Wednesday, February 19, 2014

Cara pengendalian susu ke rumah pengasuh

Hari ni hani nak share bagaimana hani mengendalikan BM (breastmilk) dan susu EBM (express breastmilk) ke rumah pengasuh.
Sama je rasanya macam mommies yang lain.
Masa hari pertama hani hantar Adra ke rumah pengasuh, hani bekalkan sebanyak 5 botol x 4oz susu.
Masa tu tak pandai bajet lagi kuantiti yang Adra minum.
Masa cuti berpantang hari tu, pernah cuba bagi Adra minum botol dan hani saje letakkan
kuantiti 4oz dahulu.
Dan hani bagi time dia betul-betul lapar sebab nak ajar guna botol kan.
Masa tu memang habis 4oz, dan hani beranggapan 4oz cukup untuk Adra.
Test bagi 5 botol dulu.

Hari pertama hantar, hani terangkan serba sedikit kepada pengasuh bagaimana menguruskan
susu ebm ni. Tak sure dia pernah uruskan sebelum ni atau tidak, tak tanya pulak huhu.

Bila petang, agak terkejut juga bila dapat sms dari pengasuh mengatakan susu Adra dah habis.
Adra minum sangat banyak.
Dari pukul 8 pagi sampai 5.00 petang, Adra dah habiskan kesemua susu yang dibekalkan.
Eh, kuatnya anak aku minum susu.
4 oz x5 botol = 20 oz, kuantiti yang banyak bagi baby berumur 3 bulan.
Selalunya Adra tak kuat sangat menyusu pun.
Hani pun tak boleh agak berapa botol kan sebab tak pernah test di rumah, sebab hani hanya bagi minum botol sekali je sehari, selebihnya hani bagi direct feeding je.

Hari kedua, hani lebihkan susu jadi 7 botol (4oz) sebab takut tak cukup [macam banyak je kan].
Risau juga kalau terbalik lambat.
Tapi Adra tak habis pun, dia minum 4 botol sahaja.
Hari ketiga pun sama macam tu juga.
Dan sekarang baru hani dapat agak dia minum berapa botol sehari.
Sekarang ni hani hanya bekalkan 5 botol (lebihkan 1 botol).
Tapi kuantiti hani kurangkan sedikit dari 4oz jadi 3.5 oz sebab pengasuh akan beri susu dalam tempoh masa 2-3 jam sekali. Kerap jugak kan. Kalau bagi 4oz, maybe tak habis kan.
Mungkin hari pertama tu pengasuh pun tak dapat bujet dan perut Adra pun sama kot !!
Kali pertama dok dengan orang la katakan hehe.

So, sehari Adra minum dalam 14oz sahaja.
Kalau boleh, jangan biasakan anak kita minum banyak.
Sebab berdasarkan pengalaman hani bagi Adra botol, banyak mana kita bagi, banyak tu la dia habiskan. Biar minum sikit-sikit tapi kerapkan.
Nanti perut dia dah terbiasa dalam kuantiti yang banyak, kita juga yang susah kan...
Takut tak dapat memenuhi permintaan dia nanti.
Biasalah, kadang2 susu pun ada turun naik dia kan.
Pada hani kuantiti 14oz sehari ok la tu, sesuai dengan umur dia 3bulan++.

Bagaimana cara hantar susu ke rumah pengasuh???

Memandangkan hani bekalkan 5 botol x 3.5 oz, biasanya hani akan bekalkan 3 susu fresh + 2 botol EBM. Setiap 1 botol adalah untuk kegunaan sekali minum sahaja untuk mengelakkan pembaziran.
Walaupun hani masih boleh bekalkan kesemua botol dengan susu fresh, tapi hani taknak bazirkan stok susu EBM tu yang ada tu. Sebab tu hani hanya bekalkan 2 botol sahaja susu EBM sebelum expired nanti. Rugi ooo....bersusah payah bangun tengah-tengah malam masa pantang dulu untuk buat stok.

stok susu EBM yang berjaya dikumpul sewaktu cuti bersalin
(tak sempat susun kemas-kemas sebab baru sampai dari kmpg)

Untuk susu EBM tu, malamnya hani akan keluarkan dari tempat beku dan cairkan dalam chiller. Hani akan letakkan dalam bekas berisi air supaya susu tu akan cair sepenuhnya pada keesokkan paginya.




