Tuesday, March 19, 2013

Bila kali pertama terjun POOL

Setiap kali nak ke tempat parking, awliya mesti excited tengok pool.
Sebelum ni kalau lalu pool, bagi dia rendam kaki dan main-main air je dulu.
Dah banyak kali nak bawa awliya terjun pool, tapi tak berkesempatan je.
Selalu hari cuti mesti ada hal di luar.

So, minggu ni tak kemana-mana pun. Bila petang terus turun bawa awliya ke pool.
Bukan main seronok dia. Disebabkan tangan tak dok diam, sambil naik pelampung kapal
tangan tu sibuk nak pegang air, terus kapal tak stabil dan terbalik....
mama pulak tengah sibuk snap gambar...tak sempat nak capai.
haaaa....tercungap jugak dia, tertelan air rasanya...sampai terbatuk-batuk.
Tapi tak menangis pun. Gud girl sayang.
Nak pandai berenang...kena la lemas dulu kan.

ada juga mama keluarkan awliya dari kapal ni, dan bagi dia berendam dalam air sambil dukung dia...
so far, awliya nampaknya  tak takut air....

Next time mandi tak yah guna pelampung tau....
Nanti mama ajar awliya berenang...nanti boleh pandai berenang macam Bella anak Dato Syed Muzaffar tu *perasan
Mama ada Bronze Medallion dan Sijil Penyelamat dari Persatuan Penyelamat Kelemasan M'sia tau....haaaa mama pandai berenang tau...jgn tak percaya....ngeh2x



 
muka steady je...sebelum kapal terbalik....heee
 
 
bergurau senda dengan mama




 
 'mama, syoknya naik kapal ni'


takut la pulak dengan air terjun ni...pegangn ayah sampai tak lepas



 

p/s: masih mencari lagi baby swim wear untuk awliya ni.....

2 comments:

  1. Alaaaa...awliya dah pandai berenang..bukan main lagi suka main air yer..nanti dah pandai berenang leh ajar auntie yer..

    Nasib baik umah hani ada pool..tak yah gi jauh2..mmg bijak buat pilihan hihihih

    ReplyDelete
  2. awliya dlm pool berani je...tp dlm bilik air nak mandikan..takut pulak dgn air..pelik sungguh hihihi

    nti awliya ajar aunty berenang...ckp je nak kuak lentang ke, gaya bebas ke..smua bole, tp awliya guna pelampung la hehehe...

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...