Beli kipas dan lampu @ House of Lighting Puchong

Semalam ke kedai lampu House of Lighting di Puchong.
Tujuan nak beli kipas dan lampu untuk rumah lelong yang aku baru beli di Ipoh.. [nanti aku share pasal ni].
Rumah ni aku nak bagi sewa je sebab tu cari yang murah.

Perrgghh...jauhnya. Dari KL nak bawa ke Ipoh hehehe..
Sebabnya kat Ipoh harga mahal sikit kalau compare di sini.
Ye la, kat sini kat kedai lampu berlambak-lambak..
Banyak saingan, so harga pun bole dapat yang murah kalau rajin survey.
Tapi aku tak banyak la survey.
Aku pegi kedai lampu ni sebab dulu aku pun beli kipas dan lampu kat sini
masa nak masuk rumah dulu.
Kebetulan minggu ni abg dan mak aku dari Ipoh datang sini, tu yang aku beli terus sebab nak suh dia
bawa balik nanti.

Kedai ni memang glamer di kalangan blogger dan ramai yang rekemenkan.
Termasuk la aku hehehe....
Tapi aku tak sure la ada kedai lain lagi yang lebih murah...
Maybe ada, tapi ramai yang tak tahu kan...
Macam aku kalau dah tahu kedai tu murah, aku g situ jer...
Tak kuasa dah nak survey kedai lain...

Masa sampai ..ffuuuhhh....ramai gile orang, sampai rasa pening nak masuk dalam ni.
Macam pasar tani koo....
Nasib baik sempat juga masuk ke dalam, rupanya kedai ni tutup pukul 5 pada hari Ahad.
Aku sampai agak lewat petang tu dalam kul 4.
Masa pukul 5 tu, kalau tengok dari luar macam dah tutup kan, tapi sebenarnya kat dalam
masa ada lagi urusan jual beli.
Maksudnya kalau orang sempat masuk sebelum dia tutup pintu kira selamat la.
Tak de lah diaorg nak halau suh kuar kan...
Sampai la korang selesaikan sesi jual beli baru la dia akan close betul2.
Oh ye...kedai TUTUP pada hari ISNIN tau...

Cadangnya, aku nak beli kipas Panasonic bayu 4 (4 bilah).
Harganya RM230 satu [di Ipoh RM238].
Bila tanya en asben, dia kata elok amik KDK.
Beza sikit jer. Lagipun kat rumah kami sekarang memang pakai jenama KDK tp yang 5 bilah punya.
Rumah mak ayah pun pakai KDK.
Bab kata tadi, nak bagi sewa je kan umah ni, 4 bilah cukup arrr....
Klu ikut asben aku, dia suh beli KDK putih yang 3 bilah jer, yang pakai modulator.
Tapi aku tak nak, tetap nak beli yang pakai remote punya.


 Panasonic Bayu 4
Model: F-M14C8 GY


So, aku pun 4 beli kipas KDK (4 bilah) dengan harga RM238 setiap satu.
Kalau beli kat kedai elektrik, harga dalam RM280. Banyak betul beza kannnn !!!!
Masa tu jurujual beritahu kalau nak beli kipas, baik beli sekarang sebab harga kipas akan
naik tak lama lagi. Nanti harga kipas 4 bilah nak hampir sama dengan kipas 5 bilah.


KDK 
Model K14X8-GY


Lampu pulak aku sempat pilih 2 jenis.
Lampu kat ruang tamu dah ruang makan.
Aku pilih yang murah-murah jer, kata nak sewakan je rumah tu kan....
Cuma tang kipas abah aku suh beli yang berkualiti sikit la kan, sebab tu aku beli juga jenama
KDK. Tak per, pelaburan tu..

Tengok la harga lampu kat bawah ni...harga dalam lingkungan RM29-RM79.
Murah dan cantik.
Tak banyak gambar yang aku sempat snap, maklum la cepat.
Anak dah tertidur dalam kete.
Nasib baik mak ada tolong jagakan.





Lampu ruang makan aku pilih yang atas sekali belah kiri. Murah je RM29...
Aku pilih semua lampu mentol putih...kena tambah harga mentol RM7


 
Aku beli yang ni untuk ruang tamu. Abg aku beli lebih kurang camni kat Ipoh harga dalam RM80 setelah diberi diskaun.

 Harga RM29.

Ni pulak lampu untuk letak di pagar luar. Tapi aku tak beli lagi, just survey dulu.
Banyak lagi lampu aku nak kena beli lagi ni.
Aku tak suka pilih dalam keadaan kelam kabut, disebabkan masa tu kedai dah tutup
aku pun proceed je dengan 4 biji kipas dan 2 jenis lampu tadi.

On the way balik, aku ajak asben singgah kedai lampu Top Ten, dekat Tesco Puchong tu.
Tapi dah tutup rupanya. Aku rasa kalau hari sabtu tutup lambat sikit kot, sebab dulu aku pernah pegi petang dah nak dekat magharib masih buka lagi.
Maybe hari Ahad, kedai ni tutup pukul 5 petang juga.
Kedai ni pun banyak juga pilihan lampu dan harga pun murah.
Orang pun slalu ramai kat kedai ni.
Tak pe la, next week la pegi skali lagi.

Comments

  1. kalau nak beli kipas 5 bilah secondhand contact 01133002036. ada 2 unit lagi, rm 100 je satu unit, harga boleh nego lagi, tapi area nilai lah.. kalau nak boleh call senang ^_^ saya nak pindah, tapi kipas tu tak perlu. so nak let go lah. good condition lagi. . . kotak takada.

    ReplyDelete
  2. Oh kat area mana. Kalau nak survey barang elektrik,pergi kt pemborong Tech com... Ja
    An Kuala Kangsar... Rege lebih kurang kot (kipas panasonic). Tapi mmg rege kipas dah naik

    ReplyDelete
  3. eddy ipoh....oit, area mana tu...bg hint ckit jalan kuala kangsar panjang maaa...

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale