan, tak lama je lagi tu...sakit sikit je'. Uuuuwaaaa rasa cam nak nangis je ni. Tapi tak lama pas tu, sakit tu hilang pulak.
9.00 pm: Kena tolak masuk dalam labour room. Masa ni kena naik wheel chair, padahal hani rasa masih boleh berjalan lagi..hehe. eksen sungguh. Naik jer la, nurse dah suruh. Best gak ada orang tolak, tak yah susah-susah nak jalan kan. Keluar dari bilik barulah dapat jumpa en suami, terus cerita kat dia apa yang berlaku, boleh lagi gelak-gelak masa tu hihihi.
Sampai labour room, nurse suruh tukar pakai baju hospital. Sambil tu dia tanya:
Nurse: 'Awak ada minum air selusuh ke'?
Hani: Takde nurse, tak sempat pun nak minum lagi [walaupun ada bawa]
Nurse: Awak jangan minum lagi, nanti awak makin sakit tapi tak de bukaan je. Nanti kalau dah 6cm camtu baru boleh minum
Hani: ooo...ok
Hani terus baring. Nurse masukkan ubat dekat punggung untuk bagi buang air besar. Supaya kita meneran nanti tak la keluar benda yang tak sepatutnya kan hehe. Terus lepas tu ke tandas sebab rasa macam nak membuang dah. Dah selesai masuk semula dalam bilik dan terus kena baring sambil kangkang. Adooiiii malu lagi sebab bukan rasa nak bersalin pun lagi. Macam jadi bahan pameran je 'anu' kat bawah tu. Lebih memalukan yang teramat sangat bila ada student praktikal. 2 lelaki melayu dan seorang perempuan cina. Nasib baik en suami boleh teman sepanjang masa dekat labour room ni. Sambil-sambil tu masih boleh lagi sembang dengan en suami. Gelak-gelak sambil menghilangkan nerbes. Macam tak caya je nak dah nak bersalin ni weeeiii. Tapi setiap kali sakit, hani akan tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Seriussss tau, sakit tu kurang la sikit. Sakit tu memang terasa tapi masih boleh tahan lagi. Sambil-sambil tu mulut ni tak henti-henti membaca doa nabi yunus dan mana-mana ayat yang teringat. Masa ni juga minta ampun dengan en suami. Masa ni la baru teringat banyak dosa hehehe, takut susah bersalin kalau suami tak ampun dosa lak kan. Pastu takut juga kalau umur tak panjang ketika ini. Masa tu berdoa supaya Allah panjangkan umur hani untuk melihat dan dapat menjaga amanah Allah ni. 'Abang ampunkan semua dosa sayang'. Sayu sangat masa ni. Semoga allah permudahkan segalanya. *rasa nak menitis air mata ketika menulis post ni
9.30 pm: Lebih kurang sejam, sakit makin kerap. Masa ni baru rasa sakit sangat. Ni rupanya sakit contraction yang sebetulnya. Doc bagitau kena tunggu dalam 4-5 jam lagi untuk tunggu bukaan sampai 10 cm. Skrg baru buka 4cm. Fuuuuhhhh rasa macam nak nangis je kalau kena tunggu lama camtu. Nurse cakap 'kalau nak meneran bagitahu kami, jangan meneran sebelum masanya....nanti awak punya koyak teruk'. Masa ni memang risau. Selagi boleh tahan, hani akan tahan dari meneran. Macam kita tahan nak buang air besar kan...
Lama-kelamaan, terasa sakit yang teramat sangat. Macam ni la rupanya sakit nak bersalin. Pegang tangan suami sampai tak lepas. 'Abg, sakitnya...sakitnya' itu je lah yang dapat ngadu kat suami sambil mulut tak henti membaca ayat kursi, fatihah...semua surah yang mana teringat, habis dibaca hehe.
