Monday, September 30, 2013

Beli kipas dan lampu @ House of Lighting Puchong

Semalam ke kedai lampu House of Lighting di Puchong.
Tujuan nak beli kipas dan lampu untuk rumah lelong yang aku baru beli di Ipoh.. [nanti aku share pasal ni].
Rumah ni aku nak bagi sewa je sebab tu cari yang murah.

Perrgghh...jauhnya. Dari KL nak bawa ke Ipoh hehehe..
Sebabnya kat Ipoh harga mahal sikit kalau compare di sini.
Ye la, kat sini kat kedai lampu berlambak-lambak..
Banyak saingan, so harga pun bole dapat yang murah kalau rajin survey.
Tapi aku tak banyak la survey.
Aku pegi kedai lampu ni sebab dulu aku pun beli kipas dan lampu kat sini
masa nak masuk rumah dulu.
Kebetulan minggu ni abg dan mak aku dari Ipoh datang sini, tu yang aku beli terus sebab nak suh dia
bawa balik nanti.

Kedai ni memang glamer di kalangan blogger dan ramai yang rekemenkan.
Termasuk la aku hehehe....
Tapi aku tak sure la ada kedai lain lagi yang lebih murah...
Maybe ada, tapi ramai yang tak tahu kan...
Macam aku kalau dah tahu kedai tu murah, aku g situ jer...
Tak kuasa dah nak survey kedai lain...

Masa sampai ..ffuuuhhh....ramai gile orang, sampai rasa pening nak masuk dalam ni.
Macam pasar tani koo....
Nasib baik sempat juga masuk ke dalam, rupanya kedai ni tutup pukul 5 pada hari Ahad.
Aku sampai agak lewat petang tu dalam kul 4.
Masa pukul 5 tu, kalau tengok dari luar macam dah tutup kan, tapi sebenarnya kat dalam
masa ada lagi urusan jual beli.
Maksudnya kalau orang sempat masuk sebelum dia tutup pintu kira selamat la.
Tak de lah diaorg nak halau suh kuar kan...
Sampai la korang selesaikan sesi jual beli baru la dia akan close betul2.
Oh ye...kedai TUTUP pada hari ISNIN tau...

Cadangnya, aku nak beli kipas Panasonic bayu 4 (4 bilah).
Harganya RM230 satu [di Ipoh RM238].
Bila tanya en asben, dia kata elok amik KDK.
Beza sikit jer. Lagipun kat rumah kami sekarang memang pakai jenama KDK tp yang 5 bilah punya.
Rumah mak ayah pun pakai KDK.
Bab kata tadi, nak bagi sewa je kan umah ni, 4 bilah cukup arrr....
Klu ikut asben aku, dia suh beli KDK putih yang 3 bilah jer, yang pakai modulator.
Tapi aku tak nak, tetap nak beli yang pakai remote punya.


 Panasonic Bayu 4
Model: F-M14C8 GY


So, aku pun 4 beli kipas KDK (4 bilah) dengan harga RM238 setiap satu.
Kalau beli kat kedai elektrik, harga dalam RM280. Banyak betul beza kannnn !!!!
Masa tu jurujual beritahu kalau nak beli kipas, baik beli sekarang sebab harga kipas akan
naik tak lama lagi. Nanti harga kipas 4 bilah nak hampir sama dengan kipas 5 bilah.


KDK 
Model K14X8-GY


Lampu pulak aku sempat pilih 2 jenis.
Lampu kat ruang tamu dah ruang makan.
Aku pilih yang murah-murah jer, kata nak sewakan je rumah tu kan....
Cuma tang kipas abah aku suh beli yang berkualiti sikit la kan, sebab tu aku beli juga jenama
KDK. Tak per, pelaburan tu..

Tengok la harga lampu kat bawah ni...harga dalam lingkungan RM29-RM79.
Murah dan cantik.
Tak banyak gambar yang aku sempat snap, maklum la cepat.
Anak dah tertidur dalam kete.
Nasib baik mak ada tolong jagakan.





Lampu ruang makan aku pilih yang atas sekali belah kiri. Murah je RM29...
Aku pilih semua lampu mentol putih...kena tambah harga mentol RM7


 
Aku beli yang ni untuk ruang tamu. Abg aku beli lebih kurang camni kat Ipoh harga dalam RM80 setelah diberi diskaun.

 Harga RM29.

Ni pulak lampu untuk letak di pagar luar. Tapi aku tak beli lagi, just survey dulu.
Banyak lagi lampu aku nak kena beli lagi ni.
Aku tak suka pilih dalam keadaan kelam kabut, disebabkan masa tu kedai dah tutup
aku pun proceed je dengan 4 biji kipas dan 2 jenis lampu tadi.

On the way balik, aku ajak asben singgah kedai lampu Top Ten, dekat Tesco Puchong tu.
Tapi dah tutup rupanya. Aku rasa kalau hari sabtu tutup lambat sikit kot, sebab dulu aku pernah pegi petang dah nak dekat magharib masih buka lagi.
Maybe hari Ahad, kedai ni tutup pukul 5 petang juga.
Kedai ni pun banyak juga pilihan lampu dan harga pun murah.
Orang pun slalu ramai kat kedai ni.
Tak pe la, next week la pegi skali lagi.

Bila masuk kedai buku

Kali pertama bawa awliya masuk kedai buku...
Sebelum ni bila belikan buku utk dia, tak pernah bawa pun..
Minggu lepas, amik awliya dari umah pengasuh, terus ke Aeon Taman Equine.
Cadangnya nak g isi minyak kete je, last-last terus ajak asben g kedai buku popular
sebab nak cari buku dan dvd untuk awliya.
Awliya pun pakai baju tidur je..hahaha belasah je la.
Dah lama tak belikan dia buku, sian asik baca buku yang sama je.

Mula-mula singgah Daiso dulu, mama beli beberapa barang sikit.
Kemudian baru ke Popular.
Xcitednya budak kecik ni masuk kedai buku.
Bila pergi kat part kanak-kanak, bukan main cepat je tangan dia amik buku.
Lepas tu terus dok atas lantai kat tengah-tengah jalan...
Nak oooiii..ingat ni rumah kita ke...

Lepas satu -satu buku dia amik...
Penat si ayah kemas balik...hihihihi
Awliya memang suka sangat dengan buku esp buku yang ada gambar haiwan...
Seronok tengok dia hepi....

Nak pupuk minat membaca pada budak-budak ni,
kenalah dr kecik kan. Mama pun terus jd ahli buat member card popular.
Lebih jimat sbb leh dpt diskaun. Pasni boleh beli bykkkk buku lagi utk awliya...!!!


Tengah sibuk memilih buku....


haaa...tengok...dah pilih buku dia g duduk kat tengah2 ruang jalan...


semestinya pilih buku yang ada gambar kucing


'mama....ini cat'

Pantang tgk gambo cat....asik nk dicium jer..

Thursday, September 26, 2013

Persediaan berpantang::set berpantang


Preegy kali ni murah betul rezeki, hari tu dapat susu anmum n mamil gold free dari kakak ipar dan member ofis.
Jimat tak yah beli dah susu untuk mama.
Kali ni dapat lak set berpantang NR dan tanamera dr ofis mate yang tak abis guna ms dia bersalinkan anak ke dua hari tu.
Untuk NR, dapat uncang cuci herbanika, krim herbanika barut dan herbanika lulur. 
Lagi satu dapt herbal bath tanamera.
Alhamdulillah, tak yah beli dah untuk set mandi-mandi ni.
Tau-tau je la, set NR ni kan mahal jugak.
Dah nak masuk anak 2 ni, memang banyak benda kena jimat.
Set berpantang pun dah ada, beli siap-siap set Shaklee.


40 hari lagi..... !!!!







Wednesday, September 25, 2013

persediaan berpantang::Bengkung Roda Mia

Semalam dah sampai parcel
Barang persediaan berpantang untuk mama.
Beli bengkung roda Mia, beli online aje.
Harga RM50 sekali postage, beli dekat website ni [link]
Penghantran pun cepat.

Ni bengkung yang kedua.
Yang pertama dulu mana tah letaknya, hani beli jenama Leesa Formula.
Tak pasal-pasal kena beli lagi.
Dulu beli sepasang je, tapi hani rasa bengkung ni kena ada 2 pasang.
Senang, bila satu basuh...ada lagi sehelai yang kita boleh pakai.
Balik kampung kang kena cari semula bengkung yang lama tu.

Hani beli bengkung bertali ni sebab senang nak pakai.
Pakai sendiri pun bole.
Kali ni nak berpantang betul-betul -in shaa allah
Dulu pantang main-main je...hehehe...kejap pakai bengkung, kejap tak.
Sampai kena sound ngan mak...ngehngeh

nti dah guna baru boleh bg review menyeluruh...sama ada ok ke x bengkung ni...




Wednesday, September 18, 2013

check up @ 33w

17/9/2013

hari ni check up lagi....dah 8 bulan ni kena check up 2 minggu sekali
cam biasa...appoinment pukul 9...abis check up kul 12.00 tengahri.
punya la ramai orang hari ni...ye la, semalam kan cuti Hari Malaysia.
So, hari ni kompem la ramai org kan...nyesal pulak amik tarikh ni...
siyes tak ingat lansung semalam cuti umum.


result check up ari ni:

berat: 64.3kg -fuhhh tetiba naik 3kg dr 2 minggu lepas...terkejut den. Ni mesti belasah makan durian masa balik kampung, kan skrg ni musim buah hehehe...nasib baik nurse tak marah

tekanan darah: 106/67

hb: kali ni tak amik darah....tak tau nape tak perlu

kali ni kena cucuk...tak tau namanya cucuk apa, nurse just cakap cucuk tambahan.

sebelum balik, hani minta nurse surat rujukan untuk bersalin di HUKM. Kalau nak bersalin di sana, kita kena pergi buat check up sekurang-kurangnya sekali untuk pihak hospital simpan rekod kesihatan kita sepanjang mengandung ni. Jadi, kita bawa surat rujukan terlebih dahulu dari klinik kesihatan yang kita buat check up bulanan. Kalau hospital lain rasanya tak perlu [klu xsilap la]. HUKM memang kena booking dulu untuk bersalin di sana.

Nanti dah masuk 9 bulan, kena check up seminggu sekali pula. Cepatnya masa berlalu, kali ni rasa mengandung cepat je, tup-tup dah nak bersalin. Sekarang ni pun dah kena ready, mana tau terbesalin awal kan.

Siyes, satu barang baby pun tak beli lagi.........sian baby.
Mama asik bz jer huhu....
Walaupun tak banyak sangat nak membeli, sebab barang kakak awliya still boleh pakai lagi.
Cuma nak beli baju baru sikit, tak kan semua nak pakai baju lama kan....mesti la nak ada yang baru
juga heeee....
Kawan2, doakan hani ye semoga dipermudahkan segalanya. Walaupun anak ke-2, perasaan nerbes masih terasa untuk menghadapi saat-saat kelahiran nanti.



simple je suratnya





Qaseh Gold Junior

Dah 2 bulan awliya mengamalkan minum jus Qaseh Gold Junior.
Member ofis yang rekemenkan, kebetulan dia jadi ahli.
Produk ni adalah keluaran Bumiputera dan semestinya HALAL.
So, hani pun try beli untuk diberi pada awliya.
Sebotol ni harganya RM60.

Mula-mula risau juga kalau Awliya tak nak jus ni, kang membazir je.
Tapi rupanya, awliya suka sangat.
Ayah gunakan picagari untuk bagi pada awliya.
Sekarang ni kalau nampak ayah pegang picagari tu, dia dah tau time untuk minum jus qaseh ni.
Terus jer serbu dekat ayah tak sabar-sabar nak minum.
Lepas ni kalau betul2 kena makan ubat, takde awliya fobia nampak picagari dah hehe.

