Wednesday, September 18, 2013

check up @ 33w

17/9/2013

hari ni check up lagi....dah 8 bulan ni kena check up 2 minggu sekali
cam biasa...appoinment pukul 9...abis check up kul 12.00 tengahri.
punya la ramai orang hari ni...ye la, semalam kan cuti Hari Malaysia.
So, hari ni kompem la ramai org kan...nyesal pulak amik tarikh ni...
siyes tak ingat lansung semalam cuti umum.


result check up ari ni:

berat: 64.3kg -fuhhh tetiba naik 3kg dr 2 minggu lepas...terkejut den. Ni mesti belasah makan durian masa balik kampung, kan skrg ni musim buah hehehe...nasib baik nurse tak marah

tekanan darah: 106/67

hb: kali ni tak amik darah....tak tau nape tak perlu

kali ni kena cucuk...tak tau namanya cucuk apa, nurse just cakap cucuk tambahan.

sebelum balik, hani minta nurse surat rujukan untuk bersalin di HUKM. Kalau nak bersalin di sana, kita kena pergi buat check up sekurang-kurangnya sekali untuk pihak hospital simpan rekod kesihatan kita sepanjang mengandung ni. Jadi, kita bawa surat rujukan terlebih dahulu dari klinik kesihatan yang kita buat check up bulanan. Kalau hospital lain rasanya tak perlu [klu xsilap la]. HUKM memang kena booking dulu untuk bersalin di sana.

Nanti dah masuk 9 bulan, kena check up seminggu sekali pula. Cepatnya masa berlalu, kali ni rasa mengandung cepat je, tup-tup dah nak bersalin. Sekarang ni pun dah kena ready, mana tau terbesalin awal kan.

Siyes, satu barang baby pun tak beli lagi.........sian baby.
Mama asik bz jer huhu....
Walaupun tak banyak sangat nak membeli, sebab barang kakak awliya still boleh pakai lagi.
Cuma nak beli baju baru sikit, tak kan semua nak pakai baju lama kan....mesti la nak ada yang baru
juga heeee....
Kawan2, doakan hani ye semoga dipermudahkan segalanya. Walaupun anak ke-2, perasaan nerbes masih terasa untuk menghadapi saat-saat kelahiran nanti.



simple je suratnya





No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...