Check up 8 bulan

13/3/2013

Hari ni ada appoinment untuk check up 8 bulan
Kali ni appoinment sebelah petang.
So, pagi mama angkut awliya ke ofis...senang nanti terus je
ke klinik, tak payah nak singgah ke rumah pengasuh kan.

Seronok betul awliya datang ke opis mama, kejap orang ni
ambil...kejap orang tu lak ambil....hehe bukan main suka la dia...
walaupun dah mengantuk sanggup tahan mata tu...

Dalam pukul 1, kita orang keluar dari ofis dan terus ke klinik sebab appoinment pukul
2 petang. Sampai je klinik, orang pun tak ramai.
Next time nak minta petang juga la, tak de lah stress menunggu macam sebelah pagi.
Awliya pula sangat la suka pergi klinik, bukan apa...dia suka tengok ramaiiiii baby kat situ...hehehe

Untuk check up 8 bulan, hanya ambil berat, tinggi dan lilitan kepala sahaja.
Nanti dah setahun baru ada cucuk semula. Bila timbang, alahaiiii....sikit je naiknya.
Tak sampai pun sekilo. Makan kuat, dukung pun dah terasa berat.
Nurse tanya awliya makan apa? Hani cakap la bubur, oat, barli dan buah-buahan.
'Nurse pn cakap tak pe berat naik sikit je...
Janji dia nak makan dan aktif. [masa sesi konsultansi dengan nurse pun budak kecik ni tak dok diam, berdiri atas peha mama sambil tangan dok ketuk2 meja nurse tu....mulut pun membebel sekali..adoyaaiiii]
Biasalah budak bila dan melasak, berat  badan tak banyak naik walaupun makan banyak.
Lagipun badan dia memang halus je ni...macam mama dia juga....'

errrkkk...mama dia halus ye???berat mama dia tak berapa nak halus lerrrr...ngeh..ngeh

So far perkembangan awliya ok, masih dalam graf mengikut kata nurse tu...
Dah siap semua, yeeaayyy dah boleh balik. Next appoinment pada 8/7/2013.
Tak sampai satu jam pun, syoookkk betul.

Nak balik ke rumah macam awal lagi, jadi mama ajak ayah ke Jusco Taman Equine
untuk cari swim wear untuk awliya....sian budak kecik ni, tak sabar dah nak masuk dalam
pool..tggu weekend ni yer mama ajar awak swimming...^_^
Tapi hampa, tak banyak pilihan...lepas tu mahal bangatttt...sampai RM70 sehelai.
Tak pe lah, nanti mama beli online...lagi murah !!
Eh..bukan berkira dengan anak, cuma rasa tak berbaloi dengan harga tu...
Baik mama beli baju jalan-jalan kan...lg comel-comel.





akhirnya tertido juga setelah sekian lama menahan mata....



Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale