ANAKKU Warehouse Sale

Warehouse mana lak diterjah kali ni??? Hehe.... Maklumat lanjut uoll boleh tengok banner bawah ni. Hani memang suka brand ANAKKU ni, kualiti kain bagus. Ada baju si kakak jenama ANAKKU sampai sekarang masih elok, adik masih boleh pakai. Takde cacat cela, tak kembang, tak mengecik.... Bila tau ada warehouse sale ni, terus ajak en asben pegi. 1st day pegi tu, waktu lunch. Sanggup skip makan, skip pam susu... Gigih ko kalau bab shopping kan...huahua Ala...shopping baju anak jewww.... Sian si kakak byk baju dah tak muat, dia kan semakin membesar. Banyak baju dah sendat nampak pusat... Warehouse ni dari 27 Feb - 2 Mac 2014 . Dari khamis hingga Ahad. 4 hari je. Nasib baik dah lepas gaji, kalau tak telan air liur je la. Hani pernah pegi Baby Outlet ni masa sale juga.[ post ni] Tapi dah ujung-ujung, pilihan dah tak banyak. Tu yang kali ni hari pertama dah terjah. Lagipun memang kena pergi time hari keje, kalau hari cuti ko ingat bole pilih dengan senang hati ...