Pureen Clearance Sale 24-25 Ogos 2013

Macam biasa, kalau ada Pureen Clearance Sale ni mesti nak pegi. Bulan 4 hari tu terlepas pulak sebab ada percutiaan keluarga. Kali ni pulak tak dapat pegi hari Sabtu sebab ada family day ofis di Sunway Lagoon. Nampaknya kena pergi hari Ahad. Kali ni merupakan kali ke-3 pegi sini, macam biasalah kalau dah pergi hari Ahad pilihan baju dah tak banyak. Tapi tobat nak pegi pepagi Sabtu...dah pernah merasa sekali [post sini]. Masa dah mengandungkan awliya dalam 6 bulan lebih. Rasa macam nak terberanak kat situ je bila dok kena tolak ngan mak ngan bapak-bapak semua yang tak sabar nak berebut nak amik baju. So, kali ke-2 aku pegi ari ahad je. Target kali ni nak cari baju Awliya. Dah lama tak beli baju pakai rumah. Asik beli baju jenjalan je sampai baju pakai di rumah banyak dah ketat-ketat [cepat membesar bebudak ni kan] Keluar rumah, breakfeast dulu dan sampai di sana pukul 11.00 pagi. Ingatkan nak sampai awal, tapi disebabkan masing-masing kepenatan berendam di Sunway semalam,...