Masa ni nurse cakap belum masanya lagi untuk meneran. Hani pun masih boleh tahan dari meneran lagi. Cuma sakit tu je yang tak dapat ditahan. Masa tengah menahan sakit, nurse datang tanya sama ada nak ubat atau tidak. Terus je hani angguk. Nurse terus bius ubat tahan sakit di punggung. Memang agak kurang sedikit. Kemudian budak praktikal tadi yang keluar masuk bilik tu bawa pulak alat yang lekap kat mulut tu. Dia bgtau pada en suami, kalau isteri sakit pakai benda ni. Nasib baik member ofis hani ada bgtau, jangan terlalu kerap pakai sangat benda tu boleh buat jadi ngantuk. So, hani memang guna sekejap je. Terus menunggu dan menunggu............
10.57 pm: Masa ni dah rasa tak tahan nak meneran dah. Memang dah nak terkeluar sangat-sangat dah. Masa ni hani pun bagitau nurse. Nurse, nurse....saya nak teran dah ni. Masa ni kepala jadi mamai sangat-sangat. Antara sedar dengan tidak je ni. Rasanya kesan ubat tadi.. Hani pun dengar nurse cakap 'ok...ok..dah boleh meneran dah, saya tolong bukakan laluan [kena potong sedikit sebab rasanya masa ni bukaan dalam 8-9 cm]. Tangan awak letak dekat buku lali, awak jangan angkat punggung, nanti koyak besar. Sekali push..tarik nafas...dua kali push..tarik nafas....kali ketiga push..ffffuuuuuhhhhhhhhhh...Dengar suara baby menangis. Lahirkan AWLIYA NUR ZARA. Seberat 2.72 kg. Syukur ya Allah. Masa ni dengar doc cakap 'pandai awak meneran'. Syukur alhamdulillah dipermudahkan ketika bersalin. Syukur yang teramat sangat kerana sakit hani tidak lama.
Nurse terus letak baby atas dada hani. Tapi masa ni hani terasa mengantuk yang teramat sangat. Kesan ubat tadi masih ada. Nurse tnya, anak lelaki ke perempuan? Dalam keadaan mamai, hani jawab 'perempuan'...Terus panggil 'adik...mama ni'. Masa ni nak angkat tangan pegang baby pun rasa tak mampu. Tak berdaya sesangat. Mata terasa berat.
Nurse terus bersihkan baby dan berikan kepada en suami untuk di azankan. Masa ni hani terus tertidur. Tapi masih dalam keadaan sedar sedikit. Setelah ayahnya selesai, nurse ambil semula baby dan baringkan di tempat baby. Dan en suami diminta keluar dari labour room tu kerana mereka mahu mulakan proses jahit-menjahit....*to be continued...bab yang sangat-sangat menguji kesabaran. Memang masa bersalin mudah, rupanya Allah duga ku ketika ini.....
Awliya - Kekasih
Nur - Cahaya
Zara - Puteri
................ mama & ayah

hari pertama melihat dunia.....alhamdulillah |
awliya bersama ayah... |
"Adooiiii malu lagi sebab bukan rasa nak bersalin pun lagi. Macam jadi bahan pameran je 'anu' kat bawah tu. Lebih memalukan yang teramat sangat bila ada student praktikal."
ReplyDeleteMalu memang teramat malu kalau terpaksa membuat tayangan percuma di depan lelaki selain suami.
pengalaman bersalin di HKL tahun 1994 masih segar dalam ingatan, masuk je Labor Room terperanjat bila nurse suruh bertelanjang....
dalam tu ada dalam 10-11 orang ibu2 yang hendak bersalin...sebelah katil saya ustazah sekolah rendah, sepanjang masa mengucap je ustazah tu, malu kata dia, tak sangka dorang suruh buat mcm nih..bertelanjang yer samalah dengan saya jugak bertelanjang bulat...
doktor pulak muda2 belaka, majoriti doktor lelaki india dan singh...first time terpaksa bertelanjang bogey depan lelaki lain selain suami.....
lepas tu serik tak pergi dah bersalin di hospital kerajaan, sanggup keluar duit ke swasta, sekurang-kurangnya bahagian yg perlu sahaja dibuka....
betul spt awak kata, jadi bahan pameran......
pn faridah