Kadang-kadang kalau dia nampak botol Qaseh tepi meja, dicapainya dan terus bawa dekat ayah suh kasi minum..

Sepatutnya kena minum 2x sehari, pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.
Tapi pagi tu memang tak sempat, agak kelam kabut. Dengan bersiap-siap nak pegi keje kan.
Dengan budak kecik tu tak bangun tido lagi.
So, dapat bagi pada awliya sebelah malam je.

Kandungan dalam qaseh ni adalah campuran makanan sunnah Nabi seperti badam, kurma, kismis, madu, tiin, zaitun, delima, habbatus sauda dan air zam-zam.
Antara kebaikan jus junior qaseh ni adalah:
-membekalkan tenaga
-mencerdaskan minda
-menguatkan sistem imun
-menyokong tumbesaran
-membekalkan serat

Boleh refer di sini [link]

Setakat ni, syukur alhamdulillah...
Awliya dah jarang demam, antibodi pun dah semakin kuat. [dengan izin Allah].
Kalau batuk dan selesema pun tak lama.
Kalau tidak sebelum ni, boleh dikata dia selalu demam.
Kalau batuk mesti lama, sampaikan pernah 2 minggu tak hilang-hilang.
Rasanya dah lama awliya tak telan ubat-ubat klinik tu.
Kalau tengok dia selesema dan batuk sikit, kami teruskan bagi minum jus ni je.


Bab membekalkan tenaga tu yang tak boleh tahan hahaha...
Tenaga si kecik ni mengalahkan tenaga mama dan ayah dia...
Sampaikan kitaorang selalu cakap, 'awliya tak tau penat ke'??
Kitaorang yang penat melayan kerenah dia...huhuhu
Tak per lah wahai anak, mama sebenarnya gembira melihat kamu cergas..

Sebelum minum, disaran ibu bapa membaca bismillah, selawat ke atas nabi dan berniat untuk anak.
Niatla supaya anak kita sentiasa sihat dan cergas.
Jadi anak yang soleh/solehah.
In shaa allah.
Semoga doa2 kita sebagai ibu bapa ni dimakbulkan Allah swt.


p/s: hani bukan pengedar produk ni ye, sekadar berkongsi pengalaman menggunakannya. Sharing is caring kan....

*pinjam gambar google




tengok....bukan main suka minum jus Qaseh Gold Junior ni...

Friday, September 13, 2013

Sourvenior frm Gold Coast & Sdyney: Tq kak JM

Semalam masa sampai rumah dari balik keje, terus g peti surat.
Sebab teringat sesuatu.

Hehe...yang ditunggu dah tiba.
Souvenior dari Sdyney dan Gold Cost dari kak Jari Manis.
Suke...suke..
Ingatkan dapat satu jer...rupanya ada dua.

Tq kak...
Semoga bertambah murah rezeki akak.


 
Fridge magnet ngan koala comel...
 
 


Terus lekat kat fridge....tambah koleksi ^_^
 

p/s: rindu nak jenjalan dengan kak ros lagi...

Tuesday, September 3, 2013

check up @ 31w

Skrg dah masuk 3rd trimester..
Cepatnya pulak rasa.
Tinggal 9 minggu je lagi.

Hari ni check up seperti biasa.
Result :
Berat: 61.8kg - naik 1kg dari bulan lepas
HB: 11.0 - menurun skit tapi ok lagi
Tekanan darah: still ok

Nurse dah suruh kira pergerakan baby.
Bab ni yang paling malas, sebab kadang-kadang selalu terlupa nak kira dan tanda
dalam buku hehehe...

Lepas ni, kena check up 2 minggu sekali pulak.
Next pada 17/9/2013.

Baby sekarang makin aktif...
Sometimes gelak sorang-sorang sebab perut rasa geliii....hihihi
Masa ni selalu teringat dekat kakak awliya...
Dulu dia macam ni la, skrg dah besar pun depan mata.
Nanti mesti rindu saat-saat macam ni semula...
Saat si kecil ni ada dalam perut...
Mengandung ni sangat indah kan.....!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...