 

Kemudian hani akan labelkan setiap botol dan minta pengasuh bagi Adra minum mengikut turutan.
No.1 : susu fresh (susu yang dipam sebelah malam atau pagi sebelum bersiap ke tempat keje)
No.2 : EBM
No.3 : EBM
No.4 : susu fresh (susu yang dipam di ofis semalam - simpan di chiller sahaja)
No.5 : susu fresh (susu yang dipam di ofis semalam - simpan di chiller sahaja)

Botol pertama hani akan bekalkan susu fresh supaya minuman pertama Adra pagi tu akan dapat yang fresh. Botol yang ke-5 pula hani akan letakkan susu fresh juga dimana botol ke-5 ni kemungkinan akan digunakan ataupun tidak. Jika tidak digunakan, hani akan letakkan dalam bahagian beku untuk dijadikan stok EBM. Ingat ye, susu EBM yang telah dicairkan mesti digunakan dalam tempoh 24 JAM dan TIDAK BOLEH DIBEKUKAN SEMULA. Dan susu EBM harus dihabiskan dalam tempoh 1 JAM selepas dipanaskan. Sebab tu hani letakkan susu EBM di nombor 2 dan 3 sebab confirm Adra akan minum. So, terpulang pada uoll untuk manage susu EBM ni sebab setiap baby tak sama kan. Kalau anak uoll minum 6 botol susu, uoll boleh letak 3 fresh+3 ebm ke. [cadangan]



Botol susu ni hani akan letakkan dalam coleman dengan 3 kuantiti icepack Autumnz.
Simpan dalam coleman ni boleh tahan sampai 24 jam.
Jadi, tak perlu la pengasuh gunakan peti sejuk dia kan.
Ye la, mana tau peti sejuk dia penuh ke kan, taknak la susahkan nak tumpang peti ais dia
walaupun dia sebenarnya ok je, boleh je nak letakkan dalam peti sejuk.
3 icepack tu hani letak di kiri, kanan dan bahagian atas supaya suhu sejuk adalah sekata.

Bagi memudahkan pengasuh memanaskan susu untuk Adra, hani telah berikan warmer. Tak la susah pengasuh nak kena masak air panaskan.
Alhamdulillah, Adra tidak reject susu EBM. Susu yang dibekukan ni rasanya akan berubah sedikit berbanding dengan susu fresh. Sebab tu ada sesetengah baby akan reject EBM ni. Hani dah test sebotol pada Adra masa berpantang dulu, fuh lega betul bila dia tak reject. Semangat mama dia ni nak buat banyak stok.


Walaupun nak uruskan breastmilk ni agak leceh, tapi hani rasa seronok dan puas sangat bila Adra membesar dengan minum susu mama dia. Biar mama susah payah pun takpe janji anak dapat yang terbaik.
Terima kasih juga pada pengasuh Adra yang tidak pernah merungut untuk menguruskan breastmilk ni. Lega di situ.

Memandangkan Adra minum 14oz sehari, hani akan cuba kumpul stok susu perahan lebih dari kuantiti yang diperlukan.
Di ofis, hani dapat kumpul 15-17 oz (3 kali pam), manakala di rumah akan dapat 10oz (2 kali pam time baby dah masuk tido)
Jadi tidak ada negatif...masih ada balance.
Jangan pula anak minum 14oz, tapi kita dapat kumpul stok 10 oz sahaja, kan jumlah tu dah jadi negatif. Dah tak dapat memenuhi permintaan, kesian anak kita kan...Nanti lama kelamaan stok susu pun boleh habis.

Masih jauh lagi perjalanan penyusuan untuk si intan payung Adra ni.
Walaupun banyak cabaran yang dihadapi. Next entry hani akan cerita pasal ni.
Semoga Allah permudahkan urusan penyusuaan Adra, semangat nak susukan Adra sehingga dia berumur 2 tahun. In sha Allah, selagi Allah masih berikan rezeki susu mama dia ni. Amin...amin.












7 comments:

  1. bagus perkongsian utk bakal mummies yg nak full bf
    akak dh lepas tahap tu
    dulu penah bf anak, akak bagi stok fresh je
    x simpan stok pun, tak rajin sgt, hihi
    tp jenuhla perah dr petang smpi malam
    8 bulan je smpt full bf, lps tu bagi susu formula kat umah pngasuh
    kat rumah je bf

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu anak 1st sy gagal fully bf...lepas pantang dah bg FM. Sedih sgt.
      sbb tu yg kedua ni berusaha bersungguh2. cari ilmu dan paksa diri buat stok n kerap bf baby.
      doakan sy berjaya ye kak.

      Delete
  2. thanx sbb share... simpan ebm dah lulus dah saya ni. tapi nak bawak ke rumah pengasuh tu yang tak berapa nak betul.. terima kasih sgt2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2...sharing is caring...semoga kita sama2 berjaya dalam perjalanan penyusuan anak2 kita..insha allah

      Delete
  3. Kt mne bli coleman/ice box tu? Nk bli jgkla utk dibawa kr pengasuh...kt giant/tesco ade? RM berapa?

    ReplyDelete
  4. Ice box kecik mcm tu beli dkt mne?? Nak jual x yg preloved? Hihi

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...